Wednesday, May 19, 2021

My Mrs Seventeen - BAB 6

NABILA membetulkan cekak pada rambutnya."Ok... bak kata kak Maya kita kena fikir positif. Positif, positif bukan negatif," Nabila merenung wajahnya di cermin. Cukup lama.

"Kali ni kalau ada jugak student macam tu dekat sekolah lama, redha je la," ucap Nabila lagi.

Jam tangan diambil dan dikemaskan di pergelangan tangannya. Beg sekolah diambil dan disangkutkan pada bahunya. "Sekolah baru, hidup baru, buku baru jadi aku pun kena jadi baru jugak," Nabila memulas tombol pintu biliknya.

"Morning..." Nabila memeluk Mak Kalsom dari belakang.

"Allah! Budak ini lah kan... Tak nampak ke mak tengah buat apa ni?" Mak Kalsom menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

Nabila tersengih. Pelukannya dileraikan. "Ala mak... mana Kasih nak nampak. Kasih kan dari belakang mak tadi. Jadi mana nampak mak buat apa?" Nabila membela diri.

"Ada jelah jawapan kamu," Mak Kalsom membuka pintu peti ais.

Nabila mendekatkan wajahnya pada kuali yang kelihatan berasap.

"Buat apa kat sini lagi? Dah pergi sarapan sana. Nanti lambat kamu pergi sekolah," ujar Mak Kalsom.

Nabila mencebik."Sampai hati mak halau Kasih..." Nabila bersuara seakan-akan merajuk.

"Kamu jangan nak mengada sekarang. Dah pergi makan sana, nanti kalau Tan Sri tau kamu main-main dekat sini, mak yang kena marah tau."

"Ye la..." Nabila mengambil langkah menuju ke meja makan.




"JAUH lagi ke sekolah tu, Abang Shuib?" tanya Nabila.

"Tak lah. Kali ni sekolah tu lebih dekat dengan rumah berbanding sekolah lama," jawab Shuib.

Kelihatan kereta yang dipandu Shuib sudah kelihatan masuk ke kawasan Sekolah Menengah Persendirian Sri Pintar."Ok, dah sampai. Jom kita pergi pejabat," ajak Shuib.

Nabila hanya menurut. Matanya terpukau dengan keindahan sekolah persendirian tersebut. "Wow! Cantiknya. Rasa macam tak berada dekat sekolah je," Nabila memuji.

Matanya tidak lepas dari memandang setiap sudut kawasan sekolah itu. Sungguh mengagumkan!

Shuib hanya tersenyum memandang reaksi Nabila."Dah jom kita ke pejabat. Nanti lambat pulak kamu masuk kelas."

"Ye la," Nabila mengekori langkah Shuib.




KRING!!!

Loceng berbunyi menandakan sekarang waktu rehat yang pertama untuk semua pelajar Sekolah Menangah Sri Pintar. Sekolah ini mempunyai dua sesi waktu rehat, pagi dan tengah hari.

Alhamdulillah, hari pertama Nabila di sekolah baru ini berjalan dengan lancar.

Nabila memandang wajah rakan sekelas di sebelahnya. "Aisyah," Nabila memanggil.

Aisyah tersenyum. "Panggil Sya je," ujar Aisyah.

Nabila membalas senyuman Aisyah. "Ok. Sya..."

"Ye, ada apa?" tanya Aisyah.

"Awak tak pergi rehat ke?" tanya Nabila.

Aisyah menggeleng perlahan. "Tak. Lagipun saya ada bawak bekal," jawab Aisyah.

"Hmm... boleh tak awak tunjukkan dekat saya, kantin kat mana?" pinta Nabila.

Aisyah mengangguk. "Mestilah boleh. Saya terlupa pulak yang awak ni student baru. Mari." Aisyah sudah berdiri.

Nabila hanya menurut. "Terima kasih."

"Sama-sama," balas Aisyah.

"Cantiknya kawasan sekolah ni. Saya tak rasa macam berada dekat sekolah je. Rasa macam tengah berjalan-jalan," Nabila bersuara bagi memecahkan kesunyian yang melanda antaranya dengan Aisyah.

"Memang pun. Mama pengetua, suka dengan konsep yang macam ni. Dengan cara macam ni, student lebih semangat nak pergi sekolah," Aisyah memberitahu.

Nabila mengangguk faham. "Memang student dekat sini panggil Puan Pengetua, 'mama' ye?" Nabila bertanya.Terkejut benar dia tatkala pengetua membahasakan dirinya 'mama' sewaktu bercakap dengannya tadi. Maklumlah pertama kali, dia panggil orang 'mama'. Mak kandung sendiri pun dia panggil 'aunty'.

"Ha'ah. Dengan cara macam tu, pelajar akan lebih dekat dengan cikgu dan semua staf dekat sekolah ni. Tapi ada sebahagian cikgu yang kami panggil dengan panggilan macam tu, macam... ibu, dan umi. Tapi ada jugak cikgu yang kami panggil dengan gelaran 'cikgu' sahaja," Aisyah memberi maklumat tambahan.

"Ooo... ni pertama kali jumpa sekolah macam ni."

Aisyah hanya tersenyum apa yang Nabila katakan.

"Ni kantin," Aisyah bersuara tatkala kaki mereka sudah melangkah ke kawasan kantin."Awak pergilah beli makanan. Saya teman awak makan," Aisyah mengambil tempat duduk yang kosong.

"Ok," Nabila mengambil langkah menuju ke tempat jual makanan.




ISKANDAR terpaku memandang wajah seseorang yang agak asing di sekolah tu.

"Wei! Kau pandang siapa tu?" tegur Zali.

"Aku rasa macam kenal je dengan perempuan tu," Iskandar bersuara tapi matanya tidak lepas dari memandang kelibat budak perempuan itu.

"Memanglah kau kenal. Tu kan Aisyah," Zali bersuara.

Iskandar menjeling tajam. "Kalau si Aisyah tu buat apa aku nak pandang lama-lama? Kan dia memang sekolah sini sejak tingkatan satu lagi. Ni budak yang dengan Aisyah tu. Aku rasa macam pernah kenal. Tapi kat mana, ye?" Iskandar mengerutkan dahinya, memikir dimana dia pernah berjumpa dengan gadis itu.

Zali meneguk air sirap. "Kau tu semua perempuan kau kenal," perli Zali.

"Eee... kau ni. Kang ada gak yang kena penumbuk ngan aku kang," Iskandar mengungut.




SEWAKTU Nabila ingin kembali semula ke tempat dimana Aisyah menantinya, matanya menangkap wajah seseorang. Ishak! Ishak ke tu? Berderau wajah Nabila seketika.

"Bella... awak ok? Kena kacau ke?" tanya Aisyah dengan nada prihatin sebaik sahaja Nabila duduk bertentangan dengannya.

Tapi itu mustahil. Mustahil! Memang mustahil! Ishak dah meninggal. Pelanduk dua serupa kut. Tapi kenapa ye sejak akhir-akhir ni aku asyik teringat je dekat arwah? Hari tu ada orang yang sama suara macam dia, kali ni wajah pulak. Aku ni dah kenapa? Rindu ke?Nabila menyoal dirinya sendiri.

Aisyah mengerutkan dahinya. Nabila langsung tidak membalas soalannya. "Bella..." tangan Nabila disentuh.

Nabila tersentak. "Hah? Kenapa?" tanya Nabila tiba-tiba.

"Are you ok?" tanya Aisyah sekali lagi.

"Ok, je. Ni saya ada belikan pau untuk awak," Nabila menghulurkan pau yang dibelinya.

"Terima kasih, buat susah je," Aisyah mengambil huluran tersebut.

Bella... Please! Lupakan hal Ishak tu. Dia dah meninggal ok? Full stop. Kata hati kecil Nabila.




"MACAM mana sekolah baru?" tanya Pak Mail sejurus Nabila masuk ke dalam perut kereta.

"Nothing special," balas Nabila.

"Amboi... nothing special. Habis kamu harapkan apa yang special dekat sekolah ni? Lelaki hensem?" tanya Pak Mail lagi. Ingin berseloroh dengan anak majikannya itu.

"Boleh la... not bad. Pemandangan dan dekorasi sekolah cantik. So far, ok la," Nabila bersuara perlahan.

Pak Mail pelik seketika. Berkerut dahi tuanya mendengar apa yang anak majikannya katakan. Tadi kata nothing special, ni kata not bad pulak. Mana satu ni?

"Kamu ok tak ni? Ada orang buat masalah dekat kamu ke?" tanya Pak Mail.

Nabila menggelengkan kepalanya dengan perlahan."Ayah... kalau kita jumpa seseorang mirip dengan orang yang dah mati, tu maksudnya apa?" soalNabila tiba-tiba.

"Itu tandanya kamu rindukan arwah la tu," balas Pak Mail.

"Ye ke? Tapi Bella tak rasa rindu pun dekat Ishak," jawab Nabila dengan selamba.

"Ishak? Siapa Ishak?" Pak Mail bertanya. Tidak pernah pula dia tahu Nabila ada kawan lelaki yang namanya Ishak. Sebab setahunya anak majikannya ini, tiada kawan.

"Kawan... dah dekat setahun dah dia tak de," jawab Nabila.

"Bella nak tahu sesuatu tak?" tanya Pak Mail. Ingin memancing reaksi Nabila.

"Apa?"

"Manusia ni ada tujuh orang mukanya sama macam kita tau. Tak kiralah kembar ke tak. Tapi memang ada. Macam muka Bella ni, dekat luar negara mungkin ada yang seiras sangat dengan Bella. Tapi lain sikit la," Pak Mail memberi isyarat ke kanan.

"Ye ke? Bukan kalau muka sama ni untuk kembar je ke?" bulat mata Nabila seketika tatkala melafazkan ayat itu. Kembar? Nanti! Rasanya aku pernah jumpa kembar Ishak. Jangan-jangan...

"Tak semestinya Bella. Allah tu Maha Berkuasa. Ada je muka adik beradik sama walhal mereka bukan kembar. Ini kan pula kalau tiada kaitan keluarga dengan kita. Bagi Allah semua tu mudah je nak buat," terang Pak Mail.

Nabila mengangguk faham. Kembar Ishak... Iskandar kan? Aku rasa itu mesti Iskandar. Mamat sombong, berlagak dan perasan bagus tu! Ingat dia tu hebat sangat. Huh! Nabila mengeluh seketika.




"ADUHAI..." Iskandar mengeluh.

"Aku ni dari tadi asyik fikir je manalah aku pernah jumpa minah tu. Dekat mana ye? Dah lama.Nama dia pun aku tak tahu. Kalau tak, boleh google je," Iskandar meletakkan beg sekolah di atas meja.

"Apahal lah dengan aku ni. Asyik dok fikir pasal minah tu je. Aduh serabut la," Iskandar merebahkan dirinya di atas katil."Tapikan tadi waktu dia pandang aku, dia pun macam terkejut. Macam pandang aku ni hantu pulak," Iskandar membebel.

Hantu? Aku kan hidup lagi."Jap! Aku rasa macam dapat sesuatu. Dia pandang aku macam aku ni hantu kan? Tapi aku hidup lagi... wajah Ishak kan sama dengan aku, jangan-jangan..." Iskandar terduduk di atas katil sambil mengukir senyuman.

"Aku dah ingat! Aku pernah jumpa dia sewaktu Ishak masih hidup. Sebab tu dia pandang aku semacam. Ye... confirm. Aku pernah jumpa dia sewaktu Ishak hidup. Tak pe... masih banyak masa lagi. Aku akan cari siapa minah tu," Iskandar memutuskan. Kepalanya diangguk berkali-kali menanam azam dalam hati.

"Minah mana pulak ni?" sampuk Puan Mastura.

"Ma... Mama duduk sini jap ma," Iskandar menepuk ruang kosong disebelahnya.

Puan Mastura hanya menurut. "Apa dia?" tanya Puan Mastura.

"Ma... Mama ingat tak, nama kawan perempuan Ishak?" Iskandar bertanya.

Puan Mastura mengerutkan dahinya. "Yang mana? Ishak tu ada ramai kawan perempuan la, Is," wajahnya memandang tepat wajah anaknya itu. "Kamu pun sama."

"Ala... Mama ni. Kawan je salah ke?" Iskandar membela diri.

"Memang tak salah, tapi gaya kamu tu dah macam buaya darat tau. Umur baru tujuh belas tahun dah ada perangai gatal!" Puan Mastura menggelengkan kepalanya.Anak terunanya ini memang ada gaya menjadi playboy yang berjaya dan yang bertauliah.

"Berbalik dengan soalan Is tadi. Mama ingat tak?" soal Iskandar lagi. Soalan yang sama.

"Apa dia Is... manalah mama nak ingat semua tu lagi," balas Puan Mastura.

"Ala ma... yang kita jumpa masa Ishak tenat tu. Ishak ada kenalkan sorang kawan dia," Iskandar memberi petunjuk.

"Mama tak ingatlah Is. Kenapa ni tiba-tiba je tanya soalan tu?"

Iskandar mengeluh. Gagal sudah misinya. "Is jumpa dia dekat sekolah. Tapi Is tak pasti lagi," Iskandar memberi tahu.

"Tak pasti pulak. Gaya kamu cakap tadi macam yakin je, yang tu budak yang sama," Puan Mastura menggelengkan kepalanya melayan karenah anak terunanya yang seorang ini.

"Sebab tu Is tanya mama... mana tau mamaingat nama budak tu," Iskandar merebahkan dirinya.

"Is... budak yang kamu jumpa tu pun mama tak tahu rupanya macam mana. Anyway... penting sangat ke untuk kamu tahu siapa dia?" soal Puan Mastura.

"Penting jugaklah mama. Sebab wajah dia asyik terbayang je dalam fikiran Is ni. Serabut tau ma."

"Kalau serabut jangan fikir. Senang." cadang Puan Mastura.

"Mudahlah mama cakap. Mama macam tak kenal Is. Selagi Is tak dapat apa yang Is nak, selagi tu Is fikir."

Puan Mastura mengeluh perlahan."Tadi kamu cakap kamu jumpa budak tu dekat sekolah kan?" Puan Mastura bertanya.

Iskandar mengangguk, mengiyakan kata mamanya.

"Apa kata, esok... kamu tanya kawan sekelas dia nama budak tu? Atau kamu sendiri pergi tanya dekat dia. Senang. Bukan kena bayar pun kalau tanya, kan?" Puan Mastura memberi cadangan.

Iskandar memetik jarinya. "Bernas idea mama. Betul jugak tu. Is tak terfikir pulak macam yang mama fikir. You are really brilliant, ma," Iskandar setuju dengan cadangan mamanya.

"Dah. Kamu ni pergi mandi lepas tu solat. Bibik dah siapkan makan tengah hari," Puan Mastura menepuk paha anaknya.

"Ye la, yela," Iskandar mengambil tuala yang disangkut kemudian mengatur langkah ke bilik air.

"Cepat sikit siap. Jangan nak jadi perempuan, lama benar mandinya," Puan Mastura bersuara sebelum Iskandar menutup pintu bilik air.

"Ya ma," balas Iskandar dari dalam bilik airnya.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my