Wednesday, May 19, 2021

My Mrs Seventeen - BAB 9

AISYAH melangkah masuk ke dalam kelas. Dari situ dia sudah dapat melihat Nabila sedang mengulangkaji pelajaran, Geografi. Khusyuk benar.

"Bella... Assalamualaikum," Aisyah menarik kerusi di sebelah Nabila.

"Wa'alaikumussalam. Lambatnya datang," Nabila mengukir senyuman.

"Tolong umi kejap. Datang tadi pun nasib aki hantarkan, kalau tak lagi lambatlah jawabnya nak sampai sekolah," Aisyah memberitahu.

Nabila hanya tersenyum.

"Study apa?" Aisyah bertanya sambil duduk di kerusi sebelah Nabila yang sememangnya tempat duduknya.

"Peta dunia. Pasal longitude dengan latitude ni. Nak fahamkan betul-betul."

Aisyah memusatkan matanya ke arah Nabila. "Awak memang suka subjek ni?" tanya Aisyah.

"Minat sangat. Matematik pun," Nabila membalas dengan nada terujanya.

"Jarang perempuan suka subjek macam tu. Selalunya lelaki. Anyway, kawan saya tu dah balik ke sekolah semula tau. Dia tu memang pro gila dalam subjek ni."

"Ye? Bila nak kenalkan? Tak sabar rasa ni. Boleh mintak jadi guru muda saya."

"Oh... boleh saja. Hm... macam mana kalau petang ni? Lepas sekolah, boleh? Sebab dia selalu lepak di library lepas habis sekolah."

Nabila berfikir seketika."Boleh... tak lama kan? Lagipun saya tak pernah pergi library lagi. Ok lah tu, sambil menyelam, minum air. Nanti saya bagitau dekat ayah saya dulu."

Aisyah tersenyum. Kali ini lebih manis dari biasa.

Nabila memandang pelik."Kenapa awak tak berhenti senyum ni? Ni mesti ada sesuatu ni, kan? Cepat bagi tahu saya," tembak Nabila.

"Pandai awak. Untuk pengetahuan awak, saya senyum... sebab saya gembira," balas Aisyah.

"Kongsilah." Nabila bersuara dengan penuh minat.

Aisyah menarik nafas panjang. "Saya akan dapat walid tak lama lagi."

"Walid?" Nabila mengerutkan dahinya.

"Walid tu ayah lah. Umi saya,akhirnya dah buka pintu hati untuk berkahwin lagi," Aisyah semakin rancak berkongsi cerita.

"Ayah kandung awak mana?" pelik Nabila seketika. Ibu bapa dia bercerai ke?

"Ooo... saya terlupa lah... Awak tak tahu apa-apa pasal keluarga saya. Saya pulak tak bercerita dengan awak pasal tu. Maaf ye, Bella," Aisyah mengambil tangan Nabila. "Sebenarnya, abi saya dah meninggal dunia sewaktu umi mengandungkan saya."

Nabila memandang anak mata Aisyah. "Jadi awak..."

"Yup. Saya tak pernah rasa ada ayah. Tapi apa-apa pun saya tahu abi sayangkan saya. Sebab tu saya gembira. Saya akan ada dua orang ayah yang sayang dengan saya. Abi dan walid. Lagipun bakal suami umi saya tu, saya dah jumpa semalam. Semua keluarga saya ok dengan keputusan umi. Cuma..." Aisyah menggantungkan ayatnya.

"Cuma?" Nabila mengulang ayat Aisyah.

"Cuma ada sikit je masalah. Bakal suami umi saya tu, ada anak lelaki. Jadi aki risau kalau saya duduk dengan umi," beritahu Aisyah. "Saya risau lah. Sebab saya dengan umi tak pernah berenggang."

"Habis awak nak buat apa?" Nabila bertanya.

"Entah. Saya malas nak fikir. Itu masalah umi dengan bakal suami umi saya. Bukan saya. Saya yakin mereka pasti dah buat keputusan yang baik. Kalau tak, takkan mereka buat keputusan untuk hidup bersama, kan?" Aisyah mengangguk yakin.

Nabila dipalit rasa cemburu. Aisyah rapat dengan uminya... aku? Dia gembira dapat ayah... aku? Aku tak kenal siapa ayah aku. Mama kandung sendiri pun tak pernah nak layan aku.

"Eh, Bella... kenapa ni?" Aisyah bertanya tatkala melihat riak wajah Nabila berubah.

"Tak ada apa," balas Nabila, senyuman pahit terukir.

Aisyah mengeluarkan buku nota. Ingin mengemaskini nota dan latihan sebelum dihantar kepada guru nanti.

"Bila majlis akan berlangsung?" tanya Nabila.

"Hm... tahun depan kata umi. Sebab bakal suami umi ada hal kena selesaikan dulu."

"Ooo..." balas Nabila.

"Nanti saya jemput awak satu keluarga. Datang tau? Boleh lah saya kenal dengan keluarga awak. Awak pun boleh kenal dengan keluarga saya," Aisyah bersuara dalam nada gembira.

Nabila sudah pucat mukanya seketika. Mati senyumannya untuk sahabatnya itu.

"Bella..." panggil Aisyah.

Nabila memandang wajah Aisyah. "Kenapa?"

"Awak lain macamlah hari ni. Muka awak asyik berubah je tatkala sebut pasal keluarga. Awak tak suka ye?" Aisyah mengagak.

"Eh... bukan macam tu maksud saya. Kita kan tak tahu lagi apa nak jadi, kan? Saya sendiri tak tahu dapat datang ke tak. Lagipun... aunty dengan uncle saya mesti sibuk masa tu," Nabila membalas selamba.

"AuntyUncle?" Aisyah mengulang.

"Hah? Apa?" Nabila pulak bertanya pelik.

"Awak kata uncle dengan aunty tadi," Aisyah memberi tahu.

"Eh! Awak salah dengar. Saya kata mama dengan papa lah," Nabila membetulkan ayatnya.Aduh... terlepas... tak kanlah aku nak bagi tau yang aku panggil parent aku macam tu kan? Nanti apa pulaklah yang si Aisyah ni fikir. Memang taklah.

"Ooo..." respon Aisyah.

Nabila menarik nafas lega tatkala Aisyah tidak lagi bertanya hal keluarganya.

"Aku ajak mak dengan ayah je la datang nanti time tu," Nabila bersuara perlahan. Disangkanya dia bercakap dalam hati, tidak dia sedar dia meluahkannya melalui bibir sehingga Aisyah dapat mendengarnya.

"Apa?" Aisyah bertanya lagi.

Aku terlepas cakap lagi ke?"Kenapa awak dengar saya ada cakap apa-apa ke?" soal Nabila lagi. Pura-pura. Kawal sikit muka tu, baru dia tak syak apa-apa. Ujar hati kecil Nabila.

"Saya macam dengar sesuatu, apa awak cakap tadi?" soal Aisyah dengan perasaan ingin tau.

Akal Nabila mencari jalan keluar dari pertanyaan Aisyah. "Ooo... saya ada cakap pasal tajuk ni. Kan tengah study tajuk ni." Nabila menunjukkan jari telunjuknya ke buku Geografi.

Aisyah mengangguk.

Huh! Nabila meletakkan kepalanya di atas buku Geografi. Mukanya memandang ke arah bertentangan dengan Aisyah. Argh... Nyaris-nyaris je tadi! Huh! Nabila berkata tanpa mengeluarkan suara.




"MUKHRIZ," panggil Cikgu Nora.

Mukhriz pantas berdiri dari tempat duduknya setelah mendengar guru mata pelajaran Sejarah memanggilnya. "Ye, ada apa cikgu?" Mukhriz bertanya dengan sopan.

Pelajar lain fokus menulis nota.

"Mama pengetua nak jumpa kamu waktu rehat ni. Jangan lambat," Cikgu Nora berpesan.

"Baiklah cikgu, terima kasih," Mukhriz kembali duduk dan menyambung menulis nota semula.




NABILA bangun dan menghampiri meja guru. Di tangannya terdapat buku latihan yang harus dihantar segera.Nabila meletakkan buku tersebut di hadapan Cikgu Tina sambil tersenyum dan mengangguk.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah semula ke tempat duduknya, Cikgu Tina memanggilnya."Bella..." panggil Cikgu Tina.

"Ye cikgu," Nabila menghampiri Cikgu Tina semula.

"Nanti time rehat, pergi office ye? Mama pengetua nak jumpa. Katanya ada hal penting nak bincang."

Terasa bagai berat sekali bahu gadis bernama Nabila ini mendengar apa yang dikatakan oleh gurunya itu.

Cikgu Tina tersenyum. "Jangan risau... Mama pengetua tu tak garang. Cikgu tak rasa kamu ada buat salah. Mungkin ada benda yang mama pengetua nak bincang," lembut sahaja Cikgu Tina berbicara. Dia seperti tahu sahaja apa yang ada di dalam hati Nabila.

Nabila mengangguk. "Baiklah cikgu. Nanti saya pergi jumpa mama pengetua waktu rehat," senyuman cuba diukir oleh Nabila.

"Baguslah kalau macam tu."

Nabila melangkah semula ke tempat duduknya. Kenapa aku rasa tak sedap hati? Akan berlaku sesuatu yang dahsyat ke nanti? Hati Nabila berbicara sendiri.




MUKHRIZ memegang dadanya."Kenapa tak sedap hati pulak ni?" Mukhriz beristighfar seketika bagi menghilangkan rasa debarannya.

Nabila mengeluh seketika."Rasa malasnya nak pergi..." Nabila bersuara lemah. Kakinya terasa berat sekali untuk melangkah menuju ke pejabat.

Buku nota dikeluarkan seketika oleh Mukhriz. Tangannya laju sahaja menulis sesuatu.

Buk!

Buku nota Mukhriz terjatuh. Aduh! Siapa pulak yang langgar aku kali ni? Rungut Mukhriz.

"Sorry, sorry..."Nabila menghulurkan kata maaf.

Mukhriz mendengar suara perempuan. Tak kanlah sekali lagi."Kau!" Mukhriz membulatkan matanya setelah berdiri dari mengutip buku notanya yang jatuh.

Nabila mengetap bibirnya. Mamat ni lagi! Tak ada orang lain ke yang nak langgar aku kecuali mamat ni? Dah memang hobi mamat ni agaknya langgar aku je. Tak cukup ke mata dia tu? Dah ada empat pun buta lagi! Kena tambah lapan ke atau tambah sampai sepuluh baru nak nampak! Perli Nabila di dalam hati.

"Eh! Buta ke?" Mukhriz menyerang.

Nabila mengecilkan matanya. Cekak rambutnya ditarik dan dipakai semula."Excuse me... yang buta tu kau ok? Bukan aku!" Nabila menjawab dengan nada sinis.

Mukhriz melepaskan nafas berat. "Kau..."

"Sebelum kau bersuara... biar aku cakap dulu," Nabila memotong kata Mukhriz tatkala melihat Mukhriz baru sahaja ingin membuka mulutnya.

"Kau tu tulis sambil jalan kenapa? Dah tak ada meja dah ke di sekolah kita ni?" sinis sekali ayat Nabila kali ini.

"Bukan urusan awak!" Mukhriz memusingkan badannya. Lalu jalan jauh la. Kalau jalan ni jumpa minah singa.

"Bukan urusan awak," Nabila mengajuk cara Mukhriz bercakap. Siap diherot-herot sekali bibirnya.

Nabila kemudian terus melangkah ke destinasi. Mama pengetua sedang menunggu, baik jangan lambat.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my