Tuesday, May 25, 2021

Yang Kutahu Cinta Itu Indah - TEASER 5


INDAH memandang wajah Hazim yang duduk di sebelahnya. "Hazim, aku nak tanya boleh?"

Hazim menganggukkan kepalanya.

"Kau... ada perasaan dengan aku tak?" tanya Indah tanpa ada rasa segan atau silu.

"Hah?" Hazim memandang wajah Indah.

"Jawablah. Aku tanya kan?" Indah menagih jawapan dari Hazim. Segan rasanya nak ulang-ulang soalan kan? Biarpun Hazim itu teman rapatnya, tak kan lah nak tanya banyak kali, kan? Segan!

Hazim terdiam. Memikirkan perasaan sebenarnya terhadap Indah.

"Kalau kau ada perasaan dengan aku, jom couple nak?"

'Oh... My... God! Apa yang aku cakap ni! Mulut aku ni kan...' Indah menampar-nampar mulutnya sendiri. Laju sangat bercakap tanpa berfikir. Tak pasal-pasal dia sudah memalukan diri sendiri di hadapan Hazim.

Bulat mata Hazim memandang wajah Indah. "Kau ni... okey tak? Kenapa tanya soalan pelik-pelik ni?"

"Aku ni, nak sangat tahu apa perasaan Hakim pada aku. Aku dah penatlah Hazim nak perasaan sorang-sorang yang dia suka aku, padahal dia hanya suka Fasha je. Tapi jauh dalam lubuk hati aku ni cakap, Hakim suka aku."

"Jadi kau ada perasaan pada Akim?" soal Hazim dengan penuh debaran di dalam dadanya untuk menanti jawapan yang akan keluar dari bibir Indah.

"Entah. Aku tak tahu."

"Kalaulah kau ada perasaan pada Akim, kenapa nak couple dengan aku?"

"Kalau kau tak ada perasaan dengan aku, kau tak akan terima tawaran aku untuk kita bercouple." Senang sahaja Indah memberi jawapan.

Hazim mengawal riak wajahnya. "Indah... kau suka ke... kau cinta?"

Indah mengangkat kedua bahunya. "Entahlah."

Hazim terdiam.

"Ada beza ke kalau kita suka dengan cinta?"

"Ada."

"Ha'ah la. Betul tu, aku baru teringat yang aku ada baca dekat satu blog ni kan, dia cakap kalau kita cinta, kita tak akan tunjuk diri plastik kita. tapi kalau suka, yes kita tunjuk diri plastik kita."

Hazim memilih untuk berdiam.

"Kenapa kau diam je ni? Cakaplah dengan aku. Kau suka bagi aku cakap sorang-sorang tau!" rungut Indah.

Hazim tersenyum. "Aku ada kerja nak buat. Nanti esok kita sembang lah lagi," Hazim bangun dan menuju semula ke meja yang dikhaskan untuknya di dalam kelas itu.

"Okey!"



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my