Wednesday, May 26, 2021

My Mrs Seventeen 2 - TEASER 5


"Hi encik, beli untuk anak buah ke?" Jurujual perempuan mendekati Syed Amirul. Melihat sling carrier yang dipakai lelaki itu, buatkan jurujual itu ternganga kecil kerana teruja lihat anak mata si bayi.

Comel!

"Comelnya anak buah encik."

Syed Amirul senyum. "Anak saya, kak. Ada tak pakaian untuk newborn yang sesuai untuk raya?"

"Anak?"

"Ye. Dan saya isteri dia." Nabila menyampuk. Siap hulur tangan lagi.

Geram dia bila jurujual itu cuba main-main mata dengan suami dia. Hello... suami okey. Jangan macam-macam!

"Ooh... sorry. Ingat, anak buah." Jurujual itu sambut tangan Nabila.

"Ada jual? Kalau tak ada kami pergi tempat lain."

"Zaujah." Syed Amirul geleng. Bukan dia tak nampak api cemburu Nabila dah naik macam mana. Pantang betul kalau ada perempuan dekati dia.

"Ada. Ada. Mari." Jurujual itu beri laluan untuk pasangan muda itu masuk ke dalam kedai.

"Cemburunya." Bisik si suami.

Nabila jeling. "Jangan berani-berani ye."

"Tak berani, sayang." Syed Amirul ketawa. Sempat dia cubit pipi Nabila yang dikembungkan dengan angin itu.

Comel! Isteri siapa la ni?



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my