Friday, May 21, 2021

Ikhlaskah Aku? - TEASER 4

 


"ARINA ada tak?" soal Ai kepada penghuni dorm Arina.

"Arina dekat dorm Yana lah Ai," jawab salah seorang penghuni dorm.

Ai mengangguk. "Terima kasih."

Baru sahaja Ai ingin melangkah menuju ke dorm Yana, dia melihat Arina yang baru sahaja keluar dari situ. Pantas dia mengatur langkah mendekati Arina.

"Arina."

"Eh! Ai. Ada apa?"

"Boleh awak tolong saya sekejap tak Arina?"

"Insya-Allah. Apa?"

Ai menghulurkan sesuatu kepada Arina. "Saya nak mintak awak tolong jahitkan seluar saya ni. Tolong pendekkan, boleh? Seluar yang mak saya beli ni panjang sangat."

Arina mengambil huluran dari Ai. "Boleh. Kacang je ni."

"Sambil tu kita sembang lah ye? Saya ada beberapa soalan nak tanya dekat awak."

"Boleh saja, Ai. Jom kita pergi bilik iron ye?"

Ai mengangguk dengan cadangan Arina. Tengah malam begini, ramai penghuni asrama sudah masuk tidur. Jadi bilik iron pasti tidak ramai pengunjung. Mudahla untuknya bertanya soalan kepada Arina tentang Islam.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my