
ENCIK SHAM senyum nipis melihat anak bongsunya duduk di balkoni, bilik hotel. Sengaja dirinya mebawa anaknya ke hotel untuk meluangkan masa bersama di samping menghadiri mesyuarat. Anak-anaknya yang lain bukan tidak mahu dibawa atau dipelawa, tapi dia tahu anak-anaknya yang lain sibuk. Maklumlah anaknya yang sulung sudah bekerja, yang kedua pula baru mula bekerja dan yang ketiga pula masih belajar. Jadi hanya yang bongsu ini sahaja yang masanya agak lapang.
"Adik..." panggil Encik Sham.
"Hm."
"Kenapa ni, muka monyok je. Tak suka ye luangkan masa dengan papa?"
Amalina hanya mendengus perlahan. "Pa..."
"Ye," Encik Sham melabuhkan punggungnya di sisi anak bongsunya itu.
"Papa sayang adik tak?"
"Mestilah. Adik kan anak papa. Anak manja papa."
Amalina memandang wajah tua papanya. Diusap wajah tua itu. "Pa... adik nak sangat... papa kahwin balik dengan mama," luah Amalina lambat-lambat.
"Adik..."
"Adik nak sangat-sangat, papa dengan mama sama-sama datang hari graduasi sekolah adik nanti. Tapi adik tak nak papa dengan mama datang macam tu je. Adik nak rasa ikatan family antara kita. Papa kahwin balik dengan mama, ye?"
"Kita tetap family adik, walaupun papa bercerai dengan mama. Papa dengan mama akan sama-sama ada di sisi adik pada hari adik graduasi nanti. Sama-sama celebrate dengan adik. Don't worry, okey sayang?"
Amalina memuncungkan bibir.
"Dah kenapa anak papa ni? Asyik merajuk je, keluar muncung. Teringat papa bila mama mengandungkan adik dulu. Mama selalu merajuk tapi sebab sayang... papa sabar je untuk selalu pujuk mama."
"Habis kenapa papa dah tak nak pujuk mama untuk bersama semula dengan papa?"
"Sebab kami dah tak ada jodoh untuk bersama."
Amalina terdiam. Kalau tiada jodoh atau ada keinginan untuk bersama, mengapa Encik Sham suka korek hal Puan Alin darinya adik-beradik? Alasan, mahu tahu mama mereka sihat atau tidak. Semacam sangat.
Encik Sham mengukir senyum. Dia tahu anak-anaknya mahu dia bersama semula dengan mama mereka, tapi biarlah masa menentukannya. Sejujurnya, dia juga mahukan hal yang sama tetapi dia tidak boleh memaksa bekas isterinya. Cukuplah dahulu mereka terpaksa berkahwin di usia muda kerana aturan keluarga. Dia tidak mahu, Puan Alin sekali lagi terpaksa menerimanya sebagai suami.
"Papa sayang mama lagi kan?" tanya Amalina.
"Papa sayang adik, abang dan dua orang kakak adik," jawab Encik Sham tidak mengikut kehendak soalan Amalina. Bukan dia tidak tahu si bongsu mahu menjeratnya dengan kenyataan itu.
"Mama?" ulang Amalina.
Encik Sham terdiam. Sewaktu anak bongsunya masih kecil, cukup dia katakan dia sayangkan Nina, Amri, Anis dan Amalina sebagai jawapan soalan 'sayang mama tak?'. Dan selepas itu anak ebrtuahnya ini tidak akan menyoal lagi. Tapi kali ini, tidak. Amalina bukan budak kecil lagi. Sudah mahu habis belajar di sekolah menengah dah.
"Pa..."
"Ye."
"Papa sayang mama tak?"
Encik Sham tersenyum.
"Papa masih sayang mama, kan?" teka Amalina.
"Kenapa adik boleh fikir macam tu?"
"Sebab... kebanyakkan orang yang bercerai mesti akan kahwin dengan orang lain. Tapi papa dengan mama dah belasan tahun bercerai, tapi tak pernah kahwin dengan sesiapa pun. Itu tandanya, papa sayang mama. I'm right?"
Encik Sham menarik tocang rambut anaknya. Sengaja untuk bergurau. "Pandai-pandai buat teori sendiri."
"Tak betul ke?"
"Sayang... kahwin tu adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab yang besar dan berat. Anak-anak, itu pun tanggungjawab. Papa tak kahwin sampai sekarang, sebab tak ada jodoh dengan sesiapa, Dan satu lagi, papa takut seandainya papa kahwin lain, papa akan abaikan tanggungjawab papa pada kamu, abang dan dua orang kakak kamu. Kamu ingat senang ke hidup bila dah bercerai ni? Nak jumpa anak pun ikut masa."
Amalina mencebik. Satu apa yang Encik Sham bebelkan pun dia tak faham. Pada masa yang sama, nalurinya kuat mengatakan papanya sengaja tidak mahu kahwin lagi sebab masih menunggu mama mereka.
"Kalau papa kahwin lagi, tanggungjawab papa lagi berat. Macam mana kalau papa terabai tanggungjawab papa pada anak-anak papa? Papa tak sanggup nak tanggung."
"Senang je kalau papa tak nak tanggungjawab tu berat sangat."
Encik Sham mengerutkan dahinya.
"Papa kahwin balik dengan mama. Senang. Papa dan mama sama-sama kongsi beban jaga kami."
Encik Sham tersenyum mendengar jawapan bijak anaknya ini.
"Boleh ye pa?"
Encik Sham berdiri, "Kejap lagi Kak Anis datang. Kemas beg. Papa nak pergi bilik papa jap nak tengok ada apa-apa yang papa tertinggal."
Amalina mendengus. "Papa ni... suka ubah topik tau bila cakap pasal mama. Tapi kalau mama, mesti mama dah marah," rungut Amalina.
No comments:
Post a Comment