Tuesday, May 25, 2021

Projek Kasih Kami (2020) - HADIAH DI BULAN RAMADAN 2 by Ai Indah

Setahun kembalinya Tengku Zara ke Vila Cahaya, ternyata ada rahsia tentang Tengku Khairi yang tidak dia ketahui. Adik yang disangka bujang, ternyata menyandang status duda.

"Sampai hati ye, tak bagitahu." – Tengku Zara.

"Tak bagitahu apa?" - Tengku Khairi.

"Yang Ri dah kahwin dengan Rose." – Tengku Zara.


Lebih mengejutkan Tengku Zara, dia kenal baik dengan Rose dan Lily. Tidak dia sangka kedua-duanya ada kaitan dengan Tengku Khairi.

"Adra, Lily ada perasaan dekat Ri, kan?" – Tengku Zara.

"Dulu, ada la. Sekarang tak tahu." – Tengku Adra.


Berjayakah Tengku Zara dalam misi menyatukan Lily dengan Tengku Khairi?

"Bila tahu Ri kenal dengan Rose dan Lily, akak memang nak satukan korang. Bahkan sejak kita kecil lagi, akak memang dah pasang niat nak satukan Ri dengan salah seorang dari Lily atau Rose." – Tengku Zara.

"Kan Rose..." Lily.

"Dah lama sangat Ri menduda. Dia perlukan kehidupan baru." – Tengku Zara.


p/s: Boleh hubungi penulis untuk dapatkan sekiranya berminat. Untuk dapatkan secara kompilasi, ianya TIDAK AVAILABLE LAGI.

Facebook Penulis = Ai Indah



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my