MUKHRIZ mengambil langkah untuk ke meja makan."Bibik... Mama dengan papa belum turun lagi ke?" tanya Mukhriz sejurus selepas dia duduk di meja makan.
"Belum lagi, sekejap lagi turun lah tu," balas Bibik.
Mukhriz hanya tersenyum sahaja mendengar loghat bibiknya yang dari Indonesia itu. Sudah fasih berbahasa Melayu. Tak dengar loghat seberang pun.
"Is?" tanya Mukhriz lagi.
Pelik pula rasanya bila dia sudah lama tidak melihat saudara angkatnya itu. Sejak dia balik semalam hinggalah ke pagi ini, wajah Iskandar belum muncul di matanya.
"Apahal tiba-tiba tanya pasal aku?" Iskandar mengambil tempat bertentangan dengan Mukhriz.
"Saja," balas Mukhriz pendek.
"Rindu nak gaduh dengan aku?" Iskandar mengambil roti bakar.
Mukhriz hanya memandang Iskandar. "Kau ok tak?" tanya Mukhriz tiba-tiba.
Iskandar mengecilkan matanya. "Maksud kau?"
"Kau nampak lain," jawab Mukhriz jujur. Dah hampir tiga tahun duduk satu rumah. Mukhriz dah masak dengan perangai Iskandar. Dapat diagak pasti Iskandar ada masalah.
"Lain?" ulang Iskandar.
Mukhriz hanya menggeleng perlahan. Malas untuk menjawab. Kalau dah setiap soalannya dibalas sepatah je, mana mungkin dia tak dapat agak yang Iskandar ada masalah. "Thanks sebab tolong aku."
Iskandar memandang tepat wajah Mukhriz yang sedang meneguk air susu. Berkerut dahinya mendengar ungkapan 'terima kasih' dari Mukhriz.
"Pasal kerja sekolah," sambung Mukhriz lagi.
"Hmm..." Iskandar hanya meneruskan suapannya.
"Aisyah ada tanya apa-apa?" Mukhriz bertanya lagi.
"Entah. Aku tak jumpa pulak makwe kau tu. Sibuk."
Mukhriz hanya mengangguk. Entah kenapa hari ini dia rasakan dia sedang berhadapan dengan Iskandar yang lain. Sebab selama ni, Iskandar menyampah menjawab soalannya. Kali ini, tidak pula.
"Lambat lagi ke kau nak habis makan?" tanya Iskandar. Dia sedang menghabiskan makanan di dalam pinggan secepat mungkin.
"Hah?" berkerut dahi Mukhriz mendengar apa yang disoal oleh Iskandar terhadapnya.
"Tak nak pergi sekolah ke? Aku tak rasa Papa dengan Mama kasi kau bawak motor. Kau kan baru keluar wad," Iskandar mengambil beg sandangnya.
"Habis kau nak aku pergi dengan kau ke?" teka Mukhriz.
"Cepatlah, aku tunggu dalam kereta. Jangan lambat!" Iskandar bersuara sebelum kelibatnya hilang dari pandangan Mukhriz.
Mukhriz sudah tersenyum. "Is, Is... nampak sangat kau ada masalah," ucap Mukhriz.
Puan Mastura yang dari tadi memerhati gelagat anak-anaknya hanya mengukir senyuman. Tenang hatinya melihat anak-anaknya sebegitu selalu. Ini tidak, asyik bertegang urat sahaja.
"Kenapa senyum tiba-tiba ni?" tanya Doktor Ilham.
"Is dengan Riz. Is ajak Riz pergi sekolah sama. Mas harap ini petanda Is boleh terima Riz," Puan Mastura melangkah ke meja makan bersama Doktor Ilham.
"Bagus lah. Harap berkekalan. Is tu kekadang mood cepat sangat berubah. Tak fahamlah abang dengan sikap anak teruna kita tu," Doktor Ilham mengambil surat khabar.
ISKANDAR memandang wajah Mukhriz yang duduk disebelahnya. "Aku nak tanya sikit ni," ujar Iskandar.
"Apa dia?"
"Kau ada guna telefon bimbit Ishak ke?" soal Iskandar.
Mukhriz mengerutkan dahinya. Kepala digelengkan. "Tak. Kenapa?"
"Kenapa telefon Ishak full battery?"
"Ooo..." Mukhriz mengangguk.
"Itu sebab papa suruh aku sentiasa pastikan telefon Ishak tu hidup. Mana tahu ada orang yang tak tahu Ishak dah tak ada ke," Mukhriz memperlahan nada suaranya tatkala menyebut 'tak ada'. "So... senang la."
Iskandar mengangguk faham. Ingatkan kau pakai! Maaf, aku salah faham. Ujar Iskandar dalam hatinya.
"Kenapa kau tanya?" soal Mukhriz.
"Aku terdengar bunyi telefon Ishak masa kau masuk wad. Pelik. Tu yang tanya," Iskandar memberitahu hal yang sebenar.
"Kau ingat aku guna kan?" teka Mukhriz.
Iskandar mengangguk.
"Jangan risau, aku tak guna. Aku cuma jalankan amanah papa je."
Iskandar mengangguk, faham.
NABILA menarik nafas panjang. Sudah hampir tiga minggu dia bersekolah di Sekolah Menengah Persendirian Sri Pintar ini.Alhamdulillah... hari-harinya berjalan dengan baik.
Iskandar pula tidak lagi muncul dihadapannya. Bayang pun dia tidak nampak. Lega sikit perasaannya. Tidaklah dia terasa dalam bayangan rindu terhadap Ishak pula setiap kali berhadapan dengan Iskandar.
Pendek kata, harinya aman sahaja. Belajar pun mudah. Berkawan dengan Aisyah yang memang antara pelajar cemerlang memudahkannya untuk belajar. Guru-guru pula baik-baik berlaka. Tiada yang berat sebelah seperti di sekolah lamanya.
Buk!
"Aduh!" Nabila bersuara. Manusia yang melanggarnya turut mengatakan perkataan yang sama.
Habis kertas Nabila bertaburan di lantai akibat terlanggar satu badan manusia yang lebih tinggi darinya.
Nabila mengutip kertas tersebut. Orang yang dilanggarnya pun mengikut caranya. Barangkali kertas mereka sudah bercampur aduk, menyukarkan untuk mencari siapa empunya setiap helaian tersebut.
"Maaf, tak perasaan," Nabila menutur kata maaf.
"Tak apa, saya pun sama," balas Mukhriz.
Zup! Dada Nabila berkocak dengan kencang. Suara tu...
"Ini kertas awak," Mukhriz menghulurkan beberapa kertas milik Nabila.
Nabila mengambil huluran tersebut sebelum memandang wajah gerangan yang membantunya.
"Awak!" Nabila dan Mukhriz terpanar. Bulat mata mereka memandang sesama sendiri.
"Buta ke apa?" serang Nabila.
Panas hatinya. Peristiwa di hospital menambahkan lagi rasa sakit hatinya.Mamat sombong tak sedar diri! Ingat dia tu apa? Suka hati je nak langgar aku. Apa buta ke mata dia tu? Mata dah empat, tapi sayang... buta. Kutuk Nabila dalam hati.
"Amboi... sedapnya kau bercakap. Kau tu jalan sambil berangan, aku pulak yang salah?" Mukhriz melawan.Hello? Tercabar ok. Kau tak tahu siapa aku dekat sekolah ni. Aku ni Timbalan Ketua Pelajar.Ni mesti budak baru ni. Sebab tu dengan beraninya, dia nak marah aku. Teka Mukhriz dalam hati.
"Dah dua kali kau langgar aku. Habis aku ke yang salah?" Nabila masih tidak mengalah.Entah kenapa dia rasa marah pula tiba-tiba terserempak dengan Mukhriz di sekolah ini.
"Cik adik, jaga sikit percakapan tu ye. Ia... aku mengaku dekat hospital hari tu aku langgar kau, tapi sekarang ni kau yang langgar aku. Jadi kita ni seri satu sama," balas Mukhriz.
Nabila mengigit hujung bibirnya. Malas hendak layan. Dia mengambil langkah untuk pergi dari tempat yang memanaskan hatinya.
"Elok lah, pergi macam tu je," Mukhriz membetulkan bajunya agar kelihatan kemas.Tapi kenapa ye aku marah dia? Ala... dia tiba-tiba marah aku, aku marah la balik. Sedap perasa strawberry je dia nak salahkan aku sorang. Dia tu? Cermin mata yang semakin lurut ke bawah, dibetulkan.
AISYAH terkejut melihat Nabila menghempas kotak penselnya tiba-tiba."Bella... Kenapa?" tanya Aisyah.
Nabila memandang wajah Aisyah seketika. "Rosak mood sebab budak sombong tu," jawab Nabila.
"Budak sombong? Siapa?" soal Aisyah.
"Entah. Malas nak ingat nama dia." Nabila berkata. Walhal dia ingat nama budak tu, siap nama penuhnya sekali.
"Dia buat apa dekat awak sampai awak marah-marah ni?" Aisyah bertanya dengan nada lembut.
"Dia langgar saya. Banyak kali pulak tu," jawab Nabila.
"Berapa kali?"
"Dua!" tegas Nabila.
Aisyah tersenyum. "Dua je. Tak lah banyak sangat. Mungkin dia tak perasan kut. Dahlah tak payah nak marah-marah. Maafkan dia je, ok?"
"Sya... masalahnya sebelum ni saya dilanggar oleh dia dekat tempat lain. Sekarang dekat sekolah ni pulak. Aduh... semak betul lah mamat tu. Kenapa lah saya ni asyik dipertemukan dengan dia je. Huru-hara hidup saya tau," Nabila merungut.
"Jodoh kut..." Aisyah membalas.
Nabila membulatkan matanya mendengar apa yang dikatakan oleh Aisyah."Euww... tolong lah," Nabila membuat muka menyampah.
"Tak baik cakap macam tu. Selalunya kan, orang yang kita menyampah tu lah jodoh kita tau," Aisyah mengeluarkan buku teks Sejarah.
"Mintak dijauhkan," balas Nabila tegas.
"Saya tak berharap kita jumpa lagi..." ajuk Nabila tiba-tiba.
Aisyah mengerutkan dahinya. "Bella..."
"Awak tahu tak dulu dia langgar saya lepas tu dia cakap macam tu dekat saya. Alih-alih terserempak pulak dekat sekolah ni," adu Nabila.
"Itu lah sebab saya kata jodoh... Dah lah senyum sikit. Tak payah nak marah-marah. Nanti susah pulak ilmu nak masuk," nasihat Aisyah."Tak baik tau, kita terus hukum orang macam tu. Kawan dulu, kenal dulu, baru boleh hukum. Mungkin budak tu tak seperti yang awak sangka dan fikirkan."
"Entahlah,Sya. Saya menyampah dengan dia. Tak ada kawan macam dia lagi bagus," balas Nabila.
Aisyah hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
"NAK bihun sup satu!"
Nabila memandang ketat wajah Mukhriz. Sibuk je. Aku nak makan bihun sup dia pun sama.
"Saya bang," Nabila menunjukkan ke arah dirinya yang mahukan bihun sup itu.
"Saya bang," Mukhriz tidak mahu mengalah. Sudahlah makanan itu tinggal satu sahaja. Mana boleh jadi.
"Apa ni? Aku pesan dulu la," Nabila menjeling Mukhriz.
"Aku lah. Kau tak dengar ke apa?" Mukhriz bertegas.
"Woi! Kalau nak gaduh pergi gelanggang. Orang lain pun lapar jugaklah. Tak nampak ke dah panjang barisan ni sebab korang!" jerit seorang pelajar lelaki.
Nabila dan Mukhriz memandang tajam pelajar itu.
"Aku!" Nabila menegaskan.
"Aku la," Mukhriz memang tidak mahu mengalah.
"Bagi saya je la bang. Nanti lambat pulak masuk kelas sebab tengok 'drama' ni. Abang bagi je dia orang ni benda lain," seorang pelajar perempuan menghulurkan duit, dua keping not seringgit.
"Abang bagi dia je lah. Korang nak apa? Ada..."
"Saya nak soto ayam," Nabila bersuara serentak dengan Mukhriz.
Kemudian mereka saling berpandangan.
"Sibuklah kau!" Nabila menyinga.
"Bagi saya mee goreng," sekali lagi mereka serentak memesan makanan yang sama.
Abang kantin sudah pening kepala.
Nabila menahan rasa panas dalam hati.
"Pau!" sekali lagi mereka memesan makanan yang sama.
"Er... macam ni. Abang bagi awak soto," Abang kantin itu menunnjuk jarinya ke arah Nabila.
"Dan awak pulak mee goreng. Dua-dua abang kasi pau. Pau tu free lagi," abang kantin memutuskan. Bimbang pula dia sebab kalau dibiarkan mahu pelajar lain tidak dapat membeli makanan nanti.
"Ok!" serentak.
Nabila mengigit hujung bibirnya. Argh!
No comments:
Post a Comment