
Apakah perkara yang paling malang bagi wanita?
Perkara yang malang bagi wanita ialah waima mereka wanita bekerjaya mahupun suri rumah sepenuh masa ialah, Salah pilih suami.Dikaburi oleh janji manis sang lelaki, mereka lupa menilai mana kaca dan mata permata. Itulah kehidupan yang dilalui Fadeeya Marwah. Indah pada awalnya, diberikan pelangi sebelum hadirnya rintik hujan yang disertakan kilat sabung-menyabung.
Adam Huzair.
Lelaki itu memiliki dua sisi topeng personaliti yang sangat kontra. Adakalanya baik persis malaikat. Adakalahnya jahat dan kejam mengalahkan ketua iblis.
Anak hasil benih dengan si isteri, sanggup dia bunuh!
Isteri sedang berpantang, sanggup dia terajang!
Isteri dia waras, dia tuduh gila dan dimasukkan ke tanjung rambutan!
Jadi, adakah masih punya sebab untuk Fadeeya mencintai lelaki itu lagi? Masihkah ada lagi puing-puing kebahagian yang tersisa? Dan Adam Huzair, apa punca dia menyeksa isteri yang dinikahinya itu?
"Kau memang tak guna, Adam! Kau tipu semua orang. Kau memang gila! Kau yang bunuh anak kau, isteri kau yang masa tu tengah pantang lepas lahirkan anak kau, kau seksa. Lepas dah bunuh anak, kau masukkan isteri kau dalam hospital gila. Dasar binatang!" - FADEEYA MARWAH
"Dah lama aku rancang semua ni. Aku cuba untuk kahwin dengan Fadeeya supaya aku boleh seksa kau. Akunak kau rasakan semua apa yang aku rasa!" - ADAM HUZAIR
p/s: Boleh hubungi
penulis untuk dapatkan sekiranya berminat. Untuk dapatkan secara kompilasi,
ianya TIDAK AVAILABLE LAGI.
Facebook Penulis = Ayeshah Amani
No comments:
Post a Comment