Wednesday, May 19, 2021

My Mrs Seventeen - BAB 5

PUAN SRI AYU melangkah ke kawasan dapur. Dia melihat Seri dan Maya sedang berborak diselangi dengan ketawa. "Mak Kalsom mana?" tanya Puan Sri Ayu dengan nada yang agak kasar.

Maya dan Seri yang khusyuk berborak terkejut disergah oleh majikan mereka. "Puan Sri..." serentak Maya dan Seri bangun berdiri tegak.

"Saya tanya... Mak Kalsom mana? Pekak ke?" Puan Sri Ayu bersuara tegas.

"Saya pergi panggil Mak Kalsom sekejap, Puan Sri," Maya menundukkan badannya sedikit selepas habis berbicara dengan majikannya itu.

"Saya dan Tan Sri ada dekat ruang tamu," ujar Puan Sri Ayu. "Dan kamu..." jarinya menunding ke arah Seri. "Macam biasa sediakan kami air. Itupun nak kena cakap, ke?" Puan Sri Ayu memberi arahan.

"Baik, Puan Sri," Seri memulakan kerjanya.

Puan Sri Ayu kembali semula ke ruang tamu.

"Dah kenapa pulak ni?" tegur Tan Sri Taufiq tatkala melihat wajah isterinya yang masam mencuka itu.

Puan Sri Ayu memandang wajah suaminya. "Macamlah tak tahu," balas Puan Sri Ayu.

Tan Sri Taufiq hanya berdiam. Dia tahu isterinya itu tidak suka berbincang tentang perihal Nabila. Sebab itulah isterinya menunjukkan protesnya dengan membuat muka masamnya satu hari ni.

Seri muncul dari dapur sambil membawa dulang yang berisi air. Air tersebut dihidangkan kepada Tan Sri Taufiq dan Puan Sri Ayu dengan berhati-hati. "Minum Tan Sri, Puan Sri," ujar Seri sebelum berlalu ke dapur.

"Maaf saya terlambat Tan Sri," Pak Mail bersuara tatkala Tan Sri Taufiq sedang menyuakan air di bibirnya untuk diminum.

"Takpe. Duduklah," jemput Tan Sri Taufiq.

"Tan Sri dan Puan Sri panggil saya?" Mak Kalsom pula muncul tidak lama selepas itu.

"Ye... ada hal sikit nak bincang. Duduklah kak," Tan Sri Taufiq meletakkan gelas yang sudah diminumnya kembali ke atas meja. "Ni pasal Bella..." Tan Sri Taufiq memulakan mukadimahnya.

Pak Mail dan Mak Kalsom hanya mengangguk perlahan. Sudah boleh agak pasti isu tentang Nabila. Sebab mereka memang ditugaskan untuk menjaga dan memantau keadaan Nabila setiap masa.

"Saya dah call kawan saya yang jadi pengetua sekolah tu, untuk masukkan Bella ke sana. Jadi esok, Bella akan pergi sekolah dengan Shuib dan Abang Mail akan hantar saya pergi kerja. Akak pastikan Bella bangun awal esok." Tan Sri Taufiq bersuara sambil matanya tidak lepas memandang Pak Mail dan Mak Kalsom.

"Errr... Tan Sri... baju sekolah macam mana ye?" Mak Kalsom bertanya.

"Ooo... pasal tu. Terlupa pulak. Esok pihak sekolah sendiri yang akan bagi uniform dekat dia. Memandangkan ni sekolah persendirian, jadi uniform dia tak sama dengan sekolah kerajaan. Tapi esok Bella akan pakai baju sekolah lama dia dulu," Tan Sri Taufiq menjawab persoalan Mak Kalsom.

Mak Kalsom mengangguk faham.




"WHAT! Sekolah persendirian? Macam mana akak tahu?" bulat mata Nabila mendengarnya.

Maya membetulkan posisi duduknya. "Tan Sri cakap."

Nabila melabuhkan punggungnya di sebelah Maya. "Serius?" soal Nabila.

"Ye la. Tak kan akak bergurau pulak bab-bab macam ni," jawab Maya.

Nabila sudah kelihatan gelisah semacam.

Aduh, macam manalah nasib aku nanti dekat sekolah tu. Ni mesti uncle dah prepare macam-macam ni. Kalau tak, tak kan dia sekolahkan aku dekat sekolah private? Diakan... kedekut dengan aku. Semua benda, uncle nak berkira. Fikir Nabila.

"Bella..." panggil Maya.

"Ye..." Nabila memandang tepat ke anak mata Maya.

"Mesti best kan sekolah macam tu? Ada ramai anak orang kaya, tempatnya mesti cantik, mewah dan moden. Akak dulu sekolah, tak berkesempatan pun nak sekolah macam tu,"

Nabila hanya beriak bersahaja. "Apa nama sekolah tu, kak?" tanya Nabila. Mana tahu boleh google kan? Zaman kan dah moden. Kita google je, kan senang!

"Hmm...Sekolah Menengah Persendirian Sri Pintar," jawab Maya dengan yakin.

"Habis la..." Nabila bersuara perlahan namun Maya dapat menangkap apa yang Nabila katakan.

Maya mengerutkan dahinya. "Kenapa?"

"Akak ingat seronok ke sekolah tempat anak orang kaya macam tu? Banyaklah budak gedik, macam dia sorang je anak orang kaya dalam dunia ni," ujar Nabila tidak puas hati.

"Tak baiklah Bella cakap macam tu. Bella kan belum pernah sekolah lagi kat situ. Mana tahu kali ni best? Mesti tak akan ada masalah punya," Maya memberi kata-kata positif.

"Hmm..." respon Nabila mendatar.

Mak Kalsom tiba-tiba muncul di dalam bilik Nabila. "Kasih...dah lah tu. Pergi tidur, esok nak bangun awal kan? Maya pun. Esok awak tu kerja, nak bagi Puan Sri mengamuk?" Mak Kalsom menyampuk perbualan Maya dengan Nabila.

"Bella... akak masuk bilik dulu lah. Dah lah jangan asyik fikir negatif je. Nanti semua benda Bella nak buat akan jadi tak betul sebab otak Bella tu asyik duk fikir negatif je," nasihat Maya sebelum dia berlalu ke biliknya di tingkat bawah.

"Ye kak. Bella akan cuba fikir positif. Kali ni sekolah baru tu akan jadi sekolah terakhir Bella sampai habis SPM," Nabila menanam azam. Tangannya dinaikkan ke atas. Sudah seperti gaya orang melaungkan kemerdekaan sahaja.

"Baguslah kalau kamu fikir macam tu," Mak Kalsom bersuara.

"Dah... kosongkan fikiran tu dan pergi tidur," Mak Kalsom membuka lampu tidur di sebelah katil Nabila dan kemudian menuju ke suis lampu utama untuk menutupnya pula.

"Aduh... macam manalah agaknya hidup aku nanti dekat sekolah tu? Harap-harap pelajar kat situ tak bagi aku masalah," Nabila menyelubung dirinya.

"Bedtime!" Nabila bercakap untuk dirinya sendiri.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my