
ABDUL HAMID memandang wajah Syakira yang duduk dihadapannya. "Macam mana awak dapat fail ni?"
"Dekat bawah meja saya, bos."
"Betul?"
"Ye lah bos. Saya baru masuk kerja siang tadi."
Abdul Hamid menarik nafas panjang. "Akaun ni... pelik. Betula pa awak cakap."
"Kan bos. Pelik kan? Tu la... saya pun pelik jugak, kenapa pengiraan akaun ni pelik sangat. Mulanya saya ingat memang cara syarikat kut kira ikut cara lain dari yang saya belajar di universiti tapi tak logik pula. Tak kan universiti tempat saya belajar tu tak update pasal akaun kalau ada cara kira lain, kan?" mulut Syakira sudah bergerak laju bercakap. Lajunya mengalahkan lajunya kapal terbang bergerak.
Abdul Hamid segera bersuara untuk mematikan bebelan merepek Syakira sebelum bebelan itu masuk ke tahap tidak masuk akal. "Lagi pelik, saya rasa saya tak pernah semak fail akaun ni tapi ada sign saya di sini." Abdul Hamid menunding jari ke arah bahagian tanda tangan.
Syakira membeliakkan matanya. "Serius?"
Abdul Hamid mengangguk.
"Tapi... bos kan ketua. Siapa yang semak, kalau bukan bos? Tu... kan tanda tangan bos. Tak kan ada orang tiru sign boss?" Syakira menjuihkan bibirnya.
Abdul Hamid menyentuh lembut bahagian yang sudah bertanda tangan itu. "Ini memang tanda tangan saya."
"Ha... bos..."
"Untuk pengetahuan awak, saya tak ada dekat sini masa tarikh ni. So... how come saya boleh tanda tangan benda alah ni masa saya sendiri tak pegang fail ni?"
Syakira mengerutkan dahinya. Tidak percaya dengan apa yang Abdul Hamid katakan sebentar tadi. "Ye ke? Bos lupa kut bos semak."
"Saya pasti saya tak pegang fail ni. Masa ni, anak saya sakit dekat hospital. Saya jaga dia. Boleh jumpa pihak hospital dan check CCTV ye."
"Habis... siapa sign?"
Abdul Hamid meneleti sekali lagi laporan akaun itu.
"Bos..." Syakira memanggil Abdul Hamid setelah merasakan si majikan lama mendiamkan diri.
"Hm."
"Ada orang ambil duit syarikat ke?"
Abdul Hamid menyandarkan tubuhnya ke kerusi. "Entah."
"Bos..."
Abdul Hamid memandang tepat anak mata pekerjanya itu.
"Selalunya kan bos... bila ada kes macam ni, itu maksudnya ada musuh dalam selimut bos."
Abdul Hamid memandang jam di biliknya. "Dah malam. Pergi balik," arah Abdul Hamid.
"Tapi..."
"Balik. Lagipun tinggal kita berdua dalam office ni. Awak nak kena tangkap basah dengan saya ke? Saya ni duda, tak ada isteri dekat rumah. Nak kahwin free ke? Maklumlah pagi tadi awak cakap saya ni calon suami awak, kan?"
Syakira menggeleng laju. "Tak kuasa saya. Saya ada taste!"
"Kalau tak nak, pergi balik sekarang."
Syakira mengangguk. Baru sahaja Syakira ingin memulas tombol pintu, Abdul Hamid menghalang langkahnya dengan berkata...
"Rahsiakan hal ni."
Syakira menoleh ke belakang, memandang tepat ke arah majikannya.
"Faham?" ulang Abdul Hamid.
"Kenapa?"
"Jangan banyak tanya budak suka mengomel."
"Okey. Sorry bos." Syakira mengangguk.
No comments:
Post a Comment