ISKANDAR melangkah masuk ke dalam bilik seseorang yang sangat dirinduinya itu tetapi pada masa yang sama dihuni oleh musuh ketatnya. Siapa lagi kalau bukan saudara angkatnya, Mukhriz.
Penat yang dirasakannya kerana aktiviti sekolah pada hari ini tidak dihiraukannya. Dia mahu meneruskan niatnya untuk masuk ke dalam bilik ini bagi melepaskan rasa rindu kepada arwah kembarnya.
Dia memandang setiap inci ruangan bilik itu. Terasa seolah-olah kembarnya masih ada walhal sudah hampir setahun kembarnya itu meninggal dunia.
"Sampai hati kau mungkiri janji kita..." ujar Iskandar perlahan-lahan.
Dia duduk di penjuru katil. Teringat akan segala kenangan bersama dengan kembarnya sewaktu mereka kecil. Dia sering ke bilik ini untuk bersama dengan kembarnya semasa kembarnya itu masih hidup.
Tapi itu dulu. Kini bilik ini telah menjadi bilik musuh utamanya. Musuh yang dianggap telah merampas papa dan mama darinya. Benci sungguh dia dengan Muhkriz! Begitu mudah mama dan papanya menggantikan tempat Ishak dirumah ini dengan tempat Mukhriz. Geram Iskandar.
"Aku benci kau Mukhriz!" Iskandar menggengam erat tangannya sehingga cadar katil tertarik sekali akibat genggamannya itu.
"Bilik ni hanya untuk Ishak. Bukan untuk kau! Selagi kau guna dan duduk dalam bilik ni selagi tu aku benci kau!" ujar Iskandar sambil mengetap bibirnya.
"KAK... jom selfie," ajak Nabila.
"Jom. Tapi kat mana?" tanya Seri. Ais krim di tangannya disuakan kedalam mulut.
Nabila menunjukkan jarinya ke satu tempat. "Kat situ, mesti cantik."
"Ok... tapi lepas habis..." lengan Seri ditarik oleh Nabila.
"Sekurang-kurangnya bagilah akak habis cakap dulu. Ini terus je nak tarik lengan orang." Seri membebel.
Nabila tersengih. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluarnya.
Seri pula mengambil langkah untuk mendekatkan wajahnya dan wajah Nabila agar gambar mereka kelihatan cantik.
"Ok... one, two..." baru sahaja Nabila ingin menekan punat kamera bagi mengambil gambar, telefon bimbitnya berbunyi.
Nabila memerhati telefon bimbitnya seketika. Riak wajahnya berubah seketika
"Ada orang call ke Bella?" tanya Seri.
"Tak lah," sepatah Nabila membalas.
"Habis? Tu berbunyi?" Seri menunjukkan ke arah telefon bimbit Nabila.
Nabila cuba mengukir senyuman pahit. "Reminder."
"Hah? Reminder apa?" ulang Seri. Dia tidak faham apa yang Nabila katakan kepadanya.
"Birthday... Birthday kawan. Arwah kawan..." jawab Nabila perlahan.
Seri dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada Nabila. "Kata nak selfie. Jom," Seri mengajak Nabila. Ingin menghilangkan sedih di hati anak majikannya itu.
Nabila mengangguk. Tanpa Nabila sedar dia telah menekan nombor telefon seseorang.
BARU sahaja Iskandar ingin melangkah keluar dari bilik arwah kembarnya yang kini dihuni oleh saudara angkatnya itu, kedengaran bunyi telefon bimbit.
"Rasa aku, papa dan mama belikan budak tu handphone lain. Ini macam bunyi telefon Ishak je," Iskandar mula mencari dari mana datangnya bunyi itu.
Akhirnya, benda yang dicari telah dijumpai olehnya. Mudah sahaja untuk menjumpai barang milik arwah kembarnya itu. Ini kerana dia sangat arif dengan susunan barang milik Ishak.
"Pelik. Ishak dah meninggal hampir setahun. Tapi, telefon dia full battery. Jangan-jangan si tak guna tu..." Iskandar menggantungkan ayatnya.
"HELLO..."
Nabila terkejut mendengar suara itu.
"Ada orang call kamu," beritahu Seri.
Kacau mood la. Baru nak selfie dengan Kak Seri. Rungut Nabila di dalam hati.
Nabila mendekatkan telefon bimbitnya di telinga.
"Hello... siapa ni?" tanya si pemanggil lagi.
Berderu wajah Nabila. Ishak? Ishak ke tu? Tapi Ishak kan dah...
"A..." Baru sahaja Nabila ingin bersuara, dia terus menutup panggilan. Entah kenapa, dia dengan spontan melakukan tindakan sedemikian.
Seri memandang Nabila pelik. "Bella... ok tak?"
Nabila menggangguk. "Ayah mana, kak?" tanya Nabila. Kepalanya mencari-cari kelibat Pak Mail.
Seri menjuihkan bibirnya ke arah parking kereta.
"Kak... Bella nak ais krim lagi," ujar Nabila.
"Ok... akak cakap dekat Pak Mail," Seri meninggalkan Nabila di bawah pohon yang rendang.
Kebetulan ada kerusi kayu di situ. Nabila melabuhkan punggungnya. Kini dia menghadap tasik yang kelihatan tenang di matanya. Dia ingin menenangkan diri untuk seketika.
"Ishak..." panggil Nabila perlahan. Tiba-tiba kenangan lama menerjah kotak fikirannya.
"Hai. Nama saya Ishak," Ishak menghulurkan salam perkenalan.
"Bella," jawab Nabila sambil menyambut huluran tangan Ishak.
"Let me guess. Real name is Nabila, right?" teka Ishak.
Nabila hanya tersenyum manis. "Kasih Nabila," balas Nabila.
"Wow!... sedap dan unik nama awak," balas Ishak. Ishak mengambil tempat duduk di sebelah Nabila. "Saya selalu nampak awak dekat sini," ujar Ishak lagi.
Nabila memandang Ishak. "Ooo..." respon Nabila.
"Awak buat apa dekat sini? Ada family yang sakit ke?" ramah Ishak bertanya.
"Tak lah. Saya suka berjalan dekat kawasan sini. Awak?"Nabila menyoal.
"Saya teman papa saya kerja," balas Ishak.
Nabila mengerutkan dahinya. Teman papa kerja? "Muda-muda lagi dah berminat dengan hal orang tua?" tanya Nabila.
Ishak ketawa kecil. "Saya suka tengok papa saya rawat orang sakit," Ishak menjelaskan maksud katanya sebentar tadi.
"Papa awak doktor?" teka Nabila.
Ishak mengangguk.
"Waaaa... mak.... lapar....!" kedengaran suara kanak-kanak menangis mengembalikan ingatan Nabila ke dunia realiti.
Nabila mencari-cari suara tersebut.
"Sabarlah nak..." kata seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Mak Kalsom yang sedang memujuk anaknya agar berhenti menangis.
"Mak cik..." tegur Nabila perlahan. "Kenapa dengan anak mak cik ni ye? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Nabila dengan lembut.
"Bella... buat apa kat sini?" Seri menegur. Di tangannya terdapat ais krim yang dipesan oleh Nabila sebentar tadi. Masih berbungkus dengan elok dan rapi lagi.
Nabila mengambil ais krim tersebut. "Adik ambik ni. "Nabila menghulur ais krim tersebut kepada budak yang menangis itu.
"Terima kasih, kakak cantik."
Nabila hanya tersenyum mendengar pujian tersebut.
"Anak mak cik ni kenapa? Muka pucat," Nabila mendekati wanita tersebut. Diletakkan tapak tangannya di dahi kanak-kanak yang sedang terbaring itu. Panas."Anak mak cik demam ni. Mari saya hantar mak cik pergi klinik," ajak Nabila.
"Tak perlu lah nak. Mak cik dari sana sebenarnya."
"Kalau macam tu kenapa saya tak nampak ubatnya?" tanya Nabila dengan lembut.
Wanita tersebut mengeluh. "Mereka halau mak cik. Sebab mak cik tak ada duit. Badan mak cik berbau," adu wanita tersebut.
Tersentuh hati Nabila. Mana pergi hati nurani manusia? Tidak kasihankah melihat wanita ini dengan anaknya? Bisik Nabila dalam hatinya.
"Kalau macam tu tak pe. Saya akan uruskan hal itu. Mak cik ikut je saya. Mak cik jangan risau apa-apa. Mari..." Nabila menarik lembut lengan wnaita itu.
Seri pula mengambil kanak-kanak di ribaan wanita tersebut.
ISKANDAR merengus marah.
"Bengong! Dia call lepas tu letak je," rungut Iskandar.
Iskandar menggengam telefon bimbit tersebut. "Baik aku simpan. Dah la ini harta Ishak yang bernilai, senang hati je mamat tak guna tu nak pakai. Bukan ke papa dan mama ada belikan yang lain untuk dia. Sibuk je nak pakai kembar aku punya," Iskandar bersuara geram.
No comments:
Post a Comment