
AI melepaskan keluhan berat untuk sekian kalinya. Perasaannya kini berbelah bagi sama ada mahu meneruskan niatnya atau hentikan sahaja. Lagipun dia sudah tahu natijah yang harus dia hadapi sekiranya dia bertekad.
Buku di tangan di pegang erat, bagai tidak mahu dilepaskan. Buku itu sangat berharga untuknya. Tambahan pula, ini kali pertama dia membeli buku seperti ini. Sanggup dia berlapar demi menabung mendapatkan karya ini.
"Apa perlu aku buat sekarang ni?" soal Ai kepada dirinya sendiri.
Buntu.
Walhal dia sudah merancang dari awal apa perlu dia buat setelah membeli buku ini. Haruslah dia perlu mencari 'guru' untuk membantunya memahami isi buku ini. Dia bukan arif dalam bidang ini.
Tapi... persoalannya, siapa?
Siapa yang benar-benar boleh membantunya?
No comments:
Post a Comment