Sunday, May 23, 2021

Suami Untuk Mama - TEASER 4



PUAN ALIN menarik nafas panjang sebelum menyentuh bahagian simbol hijau untuk membuat penggilan. Sabar dia menanti panggilannya bersambung. Dup dap, dup dap jantungnya membuat irama. Inilah sebab mengapa dia tidak mahu hubungi Encik Sham. Jantungnya suka berdetak lain macam. Buat dendangan asmara cinta yang sama saat mereka masih suami isteri.

Namun di tahan sahaja rasa itu agar tidak terkeluar. Lagipun ada hal penting yang mesti dia bincangkan dengan bekas suaminya. Hal anak-anak ni, bukan dia seorang sahaja boleh buat keputusan. Papa anak-anaknya juga perlu tahu situasi yang sedang berlaku.

"Kita perlu berjumpa. I nak bincang sesuatu dengan you," ujar Puan Alin setelah berbalas salam dengan Encik Sham.

"Pasal?"

"Anak-anak kita."

Encik Sham terdiam. Dia duduk di hujung katil sambil dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Mendengar suara si bekas isteri seperti itu, buatkan dia rindu dengan kenangan bersama Puan Alin. Oh, hati. Saat inilah hati dia nak menderhaka.

"Selalunya bila bincang pasal anak, we just on the phone. Kali ni, kenapa sampai nak berjumpa? Serius benar."

"YesIt's about Nina."

"Kenapa dengan Nina?"

"Kita cakap bila dah jumpa, boleh? Flight you esok kan?"

"Bila nak jumpa?"

"Malam ni."

"Di mana?"

"Tempat biasa."

Encik Sham terdiam. Tempat biasa? Maksudnya tempat yang dia dan Puan Alin pernah luangkan masa bersama saat mereka bahagia. Tidak habis fikir dia mengapa bekas isteri mahu berjumpa di tempat seperti itu.

"Boleh ke tidak ni?"

"Okey."

"Thanks, jumpa malam nanti. Bye!" Laju Puan Alin memutuskan panggilan. Dia meletakkan tapak tangannya di bahagian dada.

Jantungnya berdetup kencang.

'Aku ni... masih cintakan dia ke?' Sedang sibuk Puan Alin melayan rasa, baru dia teringat sesuatu.

"Kenapa aku ajak jumpa dekat tempat biasa ni? Bukan ke tu tempat... Haih.... Alin, Alin..."



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my