NABILA melambai-lambai ke arah kereta yang kelihatan keluar dari kawasan sekolah. Itulah kereta Pak Mail.
Hari ini hari keduanya di sekolah itu. Semalam, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Nabilaberharap hari ini juga sama, bahkan untuk sepanjang masa dia bersekolah di situ.
"Hai," tegur satu suara.
"Hai," Nabila memusingkan badannya. Senyuman yang terukir di bibir tadi terus hilang begitu sahaja.
"Is....hak?" Nabila bertanya perlahan. Kepalanya disengetkan ke sebelah kanan sedikit.
Iskandar tersenyum. Memang tepat lagi benar sangkaannya. Dia dan Ishak mengenali gadis ini. Kepala digelengkan perlahan. "Salah," balas Iskandar.
Nabila terdiam. So... Iskandar la kan? Aduh! Kenapalah mulut aku ni asyik dok gatal je sebut nama Ishak tu? Sepatutnya aku lupakan nama mamat tu! Ujar hati kecil Nabila.
"Aku Iskandar. Kembar Ishak bukan Ishak," Iskandar memperkenalkan dirinya.
"Ooo... maaf," balas Nabila.
"It's ok. Anyway, cepat betul kau lupakan aku? Baru setahun tak jumpa terus lupa? Ishak... kau ingat pulak," Iskandar memerli dalam diam.
Nabila memandang anak mata Iskandar."Tak bukan macam tu. Kita kan tak pernah berhubung pun selepas Ishak meninggal, lagipun yangaku kenal Ishak bukan Iskandar," balas Nabila dengan selamba.
Iskandar terdiam. 'Kau sebenarnya kenal aku, baru kau kenal Ishak.' Kata hati kecil Iskandar.
"Ooo... macam tu ye." Iskandar bersuara perlahan. Kepalanya dianggukkan berkali-kali.
"Maaf. Aku tak ada niat nak lukakan hati kau," Nabila menutur maaf.
"Boleh... tapi dengan syarat la," Iskandar menunjukkan jari telunjuknya di hadapan Nabila. "Satu je tak banyak."
"Apa?" tanya Nabila. Aduh! Nak main-main syarat pulak mamat berlagak ni.
"Kita kawan."
Nabila terdiam.
"Deal?" Iskandar bertanya lagi.
Kalau aku terima, aku akan teringat dekat Ishak nanti. Aku tak nak hidup dalam bayangan. Tapi...
"Susahkan? Sebab aku ni macam Ishak. Muka sama, suara sama. Kan? Betul tak?" teka Iskandar.
Nabila menundukkan wajahnya."Maafkan aku," sekali lagi Nabila memohon maaf.
Iskandar mengertap hujung bibirnya. Sampai hati kau! Aku nak kau tahu siapa aku. Kenapa susah kau nak bezakan aku dengan Ishak? Walaupun kami kembar seiras, tapi kami tetap mempunyai personaliti yang berbeza-beza.
"Aku nak masuk kelas," Nabila mengambil langkah meninggalkan Iskandar.
"Sampai hati awak..." Iskandar bersuara perlahan. Perkataan 'awak' yang tidak pernah luah dalam katanya kini terluah juga akhirnya.
AISYAH memandang wajah sugul Nabila.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Nabila.
"Bella awak ok ke? Is ganggu awak?" Aisyah bertanya terus tanpa berselindung lagi. Tadi dia terserempak dengan Nabila yang berbual dengan Iskandar sebelum mereka masuk ke kelas.
"Hah?" Nabila tidak mengerti.
"Iskandar ganggu awak ke?" soal Aisyah lagi.
Nabila menggeleng perlahan. "Tak lah."
"Kalau Is ganggu awak, bagi tahu dengan saya tau."
"Kenapa?"tanya Nabila pelik.
"Saya ada kawan rapat yang berjawatan dalam sekolah ni. Iskandar tak berani nak buat masalah dengan kawan saya ni. Tapi... dekat rumah lain," Aisyah membetulkan lipatan tudungnya.
"Dekat rumah? Mereka adik-beradik ke? Kembar ye?" teka Nabila.
"Adik-beradik angkat," balas Aisyah.
Nabila mengangguk perlahan. "Tapi kenapa tak pernah jumpa ye..." Nabila bersuara perlahan.
"Apa? Tak pernah jumpa?" tanya Aisyah. "Awak kenal Is ke?" soal Aisyah lagi.
Nabila terkejut. Aduh, terlepas cakap sudah. Nabila sebenarnya memaksudkan kenapa dia tidak pernah berjumpa dengan adik-beradik angkat Iskandar itu sewaktu dirinya melawat Ishak tenat tahun lepas. Sudahnya Nabila hanya tersenyum sahaja.
"Awak maksudkan kenapa awak tak jumpa kawan saya tu ke?" teka Aisyah.
Nabila mengangguk. Iyakan sahaja lah. Senang! Putus Nabila.
"Macam mana nak jumpa, dia masuk hospital sebab kena demam denggi berdarah. Rasanya nanti dalam seminggu dua dia balik sekolah semula la. Masa tu nanti saya kenalkan dia kat awak."
Dada Nabila berdebar. Tiba-tiba sahaja dia teringat kepada Mukhriz. Tak kanlah kot. Itu mustahil! Fikir Nabila. Apasallah nama budak sombong tiba-tiba terlintas ni? Geram Nabila dengan pemikirannya yang asyik memikirkan Mukhriz sahaja.
"Kalau awak jumpa kawan saya ni, mesti awak terpikat punyalah."
Nabila memandang pelik. "Sebab?"
Aisyah membalas renungan Nabila. "Sebab dia ada ilmu agama, keluarga baik-baik, kaya, berkarisma, pandai..."
"Ok, ok, ok...Saya faham. Tak perlu buat senarai panjang," Nabila memotong kata Nabila.Sekali lagi hatinya terdetik. Mukhriz! Aduh... parah ni.
Aisyah hanya tersenyum.
Nabila tersenyum manis tiba-tiba."Awak suka member awak tu ye..." tembak Nabila.
Aisyah terkejut. Jerat sudah mengena. Ia sangat tepat dan tak tersasar walau seinci pun! "Mana ada," Aisyah berdalih. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu.
"Orang cakap kan..." Nabila mendekati Aisyah "Kalau kita berkawan rapat sangat dengan orang yang berlainan jantina nanti salah seorang akan..." Nabila merapatkan jari telunjuk kanan dan kirinya. "Jatuh cinta. Kan?" usik Nabila.
"Haish... merepek je," Aisyah menafikan.
"Aisyah... awak suka dia ye?" Nabila semakin seronok mengusik.
"Tak ada lah," Aisyah terus menafikan.
"Ok... kita tunggu dan lihat," Nabila menjongketkan keningnya.
Muka Aisyah pula semakin kemerahan. Aduh jerat mengenalah pulak.
ZALI mendekati tempat duduk Iskandar. Meja ditepuk dengan kuat.
"Kau dah kenapa?!" Iskandar bersuara marah.
"Ala... apa ni beb...rilek la," Zali membetulkan posisi duduknya.
"Rilek kepala hotak kau!" Iskandar melemparkan pandangan ke luar kelas.
"Amboi... ni marah benar ni. Apa citer ni bro?" tanya Zali.
Iskandar mengecilkan matanya. "Apa?"
"Ala... ramai reporter cakap kau ni tengah mengorat budak baru tu kan?" Zali menyampaikan khabar berita.
"Kalau betul pun kenapa?" tanya Iskandar.
"Serius la... pergh kau... dahsyat gila... muda-muda lagi dah jadi playboy berjaya," perli Zali.
"Mulut kau tu... jaga sikit." Iskandar memberi amaran.
"Ala kau ni... macam lah tak kenal aku. Kongsilah dengan aku. Apa citer sebenarnya?" kali ini Zali kelihatan lebih serius.
"Kan aku dah cakap semalam, aku kenal dia. Jadi pagi ni aku tegur lah dia. Dan memang betul kita orang saling mengenali," Iskandar memberitahu tanpa berselindung apa-apa.
"Ooo... apa nama budak tu?" tanya Zali semakin berminat dengan kisah yang Iskandar ceritakan kepadanya.
"Aku tak ingat nama penuh dia... ingat-ingat lupa."
Zali mengangguk. "Habis, apa yang kau ingat?"
"Kasih..." Iskandar menjawab perlahan.
"Kasih? Tu nama dia ke?" teka Zali. Apa ke pelik benar nama tu. Dah tak ada nama lain ke?
Iskandar mengangguk. "Mungkin."
"Aduh... kau ni hilang ingatan ke apa? Amnesia ke? Dah kena sindrom amnesic ke apa? Setahu aku kembar kau yang kemalangan kan, tak kan impak kat kau pulak. Tahu lah kembar. Seiras lagi. Cubit paha kiri, paha kanan terasa," Zali bercakap tanpa sedar apa yang diucapkannya itu akan menimbulkan rasa marah tahap maksimum pada Iskandar.
"Mulut kau... jangan sampai aku sumbat dengan air longkang!" Iskandar bersuara perlahan namun dalam nada geram teramat.Pantang betul kalau ada yang membuka kisah arwah kembarnya itu. Lebih-lebih lagi kalau hendak dibuat gurau. Sensitif, ok?
Zali terdiam. Padan muka aku. Kan dah kena sembur. Macam lah kau tak kenal siapa Iskandar tu."Aku... duk tempat dulu la. Kejap lagi cikgu masuk," Zali bangun dan menuju ke mejanya.
Iskandar hanya membiarkan.
Sebenarnya dia sikit pun tak marah tahap maksimum kepada Zali. Baginya Zali sudah seperti adik-beradiknya. Lagipun selepas Ishak meninggal hanya Zali yang mengerti hatinya. Tapi entah kenapa dia rasa hendak sembur semua orang hari ni.
"Kasih..." Iskandar menyebut perlahan nama itu. Nama yang pernah tersimpan kemas di dalam lubuk hatinya.
ALMARI baju dibuka. Kotak yang terdapat dibawah ditarik keluar. Kali ini dia bertekad, dia harus tahu siapa gadis misteri itu. Atau lebih tepat, apa yang terjadi antara Ishak dan gadis itu. Perlu!
"Mungkin aku akan ingat kalau aku baca balik benda ni," Iskandar membuka diari milik Ishak.Tiada masalah baginya. Ini kerana dia dan Ishak tiada rahsia. Mereka sering berkongsi rahsia antara satu sama lain.
"Kasih Nabila..." Mata Iskandar melihat nama seseorang disitu. Pada helaian pertama diari tersebut. "Jadi betullah nama dia Kasih... Kasih Nabila." Iskandar menyebut perlahan.
"Tapikan... Dia sikit pun tak ingat aku. Yang dia ingat Ishak je..."ujar Iskandar perlahan.
Iskandar ketawa sendirian. "Tapi dia tak tahu yang selama ni, aku yang berbalas emel dan surat dia. Bukan Ishak, Ishak..." Iskandar menggelengkan kepalanya.
"Betullah kata orang. Kita kembar ni terkadang boleh suka dengan perempuan yang sama." Iskandar menggeleng lagi sambil ketawa perlahan.
"Hebat kau Ishak... memang hebat. Sebagai kembar kau, aku sangat bangga sebab ada orang yang ingat kau. Tapi pada masa yang sama aku cemburu. Aku cemburu Ishak! Sebab aku yang suka Kasih dulu! Aku yang ada dalam hidup dia dulu! Bukan kau!"
Iskandar menutup diari itu dengan segera. Panas hatinya.
"Aku yang bodoh bercerita dekat kau pasal perempuan yang aku suka. Alih-alih kau mintak aku tolong dapatkan dia bagi pihak kau. Kau tau tak sakit dia macam mana? Sakit gila. Tapi aku tahan sebab apa? Sebab kau kembar aku, saudara aku. Tapi sikit pun kau tak fikirkan rasa sakit dalam hati aku ni."
Iskandar membebel seolah-olah arwah Ishak berada di hadapannya.
Iskandar bersuara perlahan. "Kasih... sampai hati awak. Tak banyak pun yang saya mintak. Saya nak jadi kawan awak sebagai 'Iskandar'. Bukan bayangan 'Ishak'. Saya cuma nak awak ingat siapa saya sebenarnya. Itupun dah cukup bagi saya." Iskandar merebahkan dirinya di atas katil.
"Saya lah orang yang membalas semua surat cinta awak dengan Ishak. Sayalah orang yang sering memberikan hadiah kepada awak. Sayalah yang mengukir senyuman di bibir awak. Sayalah yang mengisi hari-hari dengan awak sepanjang dua tahun lepas. Sayalah yang buat semua tu... saya yang buat Kasih... Saya... bukan Ishak." Iskandar merenung lama siling biliknya.
"Hanya dengan awak, saya gunakan ganti nama 'saya-awak'. Dengan orang lain 'aku-kau'. Kasih... bagilah peluang... paling tak pun sebagai kawan kau. Please...."Iskandar menutup matanya. Cuba untuk melupakan rasa sakit yang dialaminya hari ini.
No comments:
Post a Comment