
"BOLEH lah," Hakim masih cuba memujuk temannya itu.
Indah memandang tajam ke arah Hakim. Pelik dengan perangai luar alam temannya yang seorang ini. Wayar di otak sudah terputus barangkali.
"Kau dah kenapa? Buang tabiat ke apa?"
"Ala... tolong lah aku," rayu Hakim lagi.
Indah memusingkan tubuh badannya ke belakang. "Gila ke apa kau ni? Mereng eh otak kau?"
"Janganlah cakap aku macam tu. Aku sihat lagi ni."
Indah meneruskan langkahnya menghampiri rak buku yang jauh lima tapak darinya untuk meneruskan kerja yang tergendala. Malas betul hendak melayan Hakim sekarang. Sangat tidak sesuai untuk Hakim menganggunya ketika ini. Sementelah Hakim tahu, hari ini gilirannya bertugas di Pusat Sumber.
"Tolong lah," Hakim mengikut setiap jejak langkah Indah.
Indah memberhentikan langkah. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum dia memusingkan badannya ke belakang. Wajah si teman yang dari tadi mengekornya, dipandnag geram.
"Wan Mohammad Hakim bin Wan Isa. Tolong jangan kacau saya boleh? Saya sibuk sekarang ni. Harap maklum. Terima kasih." Indah kemudian meneruskan langkahnya untuk menyusun buku di atas meja di perpustakaan pula.
"Indah Faradila binti Kazim. Saya tengah bercakap dengan awak. Jangan lupa ye, saya ni Ketua PSS di sini. Dan awak tu, hanyalah anak buah saya je tau."
Indah sudah membuat muka bosannya. 'Inilah manusia bernama Hakim, tak habis-habis nak menyusahkan akulah mamat ni! Lepas tu tak habis nak mention jawatan dia dalam perpustakaan ni. Ingat aku batak sangat ke apa!'
Geram betul Indah rasa. Rasa mahu dihempuk-hempuk muka Ketua Pengawas Pusat Sumber ni. Sudahnya, dia menjeling sahaja lelaki itu sebelum acara menghempas buku-buku berlaku. Satu-satu dihempasnya sewaktu menyusun buku tersebut di rak yang disediakan.
"Woi!" tengking Hakim. "Kau ingat buku tu bapak kau yang beli? Kalau rosak buku tu, siap kau!" Hakim bersuara tegas tatkala melihat Indah memprotes geram dengan menghempas buku-buku yang ada di tangan. Bahaya betul kalau Indah sudah geram.
Riak wajah Indah sudah berubah. Matanya tajam memandang Hakim. Kalau tadi, dia memandnag dengan geram kali ini dia memandang dia mata yang sudah berlinang. Langkah kaki mendekati Hakim yang duduk di salah satu meja yang terdapat di dalam perpustakaan itu.
Buk!
"Nenek kau tertelan taik ayam," latah Hakim. Terkejut dengan tindakan Indah yang menghempas buku-buku tebal di hadapannya.
"Kau apahal!" tengking Hakim.
Indah mendengus kasar. Kemudian dia terus berlalu keluar dari perpustakaan. Sampai hati Hakim mengata sesuatu yang buatkan dia sedih.
No comments:
Post a Comment