AISYAH melihat skrin telefon bimbitnya, ada mesej dari Mukhriz.
+Assalamualaikum. Maaf ganggu. Sya esok petang saya ingat nak buat mesyuarat untuk semua pengawas sekolah, awak agak macam mana?
Aisyah kemudian menekan punat membalas.
+Wa'alaikumussalam. Saya rasa ok je. Lagipun dah lama tak buat mesyuarat.
Aisyah menekan punat send pula selepas itu. Tidak lama kemudian ada satu pesanan masuk.
+Nanti awak bagi tahu semua pengawas perempuan nyer? Mesyuarat pukul 2, dekat bilik pengawas. Mesyuarat x lama pun. – Mukhriz.
+Ok. Boleh saya tahu isu apa yang nak dibincangkan?– Aisyah.
Aisyah menunggu balasan pesanan dari Mukhriz.
+Tak pasti lagi. Tapi.... Akan ada pembincangan pemilihan ketua untuk tahun depan. Isu yang lain tu ikut pengawas yang lain. Mungkin mereka ada isu yang nak dibincangkan time mesyuarat.– Mukhriz.
+Ok. Nanti saya akan inform yang lain. Assalamualaikum.– Aisyah.
+Wa'alaikumussalam.– Mukhriz.
Aisyah meletakkan telefon bimbitnya di atas meja belajarnya.
"AWAK tulis apa tu?" Nabila menegur Aisyah yang khusyuk benar menulis sesuatu pada buku nota kecil.Aisyah memusingkan badannya ke sebelah. Senyuman diberikan.
"Tak ada apa pun," balas Aisyah.
Nabila meletakkan beg sandangnya ke sebelah mejanya. Kerusi dibetulkan agar duduknya selesa."Ye la tu."
Aisyah merapatkan kerusinya dengan Nabila."Awak kenal dengan Riz?" Aisyah bertanya.
"Kenapa?" tanya Nabila.
"Dari gaya awak dengan Riz semalam kan, macam awak berdua dah lama kenal je," Aisyah memandang wajah Nabila.
"Awak jeles ye?" Nabila bertanya. Macamlah dia tidak tahu sahabatnya ini menaruh perasaan kepada Mukhriz.
"Tak lah. Saya cuma nak tahu."
Nabila tersenyum. "Saya mana ada dah lama kenal dengan dia. Kan awak baru kenalkan semalam?" Nabila menyembunyikan kenyataan yang sebenarnya. Malas nak bagi tahu yang dia kenal dengan Mukhriz tu!
Aisyah mengangguk.
"Kenapa tiba-tiba awak tanya ni?" Nabila bertanya.
"Tak lah, sebab lepas awak balik semalam, Riz ada tanya dekat saya pasal awak," Aisyah memberitahu.
Nabila mengerutkan dahinya. Apahal mamat tu? Sibuk je nak tahu pasal aku."Dia tanya apa?" soal Nabila ingin tahu.
"Macam mana awak dalam kelas, awak dengan pelajar yang lain macam mana. Itulah yang dia tanya," jawab Aisyah.
"Awak jawab apa dekat dia?" Nabila terdetik pula ingin tahu jawapan yang Aisyah berikan kepada Mukhriz.
"Saya jawab la. Awak biasa je. Dengan pelajar lain, awak ok je. Apa yang saya rasa bila saya dengan awak lah. Awak baik. Tu je lah."
Nabila tersenyum. "Awak rasa saya baik?" ulang Nabila.
"Ye la. Kenapa?"
Nabila menggeleng. "Terima kasih."
"Untuk?" Aisyah bertanya.
"Tak pernah orang puji saya dekat belakang. Selalunya kena kutuk je."
"Kena kutuk? Sebab?" soal Aisyah ingin tahu.
Nabila menarik nafas panjang. "Sebab saya berbintikan dengan nama 'Abdullah'. Mereka semua kata saya ni anak..."
"Astagfirullahala'zim. Kenapa orang boleh terfikir macam tu?" Aisyah memotong kata Nabila. Tidak mahu dia mendengar ayat seterusnya yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
"Sebab binti saya lah," Nabila memberitahu.
Aisyah menggeleng perrlahan. "Tak patut orang fikir macam tu. Nama 'Abdullah' tu tak semestinya menunjukkan seseorang tu anak tak sah taraf. Ada ramai orang Islam dekat luar sana bernama 'Abdullah'."
Nabila mengangguk perlahan. Setuju sangat dengan apa yang Aisyah cakap.
Aisyah memegang tangan Nabila. "Awak dulu dekat sekolah lama, orang lain fikir macam tu ke?" Ye, dia dapat rasakan bahawa Nabila mengalaminya di sekolah lamanya dulu sebelum berpindah ke sekolah ini.
Nabila mengangguk.
"Sabar la. Mulut orang ni selalu cakap tak fikir perasaan orang lain. Dorang tak tahu ke sekali kita buat saudara seislam kita terasa, dosa tu akan kekal je dengan kita, sampailah orang tu maafkan kita?" Aisyah menggeleng perlahan.
"Ye ke?" soal Nabila tidak percaya.
Aisyah mengangguk perlahan. "Sebab tu kalau rasa kita ni asyik bercakap untuk melukakan hati orang, lebih baik diam. Tak lah dapat dosa," Aisyah memberitahu.
Nabila hanya mengangguk sahaja. Aisyah ni pandai gak bab agama ni ye?
"TERIMA KASIH semua sebab sudi datang mesyuarat," Aisyah bersuara sambil tersenyum memandang pengawas yang lain.
Pengawas yang lain membalas dengan mengangguk, kini mereka sudah berdiri dan ingin keluar dari bilik mesyuarat.
"Sya..." Aisyah memandang Mukhriz yang memanggilnya. Tindakannya untuk berdiri dimatikan.
"Ada apa Riz?" tanya Aisyah.
"Ni pasal Bella," Mukhriz memberitahu.
Aisyah hanya berdiam. Bella ada buat masalah ke?
"Mama pengetua mintak saya jadi penjaga dia dekat sekolah," Mukhriz memberi tahu.
Dada Aisyah tersentap seketika. Terdetik rasa cemburu."Sebab apa?" tanya Aisyah. Cuba mengawal riak muka agar dirinya kelihatan tenang.
"Sebab Bella pernah ada kes dekat sekolah lama. Lagipun papa dia tak nak dia buat hal lagi dekat sekolah ni macam sekolah lama dia dulu."
"Kes?" Aisyah mengerutkan dahinya.
Mukhriz mengangguk. "Yup. Dia pernah tampar anak pengetua sekolah lama dia."
"Itu mustahil. Sepanjang saya kenal Bella, saya tak nampak pun Bella seorang yang macam tu. Walau bila Is kacau dia dulu pun dia tak pernah pulak tampar si Is tu," Aisyah memberi tahu.
"Is kacau Bella? Bila?" bulat mata Mukhriz mendengarnya.
"Waktu awak masih di wad."
Mukhriz termenung seketika. Perangai Is berubah sejak akhir-akhir ni. Ada kaitan ke dengan Bella?
"Riz... awak ok?" Aisyah bertanya.
"Awak tahu Aisyah, Is dah tak macam dulu tau. Dekat rumah dia dah tak cari pasal dengan saya. Tapi saya perasan, yang Is ni banyak termenung je. Nak kata dia rindu Ishak, tu mustahil sebab saya tahu macam mana Is ubat rindu dia dekat arwah. Awak rasa semua ni ada kaitan tak dengan Bella?"
Aisyah berdiam. "Mungkin," balas Aisyah.
"Hm... tapi kan apa yang awak cakap pasal Bella yang dia tampar anak orang tu, saya tak percaya lah. Sebab tadi Bella ada cakap dengan saya, dekat sekolah lama dia dulu, orang kutuk dia sebab nama dia berbinti Abdullah. Jangan-jangan diorang yang cari pasal dulu dengan Bella tak?"
"Entahlah. Saya pun tak berani nak cakap apa. Sebab saya ni tak berapa kenal Bella," Mukhriz menjawab.
"Tapi... kan mama pengetua amanahkan dekat awak bukan saya," balas Aisyah.
"Masalahnya dia tak nak."
Aisyah berfikir seketika. "Habis macam mana?"
Muhriz menegakkan badannya."Ada sesuatu awak kena tahu lagi pasal Bella. Bella ada masalah dengan subjek agama. Dan saya kena jadi guru muda dia untuk semua subjek agar dia tak gagal dalam SPM," tambah Mukhriz lagi.
"Rumitnya masalah awak ni." Aisyah mengeluh."Susah jugak kalau awak ok tapi Bella tak nak. Tapi kenapa Bella tak nak awak buat semua tu?" tanya Aisyah.
"Entah. Mungkin dia marah saya kut sebab langgar dia hari tu."
Aisyah terdiam seketika. Macam pernah ada je Bella cakap pasal orang yang langgar dia.
"Tak kan sebab tu je?" soal Aisyah lagi.
"Entah lah Aisyah. Saya pun tak tahu kenapa Bella tu asyik nak marah je dengan saya. Dan saya ni pun tak faham dengan diri saya kenapa saya asyik nak marah dia je. Padahal dia tak buat salah pun."
Aisyah tersenyum. "Jangan-jangan itu jodoh awak tak?" usik Aisyah.
"Awak ni. Kita ni baru je tujuh belas tahun. Agak-agaklah."
Aisyah memandang wajah Mukhriz. Wajah yang membuatnya jatuh suka sejak kali pertama mereka berkawan lagi."Habis awak nak buat macam mana sekarang?" tanya Aisyah.
"Awak boleh tak tolong saya?"
"Tolong apa?" Aisyah bertanya.
"Entahlah. Saya pun tak tahu nak mintak tolong apa dekat awak."
"Macam ni lah. Apa kata kita buat ulangkaji sama-sama. Awak, saya dengan Bella. Jadi masa tu awak boleh lah mulakan peranan awak sebagai guru muda dia. Pasal jaga tu, saya boleh tengokkan kalau dia dengan saya lah. Macam di kelas ke? Sambil tu awak pantau lah dia dari jauh. Jadi dia tak tahu awak jaga dia. Kalau ada apa-apa awak bagi tahu saya, nanti saya bagitau dia. Macam mana?" Aisyah memberi cadangan.
Mukhriz berdiam seketika. Ingin menimbang baik buruk cadangan tersebut.
"Ok juga idea awak tu. So, bila nak mula?" Mukhriz membuat keputusan.
Aisyah mengigit hujung bibirnya. "Esoklah. Lagipun SPM dah nak dekat kan?"
Mukhriz mengangguk. "Awak bagi tahu dia lah yang awak nak belajar dengan dia. Tapi jangan bagi tahu yang saya join sekali. Biar dia tahu sendiri. Lepas tu awak pujuklah dia untuk teruskan, kalau dia bagi tahu dan dia tak nak saya ada ke apa, ye?"
"Itu awak jangan risau," Aisyah memberi jaminan. Tiada masalah untuknya belajar dengan Mukhriz kerana mereka memang sering mengulang kaji bersama. Senang hatinya dapat membantu Mukhriz walau hanya dengan memberi cadangan.
No comments:
Post a Comment