NABILA menarik nafas sedalam yang boleh. Pintu automatik terbuka luas. "Takut la..." Nabila memegang dadanya. Rasa macam akan terima hukuman gantung sahaja lagaknya.
Sewaktu dia ingin melangkah, Mukhriz melangkah bersama dengannya ke ruang pejabat.Mata mereka saling berpandangan.
Ini aku tak boleh sabar lagi. Aku pergi mana je mesti jumpa mamat ni!
Aduh! Apa singa ni buat dekat sini? Mukhriz bertanya dalam hati. Ingin diluahkan, jangan harap!
"Bagus kamu berdua dah sampai. Mama pengetua dah tunggu tu," ucap kerani yang memakai tag nama 'Erna'.
Nabila menjeling Mukhriz, kemudian dia menghampiri bilik mama pengetua. Baru sahaja dia ingin memegang tombol pintu, dia tersentuh tangan Mukhriz yang juga mahu memegang tombol pintu tersebut.
Mukhriz pantas menarik laju tangannya itu. Matanya dilemparkan untuk menghadap benda lain.
Dia ni memang tak suka pandang muka orang ke apa? Dah lah terpegang tangan aku, bukan nak mintak maaf! Huh! Nabila mengutuk di dalam hati.
"Eh! Tercegat apa lagi? Bukak lah pintu tu," Erna si kerani mula membebel.
Mukhriz memulas tombol pintu selepas mengetuk pintu dan mendapat keizinan masuk.
Puan Gayah tersenyum memandang Nabila dan Mukhriz yang sudah berada di dalam pejabatnya."Duduk," arah Puan Gayah.
Mukhriz dan Nabila menurut.
"Mama tak sangka kamu berdua datang sekali," Puan Gayah ceria sahaja nadanya ketika bercakap.
Rasanya hanya Puan Gayah sahaja yang gembira di dalam pejabat itu. Dua lagi makhluk tu dalam hati, Allah je lah yang tahu.
Apahal lah mamat ni kena ada sama!
Apa si singa ni buat dekat sini? Dia ada buat salah disiplin ke? Dan aku akan kena marah sebab tak kawal budak dengan baik? Mukhriz gelisah seketika.
"Kamu dah saling kenal antara satu sama lain?" tanya Puan Gayah.
Nabila memandang wajah Mukhriz. "Belum!"
"Dah!" jawab Mukhriz degan jujur.
Nabila membulatkan matanya tatkala mendengar jawapan dari Mukhriz.
Puan Gayah memandang mereka pelik. Mana satu yang betul ni?"Dah ke belum?" tanya Puan Gayah sekali lagi. Kali ini lebih serius.
Nabila menarik nafasnya. Terpaksalah. "Dah!"Nabila mengalah. Kalau Mukhriz sudah jujur, baik dia pun jujur sama. Senang!
"Belum!" Mukhriz tegas bersuara.
Apa kena mamat ni! Aku baru nak jujur. Tadi dia yang... Eee... Mamat ni kan... Nabila menahan rasa marah dalam hati.
Minah singa ni kenapa? Aku ingat dia nak aku cakap 'kita tak kenal'. Alih-alih pergi jujur tu kenapa? Aku jujur tadi, mata kau tu bagi amaran macam bom yang nak meletupkan bangunan sekolah ni! Sekarang lain pulak?
Puan Gayah menarik laci mejanya. Dua sampul berwarna coklat dikeluarkan. Satu dihulurkan kepada Nabila dan satu lagi kepada Mukhriz.
Apakah?
Nabila membuka sampul dokumen itu.Bulat matanya seketika. Gambar mamat ni? Dah kenapa? Hati Nabila tertanya-tanya. Nabila melemparkan pandangannya ke arah Mukhriz. Dia melihat Mukhriz juga terkejut. Dia ambil isi sampul Mukhriz. Gambar aku!
"Kenapa ni mama?" Nabila bertanya.
Mukhriz pantas mengambil semula isi sampul di tangan Nabila.
Nabila menjeling. Sibuk je nak gambar orang! Tahulah aku ni cantik! Nabila perasan sendiri.
Eh... Sorry sikit. Aku ambik balik sebab ini mama pengetua bagi dekat aku. Bukan kau! Peduli apa aku, gambar kau ke, beruk ke. Ini aku punya! Ingat dia tu cantik sangat ke? Sampai aku perlu tergila-gila nak gambar dia!
Mereka berbicara sesama sendiri dalam hati. Macam tahu-tahu je.
Puan Gayah menarik nafas panjang. "Ini sampul untuk kamu saling mengenali antara satu sama lain."
"Hah?!" Mukhriz dan Nabila bersuara serentak. Mereka berpandangan seketika.
"Kenapa?" Nabila bertanya.
"Sebab papa kamu," balas Puan Gayah.
Nabila mengigit hujung bibirnya. "Untuk pengetahuan Mama. Saya ni sebenarnya tak..." Nabila menghentikan katanya. Tak kenal siapa 'papa' saya. Dan papa yang mengaku sebagai papa saya itu hanyalah 'papa tiri' saya yang tak pernah menggelarkan dirinya 'papa' dekat saya.
Puan Gayah memandang Nabila. "Teruskan kata kamu."
Nabila menggeleng. "Tak ada apa," Nabila mengukir senyuman pahit.
"Papa kamu minta mama sediakan seorang penjaga khas untuk kamu di sekolah ni agar kamu tak akan menimbulkan sebarang masalah sepanjang kamu di sekolah ni," Puan Gayah menerangkan dengan lebih lanjut.
Aku dah agak dah... ni mesti kerja uncle! Uncle ni... aku tak bersalah tahu! Yang salah anak manja tu! Dasar penipu punya anak cikgu! Kutuk Nabila di dalam hati.
"Masalah? Maksud mama dia ni budak bermasalah?" Mukhriz bertanya dengan nada terkejut beruknya.Biar betul! Tak kan aku kena jaga dia pulak? Tidak! Ini menempah kubur namanya!
"Eee... mulut kau tu jaga sikit ye," Nabila bersuara geram.Aku tak bermasalahlah. Budak sekolah lama aku yang buat aku ni nampak macam budak bermasalah!
"Nabila pernah ada kes di sekolah lama sebelum pindah ke sini," Puan Gayah memberi tahu.
Zup! Merah seketika muka Nabila.
Mukhriz memandang wajah Nabila, tapi hanya seketika.
"Jadi,papaNabila mintak mama carikan seorang pelajar yang boleh tegur semua sikap Nabila agar dia tak timbulkan apa-apa masalah. Dalam pada masa yang sama, kamu dikehendaki jaga Nabila dari segala jenis dan bentuk gangguan dari pelajar lain."
Puan Gayah mengukir senyuman. Sekejap-sekejap memandang Nabila kemudian Mukhriz."Plus! Mama ada tengok rekod belajar Nabila, dia..."
Nabila rasa seperti mahu hilangkan dirinya sebentar. Malunya!
"Dia sering gagal dalam beberapa subjek. Jadi kamu kena ajar Nabila ni agar dia tidak gagal dalam SPM," sambung Puan Gayah.
Mukhriz sudah memicit dahinya seketika. Aduh... beratnya permintaan.
"Kalau saya gagal?" tanya Mukhriz.Ingin dia tahu adakah dia kena hukum? Kena buang sekolah atau digantung? Atas sebab gagal membetulkan diri Nabila. Oh tidak! Habis rekod baiknya selama ini.
"I'm so sorry, Mukhriz. Mama akan tarik peluang kamu untuk jadi Ketua Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Sri Pintar tatkala kamu sudah memasuki tahap dua, sekiranya kamu gagal," tegas suara Puan Gayah menuturkannya.
Apa! Oh... itu lah jawatan yang paling aku nak sangat bila masuk tahap dua nanti.
Serius ke? Kalau dia dah ajar aku dan kalau aku masih gagal Mama akan tarik peluang tu dari dia? Nabila mengukir senyuman jahat.
Mukhriz sudah rasa tidak sedap hati tahap maksimum!
AISYAH menarik tangan Nabila menuju ke perpustakaan.
"Tu dia! Jom," Aisyah mempercepatkan langkahnya ke arah seorang budak lelaki yang khusyuk menelaah mata pelajaran.
Nabila hanya mengikut.
"Riz! Kenalkan ini Bella. Bella kenalkan ini Riz yang saya selalu cakapkan dekat awak tu," Aisyah memperkenalkan Mukhriz dan Nabilaantara satu sama lain.
Mukhriz memandang wajah Nabila tanpa berkedip matanya. Dia!
Nabila membulat matanya. Mamat ni! Mamat ni lagi!
"Eh Riz... apa citer sekarang? Lama dah tak dengar citer awak," Aisyah menarik kerusi di hadapan Mukhriz. Lupa seketika akan kewujudan Nabila.
"Citer....?" Mukhriz bertanya kembali.
"Pasal awak lah. Apa khabar? Seronok duduk wad? Apa citer?" Aisyah tersenyum memandang Mukhriz.Kemudian dia memandang di sebelahnya. Nabila!"Eh! Bella... meh duk sini."
Nabila menurut.
"Ceritalah Riz," Aisyah menyambung perhatiannya kepada sahabatnya, Mukhriz.
Mukhriz hanya tersenyum.
NABILA memeluk bantal peluknya sekuat hati."Why all this happened to me!" jerit Nabila.
Nabila terduduk di atas katil. "Kenapa lah dengan aku ni. Satu-satu masalah muncul. Ishaklah, Iskandarlah, familylah, ni yang terbaru mamat tu. Eee... geramnya," Nabila mengenggam sekuat hati bantal peluknya itu bagi menunjukkan betapa geramnya dia sekarang.
"Uncle ni buat ikut suka je. Tak cakap apa pun dekat aku. Apa yang aku agak memang betul pun, mesti uncle ada buat sesuatu. Tapi kenapalah si mama pengetua ni pilih mamat tu. Banyak lagi yang lain. Huhuhu..." Nabila merebahkan dirinya seketika.
"Sya pun satu... kenapalah kawan dia tu mesti mamat tu? Aduh huru-hara hidup aku..." Nabila berguling di atas katil. Kiri dan kanan.
No comments:
Post a Comment