Tuesday, May 25, 2021

Projek Kasih Kami (2020) - PERMATA YANG HILANG by Ayra Awatif

Hanya disebabkan sepucuk surat segalanya berubah. Permintaan terakhir si ibu harus dilunasi demi kesejahteraan keluarga. Malangnya, angah tidak mahu kerana adik yang dibuang tak harus dikutip semula. Demi kasih mereka pada arwah ibu, along dan alang sanggup merendahkan hati dan menjilat ludah sendiri.

Pencarian bermula. Luka yang dalam dan lama belum tentu sembuh. Parutnya masih lagi bersisa. Adik yng berhati mulia sanggup menerima dan memaafkan. Tiada sengketa. Tapi apakah akan bahagia mereka jika angah turut mengetepikan ego dan berbaik semula? Adakah hajat terakhir arwah ibu akan dilaksanakan seperti yang dipinta?

~ Air yang dicincang takkan putus. Begitulah hubungan adik-beradik. Satu darah, satu daging yang sama. Bergaduh, berpisah, tetap membawa nama yang sama dihujung. ~


p/s: Boleh hubungi penulis untuk dapatkan sekiranya berminat. Untuk dapatkan secara kompilasi, ianya TIDAK AVAILABLE LAGI.

Facebook Penulis = Ayra Awatif




^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my