"Eee... orang bukan budak-budak la. Boleh buat sendiri," rungut Nabila bila Syed Amirul mahu menggosokkan gigi dia.
"Zaujah degil sangat. Biar abang buat. Zaujah rileks je okey?"
Nabila cebik. Tak pasal-pasal dia dilayan bak puteri kayangan pagi ni. Orang tolong angkat dari katil, siap gosokkan gigi lagi. Memang suami dia seorang yang tabah melayan dia yang masih kebudak-budakkan.
Selesai sahaja memberus gigi Nabila, Syed Amirul ambil pencuci muka si isteri di rak. Perilakunya tidak kekok langsung walau ikutkan inilah kali pertama dia buat begini pada Nabila. Sebelum ni paling-paling dia mandikan je.
"Rimas la macam ni," rungut Nabila lagi bila tangan suaminya sudah memainkan peranan untuk bermain di wajah.
Syed Amirul hanya buat tak dengar. Tangan pantas buat kerja. Gosok-gosok sampailah dia puas hati yang setiap inci muka si isteri sudah dilumur dengan pencuci muka.
Melihat si suami yang seakan sengaja buat tidak dengar, Nabila diam. Merelakan sahaja apa yang Syed Amirul mahu lakukan. Entah bila lagi suami dia boleh manjakan dia begini. Jadi lebih baik dia nikmati dan rakam saat ini kemas-kemas dalam memori.
Sedang Nabila merakam perbuatan Syed Amirul pada dirinya, lelaki itu mengelap wajah Nabila yang penuh dengan pencuci muka dengan air menggunakan kain khas yang sudah dibasahkan.
"Dah siap."
"Akhirnya..." Dijeling suaminya yang sedang membasuh tangan disinki.
"Abang ni, unexpected betullah. Suka paksa-paksa tau." Nabila lap muka yang sudah dicuci Syed Amirul dengan tuala kecil.
"Untuk kebaikan, tak menjadi salah sayang." Syed Amirul kembali hampir.
Melihat Syed Amirul seakan mahu mendukungnya, Nabila pantas berdiri. Cukuplah lelaki itu dukung dia dari tadi. Takut sakit pula pinggang tu. Lain kali pula dia minta dukung. Pinggang nak pakai lama tu. Kalau sakit nanti, tak dapat dia nak rasa macam pengantin baru kena dukung di masa akan datang.
"Takut ke?"
"Nak takut apa?" Nabila berbalas pandang dengan si suami.
"Takut kena dukung, maybe?"
"Oh please. Rasanya mana-mana isteri dalam dunia ni suka kalau suami dia dukung dia, kan?"
"Jadi zaujah nak abang dukung zaujah sampai ke meja makan?"
Bulat mata Nabila mendengarnya.
"Kalau tak nak, jom jalan dengan abang." Syed Amirul hulur tangan ke arah si isteri. "Kalau zaujah tak nak..."
"Okey, okey. Fine! Zaujah ikut abang sahur. Tapi..." Nabila sudah mencekak pingang. "Jangan dukung zaujah depan mama dan papa. Malu la. Nanti kena bahan tau dengan papa dan mama. Sampai besok tak habis. Lepas tu *story *kat akhi."
"Takut kena bahan rupanya." Syed Amirul mengangguk perlahan. Boleh la dia gunakan hal ini untuk buat Nabila dengar cakap dia.
"Abang!"
^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^