Tuesday, May 25, 2021

Projek Kasih Kami (2020) - SAYANGKU, SEROJA by Bella H.

Seroja, bunga yang sentiasa berkembang segar buat neneknya. Namun, bila manisnya disedut secara tidak disangka, Seroja hilang seri. Seroja hancur.

Masa depan yang disangka hilang diganti dengan perancangan nenek. Membuatkan Seroja dan Ziyad tersepit dalam keadaan yang mendesak.

"Aku dah ada girlfriend," cukup dengan ayat Ziyad yang itu, Seroja tersenyum dalam terluka. Biarpun berkahwin tanpa cinta, namun isteri mana yang tidak sakit bila dihujani ayat sebegitu.

"Nak mati sangat kan? Ha, pergilah mati. Bawak anak kau sekali!"

Seroja sabar. Namun bila, Ziyad tuturkan sebaris ayat yang membuat hatinya remuk. Seroja memilih untuk berhenti berjuang untuk terus bersama Ziyad. Seroja lelah dan Seroja mengalah.

Bila ego mula memakan tuan, Ziyad mula tersedar.

"Macam mana Seroja tahu apa yang abang inginkan sebenarnya?"

"Seroja tahu, abang terseksa hidup dengan Seroja dan anak Seroja. Seroja minta maaf dan Seroja redha kalau abang nak lepaskan Seroja sekarang."

Bila Ziyad mula sedarbisikan hatinya yang sebenar, mampukah Seroja melupakan segala kesakitan yang Ziyad hadiahkan?


p/s: Boleh hubungi penulis untuk dapatkan sekiranya berminat. Untuk dapatkan secara kompilasi, ianya TIDAK AVAILABLE LAGI.

Facebook Penulis = Bella H.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my