Wednesday, May 26, 2021

My Mrs Seventeen 2 - TEASER 2


"Nak tidur..." Nabila cuba naik semula ke katil.

Melihat si isteri yang cuba mengelak. Syed Amirul pantas mencempung tubuh si isteri untuk ke tandas. Dia perlu pastikan Nabila sahur dan puasa hari ni.

"Abang!" Segar terus mata dia. Tiba-tiba tubuh dia dicepung begitu semata untuk ke bilik air. Mahu mata tak segar?

"Abang turun la. Zaujah tak nak! Zaujah tak nak!" Nabila meronta-ronta. Ditumbuk-tumbuk bahu Syed Amirul.

Syed Amirul yang sedang atur langkah ke bilik air, terpaksa berhenti melangkah. Dia balas pandang mata dengan si isteri dalam dukungan. "Jangan degil."

Nabila berhenti meronta.

"Good wife. Now, pautlah leher abang ni. Nanti jatuh ketua bidadari abang ni. susah abang nanti. Tak kan nak cari bidadari baru pulak? Tak ada yang namanya Kasih Nabila Binti Abdullah kecuali yang ini. Tak ada yang muka comel bila marah-marah, merajuk-merajuk macam ni." Dioles senyum manis di pagi hari buat Nabila.

Nabila mencebik. Namun dia ikutkan juga apa yang dikata. Kedua-dua tangannya memaut batang leher si suami. Dah lama dia tak beromantika begini dengan si suami. Sejak ada anak, boleh kira berapa kali mereka sweet de amor macam pengantin baru.

"Cari je lain."

"Tapi abang nak Kasih Nabila Binti Abdullah yang begini. Tak mahu lain." Syed Amirul kembali susun langkah kaki ke bilik air.

"Bencilah macam ni," rungut Nabila.

"Whatever." Selamba sahaja Syed Amirul membalas.

Sampai sahaja dimuka pintu bilik air, Syed Amirul pandang Nabila. "Tolong buka pintu, please."

Nabila muncungkan bibir. Sebelah tangan masih dipaut di batang leher si suami. Sebelah lagi digunakan untuk membuka pintu bilik air.

"Dah."

"Thanks, my dear."

"Hm."

"Senyum sikit."

Nabila beri jelingan bukan senyuman.

"Tak baik tak senyum untuk abang tau." Syed Amirul cuba redakan rajuk si isteri.

"Orang merajuk!"

Nak ajak sahur pun merajuk.

Nabila, Nabila...

"Sayang... Senyum."

Nabila mengukir senyum paksa rela. "Puas?"

"Tak berapa tapi boleh la."



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my