NABILA turut sama ketawa dengan gelagat ahli keluarga Aisyah yang sedang mengusik Aisyah.
Kesian Aisyah habis merah padam mukanya menahan malu. Tadi petang, selesai sudah sesi mengajar secara percuma kepada Nabila oleh ahli keluarga Aisyah.Kini dia sudah tahu bagaimana untuk mandi wajib, solat dan mengaji sikit-sikit.
"Apa ni... dah la. Malulah Sya dengan Bella," Aisyah memuncungkan bibirnya.
"Tengok tu, manja dia ni Kasih lebih dari baby, percayalah cakap mak su," Cik Sarah menyakat lagi.
Nabila hanya ketawa sambil menutup mulutnya.
Tan Sri Sulaiman hanya memandang wajah Nabila. Macam pernah aku jumpa wajah ni, di mana ye?
"Kasih... mak su nak tanya sikit boleh?" soal Cik Sarah tiba-tiba.
Nabila mengangguk.
Muka Cik Sarah berubah menjadi serius. "Muka Kasih ni familiar lah. Macam pernah jumpa. Kasih ikut muka mak ke,ayah ye?" tanya Cik Sarah.
Tan Sri Sulaiman hanya berdiam. Ingin tahu jawapan yang sememangnya telah lama dinantikannya.
Nabila terkedu. Nak jawab apa ni? Aku tak pernah tahu pun. Tapi aku agak je lah."Muka ayah, kut," jawab Nabila perlahan.
"Kut?" Cik Sarah mengulang ayat Nabila.
Aisyah hanya memandang wajah Nabila yang kian menunduk.
"Saya agak je sebab, mata saya memang ikut mak," jelas Nabila.
"Siapa nama ayah kamu?" tanya Tan Sri Sulaiman.
"Abdullah bin Muhammad Haris," jawab Nabila.
Cik Sarah menepuk tangannya. "Now you mention it. Papa, bukan ke tu nama kawan baik arwah abang?" Cik Sarah memandang wajah tua papanya. Dan... suami Sarah. Sambung Cik Sarah dalam hatinya.
Tan Sri Sulaiman mengangguk perlahan. "Nama dan wajah yang sama. Mustahil untuk kamu,kalau kamu cakap kamu bukan anak Abdullah yang kami kenal. Sebab wajah kamu saling tak tumpah langsung," Tan Sri Sulaiman bersuara.
Dada Nabila berdebar. Aki Aisyah kenal ayah kandung aku? Semua ahli keluarga Aisyah berkemungkinan ada kaitan dengan aku?
"Betul tu. Nenek ingat nenek jumpa Abdullah tadi sewaktu kamu datang," sampuk Puan Sri Dina.
"Ya... betul tu. Mak su terkejut sangat. Kalau betullah kamu anak Abdullah yang kami kenal, memang kecik sangat dunia ni. Sebab Abdullah adalah kawan arwah abang mak su yang paling rapat," jelas Cik Sarah. Dia tidak mahu memberitahu terlebih dahulu bahawa Abdullah ialah suaminya. Biarlah masa yang menentukannya.
Nabila terdiam. Kemudian dia berdiri. "Saya masuk bilik dulu," ucap Nabila.
Aisyah memandang wajah ahli keluarganya. Dia tahu pasti sahabatnya itu sedang menangis dalam diam."Kesian Bella..." Aisyah bersuara perlahan.
Puan Munirah memandang wajah puteri tunggalnya itu. "Kenapa Sya cakap macam tu?" soal Puan Munirah.
Aisyah menarik nafas dalam. "Bella tak kenal siapa ayah kandung dia. Mesti dia sedih sebab semua orang cakap pasal tu. Lagipun tadi Sya nampak mata Bella berair," jawab Aisyah dengan nada yang lembut.
"Maksud kamu, Kasih tak tahu sama ada ayah dia tu orang yang sama kami kenal atau tak?" tanya Puan Sri Dina.
"Ye, nek," jawab Aisyah.
Cik Sarah sudah diselubungi rasa serba salah.
MUKHRIZ menghampiri jendela. Tingkap tersebut ditutup."Kuatnya angin malam ni, habis terbang kertas aku," Mukhriz tunduk dan mengutip kertas yang bersepah dan berterabur.
"Kenapa bersepah bilik kau ni?" Iskandar membantu Mukhriz mengutip kertas.
"Angin kuat sangat," jawab Mukhriz.
Iskandar memberhentikan tindakannya yang ingin menghulurkan kertas yang dikutipnya kepada Mukhriz.
MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR : Kasih Nabila binti Abdullah.
Mata Iskandar melekat kukuh di atas kertas tersebut.
Mukhriz berdiri dan menghampiri Iskandar yang sedang khusyuk membaca isi kandungan kertas tersebut.
"Is..." panggil Mukhriz.
"Hah?" Iskandar tersentak.
"Kau kenapa?" tanya Mukhriz. Tangan dihulurkan kepada Iskandar meminta kertas yang dipegang oleh saudara angkatnya itu.
Iskandar memulangkan kertas tersebut."Kenapa ada profil Kasih dekat kau?" tanya Iskandar dengan perasaan ingin tahu.
"Mama pengetua bagi," jawab Mukhriz. Dia memasukkan maklumat peribadi Nabila kedalam sampul coklat.
Iskandar hanya mengangguk. Malas ingin bertanya lebih lanjut. Ada hal yang lebih penting sekarang yang menyebabkannya perlu berjumpa dengan Mukhriz.
"Kenapa kau cari aku?" tanya Mukhriz.
Iskandar tersenyum. "Aku nak tanya pasal percubaan SPM ni. Tinggal berapa hari je lagi kan? Aku nak tanya kau ada tanda mana-mana tajuk yang kau rasa akan keluar tak?" tanya Iskandar.
"Ala... apa yang kau target keluar la," jelas Iskandar.
Mukhriz mengangguk. "Kejap, aku ambik buku nota," Mukhriz membuka laci meja belajarnya."Nah," Mukhriz menghulur buku nota kecilnya.
"Terima kasih, nanti aku pulang balik," ujar Iskandar sebelum berlalu dari bilik Mukhriz.
NABILA menutup pintu bilik.
Kemudian dia menyandarkan badannya di belakang pintu tersebut. Air mata masih terus membasahi wajahnya.Adakah sebab muka aku, mak kandung aku tak nak pandang aku? Nabila menyentuh pipinya. Kenapa sakit hati aku ni?
Ketukan di pintu kedengaran.
Nabila menjauhi pintu bilik tersebut. Air mata dihapuskan dengan jarinya.
"Bella... awak ok ke?" tanya Aisyah di balik pintu.
Nabila membuka pintu. Terkejut melihat Cik Sarah turut berada di situ bersama Aisyah.
"Bella... are you ok?" tanya Aisyah sekali lagi.
Nabila mengangguk.
"Bella... mak su ada benda nak cakap dengan awak. Boleh kan?"
Nabila mengangguk.
"Sya, mintak diri dulu," ujar Aisyah sebelum berlalu ke biliknya.
Cik Sarah melangkah masuk ke dalam bilik tetamu itu. Wajah Nabila dipandang."Mak su mintak maaf pasal tadi," ujar Cik Sarah.
"Mak su tak salah pun," Nabila mengukir senyuman pahit. Kakinya melangkah ke arah katil.
Cik Sarah menutup pintu bilik tetamu itu. Kemudian, Cik Sarah melabuhkan punggungnya di sebelah Nabila di atas katil. "I really miss him," ucap Cik Sarah dengan perlahan namun cukup untuk Nabila mendengarnya.
Nabila memandang wajah mak saudara sahabatnya itu. "Abdullah?" teka Nabila.
Cik Sarah mengangguk. "Dia bukan sekadar kawan baik arwah abang mak su. Tapi dia juga suami mak su," Cik Sarah berterus terang.
"Suami?" ulang Nabila.
Cik Sarah mengangguk. "Sebab tu kami semua terkejut tengok muka Kasih," beritahu Cik Sarah.
"Mana suami mak su sekarang?" tanya Nabila. Kalau muka aku sama dengan muka suami mak su, boleh jadi yang suami dia ayah kandung aku kan? Soal Nabila dalam hatinya. Dia sangat berharap sekarang.
Cik Sarah terdiam. "Meninggal."
"I'm sorry," ucap Nabila. Kalau macam tu... tak dapatlah aku peluang nak tahu tentang suami mak su. Haih... kenapa ye aku rasa sedih dan kecewa ni? Kata hati kecil Nabila.
"Mak su tanya kamu soalan macam tu sebab arwah suami mak su ada tiga orang isteri. Tapi seorang bercerai hidup, yang lain bercerai mati. Mak su isterinya yang muda. Kami kahwin tanpa cinta pada mulanya. Hanya sekadar ikatan untuk membantu mak su dan menutup aib mak su sahaja," ujar Cik Sarah.
"Jadi mak su fikir saya ni ada kemungkinan anak tiri mak su?" tanya Nabila.
"Entahlah. Mungkin ia, mungkin tidak. Yang mak su tahu mak su memang ada anak tiri, lelaki seorang. Yang seorang lagi mak su tak pasti lelaki atau perempuan. Sebab kata arwah suami mak su, dia terlafaz talak sebelum dia tahu bekas isteri dia mengandung. Tapi bila dia cari bekas isterinya, dia lari, mengelak. Sudahnya sampai meninggal dia tidak tahu anaknya lelaki atau perempuan," jawab Cik Sarah.
Kenapa aku rasa sesuatu? Ujar Nabila dalam hati. Aku ke? Tapi... mustahil kan? Tak mungkin mak su ni mak tiri aku. Lagipun aku ni, gambar ayah kandung aku pun aku tak ada. Kata Nabila dalam hatinya.
"Mak su ni walaupun isteri yang muda, tapi tak merasa hidup bermadu sebab sewaktu mak su kahwin, mak su masih belajar di universiti. Lepas nikah terus masuk sambung belajar semula. Berhubung dengan arwah pun guna telefon bimbit je," Cik Sarah masih bercerita.
"Mak su dulu sambung belajar dekat mana?" tanya Nabila. Berminat ingin tahu.
"United Kingdom. Bila mak su habis belajar arwah suami mak su dah tenat. Tak lama lepas tu meninggal," Cik Sarah menyambung kisahnya.
Entah kenapa Nabila terasa sedih dan terasa ingin menangis mendengar kisah tersebut. Tanpa sedar air mata setitik demi setitik jatuh juga."Kalau saya anak... mak su boleh terima?" Nabila ingin melihat reaksi Cik Sarah.
Cik Sarah tersenyum. "Kalau kamu anak arwah dengan bekas isteri dia, sudah tentu mak su terima. Sebab anak tiri tu pangkat dia macam anak kandung," ujar Cik Sarah.
Tanpa sedar Nabila pantas memeluk tubuh Cik Sarah. Tenang dan damai rasanya dalam pelukan wanita itu. Cik Sarah hanya tersenyum, bahkan membalas pelukan tersebut.
Selepas Nabila naik ke atas, Aisyah sudah memberi tahu akan perihal Nabila. Jatuh kesian dia dengan nasib anak remaja itu. Kurang kasih sayang. Kalau remaja lain pasti sudah menimbulkan masalah. Tapi tidak pada remaja bernama Kasih Nabila ini. Sekurangnya dia tahu cara mengendalikan masalahnya. Fikir Cik Sarah.
"Boleh mak su buat permintaan?" pinta Cik Sarah.
Nabila melepaskan pelukannya. "Maaf saya tak sedar tadi," ucap Nabila. Tersedar keterlanjurannya yang memeluk orang sesuka hati.
"Tak pe. Tak kisah pun. Rasa seronok lagi ada," Cik Sarah memegang dagu Nabila dan mengangkatnya ke atas. "Boleh tunaikan satu permintaan mak su?" pinta Cik Sarah lagi.
Nabila mengangguk perlahan.
"Panggil mak su, mummy boleh? Sebab melihat kamu mak su teringat akan arwah anak mak su. Kalau dia masih ada, dia muda beberapa tahun je dari kamu," tubir mata Cik Sarah bergenang. Penuh dengan air mata, yang sikit lagi pasti akan tumpah untuk mengalir.
Nabila tersenyum sambil mengangguk. "Mummy..." panggil Nabila.
Cik Sarah mendepakan tangannya ingin memeluk Nabila sekali lagi. Nabila menangis dalam pelukan Cik Sarah."Boleh mummy tidur sini dengan kamu?" tanya Cik Sarah.
Nabila mengangguk.
No comments:
Post a Comment