Sunday, May 23, 2021

Suami Untuk Mama - TEASER 5


ENCIK SHAM ketawa kecil tatkala dia mendengar apa yang diceritakan oleh bekas isterinya itu. Dahsyat betul pemikiran luar alam Puan Alin ni.

"I'm serius!"

Encik Sham merenung wajah bekas isterinya. "But... it's funny."

"Apa yang kelakar sangat?"

"You cakap dengan Anis macam tu?"

Puan Alin mengangguk.

"Apa Anis balas?"

"Diam je. tak tahu dia okey atau tak dengan cadangan tak masuk akal tu."

"Maknanya Anis tak tahu yang you just main cakap je?"

Puan Alin mengangguk. "Nampak gaya, macam tu lah. Bila dah terlepas cakap macam tu, baru sedar betapa gilanya syarat tu. Ye la, you tahu kan gila kerja? Tak kanlah nak duduk rumah sedangkan ni berjiwa untuk keluar dari rumah."

"Dah terlepas cakap, apa boleh buat?"

"Itu sebab nak jumpa ni. I ada terfikir untuk buat plot twist."

Encik Sham mengerutkan dahinya.

"Nina tu dah dua puluh tujuh tahun, you. Masih tak nak kahwin-kahwin. Degil! Jadi rasa, calon-calon suami yang dorang nak bawak jumpa I tu, I nak kenenkan dengan Nina. Macam mana?" cadang Puan Alin.

"Kalau Nina reject?"

"Kita kahwinkan dia dengan anak rakan kongsi perniagaan you."

Encik Sham menggelengkan kepalanya. "No! Ini I tak setuju. You tahukan, I tak suka paksa anak-anak buat benda yang dorang tak suka. Megat Zahril tu, bukan sebarangan orang. Lagipun I tak suka anak-anak kahwin sebab aturan kita. Let them be. Biar mereka cari partner mereka sendiri. Kita just guide."

"But, Nina is twenty-seven years old nowYou nak orang cakap anak dara kita ni andartu? Tak laku?"

Encik Sham memasukkan nasi ke dalam mulutnya. Dikunyah perlahan nasi tersebut sambil otaknya ligat berfikir sesuatu.

"Biar orang cakap anak kita macam mana sekali pun, asal kita tahu jaga dan ajar mereka. Nina tak pernah buat benda tak elok. Lagipun, kalau Nina sampai ke tua tak kahwin pun, kita kena redha. ada, I akan jaga dia selagi I bernafas."

"You pun akan tua dan bakal jadi jenazah. Not forever boleh jaga dia atau anak-anak kita yang lain."

"Tapi... I tak nak kita terlalu push anak kita untuk berumah tangga. I takut, mereka jadikan rumah tangga kita dulu sebagai satu contoh menakutkan untuk mereka berkahwin. Jadi cara yang terbaik, kita let it be. Kita doa je supaya jodoh anak-anak kita tu, baik. Insya-Allah."

Puan Alin terdiam.

"Pasal cadangan you nak kenenkan calon suami untuk Nina tu, I setuju. Tapi apa-apa bagi tahu II tak nak dapat menantu yang tak betul. I nak menantu kita tu bertanggungjawab orangnya."

Puan Alin menghirup air jus.

"I takut kalau ditakdirkan Allah, Nina akan merasa perceraian yang sama macam kita. Sebab tu I nak cari suami untuk Nina, Anis dan Amalina dengan lelaki yang bertanggungjawab. Bila lelaki tu bertanggungjawab orangnya, dia tak akan abaikan cucu-cucu kita even mereka dah bercerai."

"You doakan agar anak kita bercerai?"

"NopeNeverJust berwaspada. Doa I untuk anak-anak, agar mereka sentiasa gembira dan berjumpa jodoh yang baik. I tak mungkin doakan rumah tangga anak sendiri musnah."

Puan Alin memandang wajah bekas suaminya. "You're just like my father."

Encik Sham tersenyum. Dia tahu hal itu. Acap kali bekas isterinya ini mengatakan hal itu saat mereka masih suami isteri lagi. Mungkin disebabkan itu, Puan Alin mudah untuk menerimanya sebagai suami dahulu walau dia ialah calon pilihan ayah Puan Alin.

Dia dan Puan Alin tidak pernah bercinta sebelum nikah. Jumpa pun beberapa kali tanpa bertegur sapa untuk menguruskan hal akad nikah. Itu sahaja. Di sebabkan itu, dia yakin Puan Alin menerimanya sebab sikapnya yang hampir sama dengan ayah bekas isterinya itu.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my