
ARINA yang baru ingin membuka pintu dorm teman baiknya terkejut melihat Ai yang duduk termenung di anak tangga berdekatan. Lantas dia mematikan niatnya untuk masuk ke dalam dorm temannya dan mengatur langkah menuju ke arah kawannya yang termenung di tangga.
"Ai."
Ai mengangkat wajahnya. "Arina."
Arina mengambil tempat di sebelah Ai. "Kenapa ni? Saya tengok awak termenung je? Awak okey?"
Ai mengangguk. "Okey."
Pandangan Arina turun dari melihat wajah Ai ke arah buku yang dipegang kemas oleh gadis Cina itu. Lajua sahaja tangannya mengambil buku itu. "Buku apa ni?"
Ai menggelabah dan cuba melarikan buku di tangannya dari Arina namun gagal. Arina dilihatnya melihat tekun buku yang baru dibelinya.
"Kahwin campur?" Arina membaca tajuk buku. Kemudian matanya beralih kepada Ai. Wajahnya jelas mempamerkan riak keliru.
Hanya satu sahaja perkara yang terlintas di benak fikiran Arina. Tidak lain tidak bukan...
Ai merampas kembali buku tersebut dari tangan Arina lalu bangun dari posisi duduk di anak tangga. Langkah kaki sudah berkira-kira untuk meninggalkan Arina disitu.
Arina pantas menahan langkah Ai yang mahu naik ke atas. Tangan Ai dipegang erat. Takut Ai melarikan diri. "Awak... ada niat... nak masuk Islam ke, Ai?" soal Arina lambat-lambat.
Ai berdiam.
"Khairil, ada janji apa-apa ke dekat awak?"
Ai hanya mengeluh. Kepalanya digelengkan bagi memberi jawapan kepada persoalan Arina.
"Kalau bukan sebab Khairil, sebab apa awak nak masuk Islam?" tanya Arina. Pelik, kalau bukan sebab Khairil, kenapa Ai membaca buku mengenai 'kahwin campur' tu? Melainkan Ai ada niat nak masuk Islam. Itu apa yang ada dalam fikiran gadis bernama Arina ketika ini.
Ai memandang tepat anak mata Arina. "Saya tak tahu. Rasa ni... macam tiba-tiba ada."
Arina semakin keliru. "Maksud awak?"
"Saya masuk dorm dulu. Bye," ujar Ai sebelum sempat Arina menahan langkahnya untuk bertanya soalan lagi.
Arina mendengus perlahan.
"Baca buku tentang kahwin campur... bercinta dengan orang melayu yang beragama Islam. Ai ni tak lain tak bukan ada niat nak masuk Islam. Tak pun, dia cuba nak tahu apa tu Islam. Kalau tak tak kan dia bercinta dengan orang Islam dan baca buku macam tu kan?" Arina bertanya kepada dirinya sendiri.
"Ari!"
Terkejut Arina tatkala ada yang menjerit namanya sebegitu. Dekat dengan telinganya pula. Boleh menempah untuk menjadi insan yang kurang pendengaran nanti. Telinga kanannya yang menerima jeritan sebentar tadi, digosok perlahan. Wajahnya berpaling melihat manusia yang berdiri di sisinya itu.
"Kau dah kenapa? Boleh pekak aku kau buat tau?" marah Arina dengan temannya itu.
"Dah kau tu mengomel je dari tadi tak berhenti, aku apa lagi," jawab Yana.
Arina menjeling.
"Apa yang kau bebelkan tadi ha? Terkumat-kamit je mulut kau tu macam ahli sihir yang tengah baca jampi je aku tengok."
"Ai."
"Kenapa dengan Ai?"
"Aku rasa dia macam nak tahu sesuatu tentang Islam la."
Yana mengangguk. "Aku pun rasa benda yang sama."
Arina terkejut. Ternyata bukan dia seorang sahaja yang berfikiran seperti itu.
"Kau tahu tak, yang dia tu tengah-tengah malam, senyap-senyap masuk surau?" Yana mula membuka cerita.
Menelopong mulut Arina tatkala dia mendengar apa yang temannya katakan.
Yana tersenyum. "Ada satu hari tu aku tengok dia pakai tudung dalam surau. Dalam loker dia macam-macam buku ada. Antaranya kan, kahwin campur. Bukan tu je tau, kalau kita baca Yaasin, dia mesti terjengok-jengokkan kepala dia dekat dalam surau."
"Aku perasan."
"Jadi, boleh nampaklah dari mata dia yang dia nak tahu Islam tu apa. Tapi family dia tak bagi kut."
"Kenapa?" soal Arina kehairanan.
"Normallah. Mana ada parent senang-senang je bagi anak dia masuk agama lain? Lagipun, time dia masuk sini pun mak dia pesan, jangan sesekali nak tahu agama orang lain. Tu maksudnya apa? Tak bagi si Ai tu tahu pasal Islam lah."
Arina hanya berdiam. Dalam diam Arina bersetuju dengan apa yang Yana fikirkan. Mana ada ibu bapa dalam dunia ni, mudah sangat beri izin anak mereka masuk agama lain. Lagi-lagi agama yang berlainan dengan anutan keluarga.
Kalau ada sekalipun ibu bapa yang tidak kisah, pasti sedikit sahaja bilangannya di dunia ini. Kebanyakkan kes yang dia jumpa, rata-rata mualaf dibuang keluarga setelah memeluk Islam.
"Aku harap, cepat-cepatlah dia masuk Islam."
Arina memandang sekilas Yana sebelum mengatur langkah dengan selambanya masuk ke dalam dorm Yana.
No comments:
Post a Comment