
"Loving can hurt, loving can hurt sometimes. It's the only thing that I know." - Edd Sheran.
Mencintai itu ialah sesuatu yang klise atau norma. Dicintai itu juga ialah respon kepada mencintai. Bahagia itu sama, derita itu tidak serupa, tetapi terus mencintai itu ialah sesuatu yang paling istimewa.
Aku, seorang Qurratun Nada. Seorang gadis yang tidak bernada. Tetapi apa yang ada di dalam kepalaku, nadanya terlalu kuat sehingga membingitkan realiti yang satu.
Dia, ialah Nicholas.
My beautiful mistake.
"So, how's your life?" suara Nicholas. Aku pandang dia.
"Bahagia."
Hanya itu yang aku mampu jawab. Aku mula rasa tidak selesa dengan soalan-soalan yang bakal dia tanya. Mata aku merenung kosong kea rah pokok di hadapan kami.
"How about your husband, Mikael?"
Tricky. Dan aku tahu dia senyum dihujung ayatnya. Aku hanya diam. Nafas yang berat, aku helakan.
"Hidup ke lagi dia?" dia soal aku lagi.
"I don't know."
Dia senyun sinis.
Apabila aku bertemu dengan Nicholas, masa berhenti. Apabila aku bertemu dengan Mikael, suamiku... masa terus berlari jauh meninggalkan aku.
Hingga suatu hari, dua jasad ini bersatu...
Time Forever Frozen Still...
p/s: Boleh hubungi
penulis untuk dapatkan sekiranya berminat. Untuk dapatkan secara kompilasi,
ianya TIDAK AVAILABLE LAGI.
Facebook Penulis = Elvroseth
No comments:
Post a Comment