Thursday, May 20, 2021

Hadiah Di Bulan Ramadan - TEASER 4

 

"VILA ni tak banyak yang berubah sejak aku dihalau dari sini." Tengku Zara meletakkan gelas minuman di atas meja.

Tengku Khairi terkejut mendengar perkataan 'dihalau' yang meniti laju di bibir kakaknya sebentar tadi. Yakinlah dia yang kakaknya ini sudah salah faham dengan tindakan arwah papa mereka dahulu. Dimana meletakkan Tengku Zara di rumah anak-anak yatim.

"Dah kena halau, kenapa balik sini?" perli Tengku Adra.

Tengku Khairi merenung tajam wajah Tengku Adra. "Sopan sikit. Kak Zara ni, kakak Adra tahu?"

"Tak tahu. Yang Adra tahu, Adra cuma ada abang sahaja. Tiba-tiba, ada kakak. Huh!"

"Adra!"

Tengku Zara menyilangkan kakinya. "Vila ni, aku punya. Aku ada hak nak balik sini. Geran vila dan tanah ni, atas nama aku. Jadi bagi aku sebab kenapa aku tak boleh balik sini?"

"Dah kata kena halau."

"Tengku Adra Tengku Yusuf!" Tengku Khairi menyebut nama penuh si adik yang dimatanya sangat kurang ajar dengan kakak sulung mereka.

Tengku Adra diam. Memalingkan wajahnya dari memandang wajah si abang yang menyinga.

"Lebih baik Adra masuk bilik, bersiap pergi kelas sekarang! Jangan sampai abang heret Adra pergi kolej."

Tengku Adra mendengus kuat sebelum naik ke tingkat atas. Takut dia dengan ketegasan abangnya yang seorang ini. Jangan dibuat main. Silap haribulan, tanpa sedar tangan abangnya yang bakal hinggap ke mukanya sekiranya dia terus keras kepala.

"Kakak jangan ambil hati dengan Adra. Budak-budak, biasalah."

Tengku Zara tersenyum plastik. "Tak kisah la. Sekarang ni, mana orang yang dah buang akak? Tak nampak pun batang hidung. Ke dah mati?"

"Maksud akak, siapa?"

"Tengku Yusuf."

Tengku Khairi mengeluh perlahan.

"Mana dia? Aku nak buat perhitungan dengan dia."

"Papa... dah lama pergi, kak. Papa, dah meninggal dah sembilan belas tahun dah."

Mata Tengku Zara terbeliak mendengarnya. "Aku tak salah dengar?"

"Lebih kurang sebulan dua selepas papa hantar akak ke Rumah Anak Yatim, papa meninggal dunia."

Tengku Zara terkedu.

"Tengku, biliknya sudah siap," ujar seorang wanita berusia 40-an kepada Tengku Khairi.

Tengku Khairi mengangguk. Satu senyuman diberikan kepada Tengku Zara. "Akak ikut maid masuk bilik akak ye. Rehatkan badan. Akak mesti penat."

Tengku Khairi bangkit dari duduknya. "Ri nak pergi pejabat dulu, ada urusan. Ada apa-apa masalah, akak boleh minta bantuan dengan maid. Nanti-nanti Ri akan cerita pada akak apa yang dah jadi. Banyak yang akak perlu tahu."



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my