Sunday, May 23, 2021

Cinta Di Sujud Terakhir - TEASER 5



"KAMU ni jangan keras sangat bekerja," tegur Puan Siti sebaik sahaja dia melihat anak bongsunya masuk ke dalam rumah menandakan diri baru pulang dari pejabat.

Abdul Hamid tersenyum. "Mak jangan risau."

"Macam mana mak tak risau. Kamu hidup dah macam robot dah. Kalaulah, E..."

"Mak," Abdul Hamid bersuara sedikit tegas. Kepalanya digelengkan beberapa kali. "Yang lepas, biarkan lepas. Adik tak nak ingat semua tu lagi."

Puan Siti mengangguk lemah. Niat di hati mahu memujuk si anak agar berkahwin lagi tapi melihat si anak seperti itu tidak sanggup pula dia mahu memaksa ketika ini.

Abdul Hamid mengambil tangan maknya lalu dicium. "Adik naik atas dulu."

"Yela."

Baru sahaja Abdul Hamid naik beberapa anak tangga, Puan Siti bersuara. "Tadi Rahmah datang."

Langkah Abdul Hamid terhenti. "Kenapa dia datang sini? Dia nak apa?"

"Adik jawab soalan mak dengan jujur dulu baru mak jelaskan sebab dia datang sini."

Abdul Hamid memandang wajah tua maknya. "Apa dia, mak?"

"Betul ke, Rahmah ada anak dengan kamu?"

Abdul Hamid terdiam. Satu nafas panjang dilepaskan.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my