Sunday, May 23, 2021

Cinta Di Sujud Terakhir - TEASER 3



SYAKIRA ke hulu dan ke hilir seketika. Sesekali dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aduh... cam mana ni erk? Nak balik sekarang ke? Tapi... kerja banyak lagi ni. Aduh! Aku nak kena bagi tahu bos ke erk pasal hal ni? Macam mana kalau bos kata aku ni penipu?" Syakira merugut sendirian.

Satu nafas pajang di tarik dan kakinya mulai melangkah untuk meninggalkan pantry. Baru beberapa langkah diambil, dia bertembung dengan Abdul Hamid yang kebetulan mahu masuk ke kawasan pantry.

"La. Awak ke yang mengomel tadi? Asyik suka cakap seorang diri je la budak ni. Kenapa tak balik lagi ni?" tegur Abdul Hamid yang ketika itu baru ingin melangkah ke dalam pantry.

Syakira menggelengkan kepalanya.

"Kenapa tak balik? Dah nak Maghrib ni. Perempuan tak elok, ada dekat luar time Maghrib macam ni."

"Banyak kerja bos."

"Banyak kerja?" berkerut dahi Abdul Hamid mendengarnya.

Syakira mengangguk.

"Kerja apa? Setahu saya, tadi saya cuma suruh Lily bagi awak kerja ringan dan mudah je. Sepatutnya sekarang ni kerja awak dah siap dan awak dah boleh balik. Kalau tak siap, sambung esok je. Tak urgent kerja yang saya bagi. Ke awak ni kena buli dengan pekerja lain?" Abdul Hamid menaikkan kening kanannya ke atas.

Melihat gaya Abdul Hamid menyoal dengan kening terangkat, dia teringkat ayahnya. Kerana itu lama dia memandang wajah si majikan.

"Syakira!"

Syakira menggeleng. "Taklah bos."

"Tak apa? Belek muka saya kenapa?"

Syakira tersengih. "Maaf bos, masa bos angkat kening tu saya teringat ayah saya. Dia suka angkat kening bila tanya saya soalan. Tu terpukau tu."

"Terpukau? Awak ni menakutkan."

"Bukan, bukan. Ala bos, saya anak manja. Jadi..."

"Dah, dah, dah. Berhenti membebel. Saya tanya, awak kena buli ke dengan pekerja lain?"

"Tak."

"Habis kenapa tak balik?"

Syakira mendekati Abdul Hamid. Sempat dia melilau sekeliling takut ada insan yang tidak boleh dipercayai mendengar berita yang ingin disampaikan. "Saya tengok akaun beberapa bulan yang lepas, bos."

"Anything problem?" Abdul Hamid memandang anak mata Syakira. Dengan intonasi Syakira yang seperti berbisik itu, dia dapat rasa ada sesuatu penting yang mahu Syakira katakan. Bukan mahu mengambil kesempatan.

Syakira mengangguk laju.

"Apa?"

"Cara pengiraan akaun peliklah bos. Lily cakap, syarikat ada keuntungan sebanyak sepuluh peratus tapi saya tengok, dalam akaun hanya tercacat lima peratus je bos. Tak pelik ke tu? Lepas tu, ada akaun yang macam salah kira je. Saya tak tahulah kalau ia terlebih nombor ke apa ke, tapi... ia tetap pelik lah bos. Saya rasa kita kena double check balik."

"Ye ke?"

Syakira mengangguk dengan yakin. "Ye. Saya pakar dalam bab mengira tau bos. Pensyarah selalu puji kerja saya."

"Bawak fail akaun tu ke bilik saya, saya semak semula."

"Okey, bos!"



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my