Wednesday, May 19, 2021

My Mrs Seventeen - BAB 4

MUKHRIZ meletakkan barang yang ingin dibelinya di kaunter. "Cepat sikit ye..." arah Mukhriz. Baju sejuk yang melekat dibadannya dibetulkan.

Ini kalau papa angkatnya melihat, teruk kena bebel. Tapi apa Mukhriz peduli? Dia lapar dan nak beli makanan sendiri. Nak suruh jururawat, kesian pula dengan pesakit yang lain. Lagipun dia tidak suka menyusahkan orang. Sebagaimana dia turut tidak suka orang lain menyusahkannya.

Orang yang menjaga kaunter tersebut hanya mengangguk perlahan. Perkara biasa baginya tatkala pelanggan ingin cepat menyelesaikan urusan jual beli. "Kamu lari wad ye?" teka penjaga kaunter tersebut.

Mukhriz memandang wajah si penjaga kaunter itu. "Mana ada..." nafi Mukhriz. "Saya keluar kejap je. Lepas ni saya naik lah wad balik," balas Mukhriz perlahan-lahan. Masalah betullah kalau ada yang nak sibuk hal orang ni! Ujar Mukhriz dalam hati.

"Berapa?" tanya Mukhriz lemah tatkala melihat penjaga kaunter tersebut menekan punat di kalkulator.

"Sepuluh ringgit lima belas sen," jawab si penjaga kaunter.

Mukhriz mengeluarkan not sekeping sepuluh ringgit dan sekeping not seringgit. Dihulurnya kepada penjaga kaunter. "Baki simpan je lah," Mukhriz segera mengambil beg plastik yang berisi barang yang dibelinya itu dengan tergesa-gesa.

Sebaik sahaja Mukhriz keluar dari kawasan kedai, tanpa disedari olehnya dia telah melanggar seseorang sehingga barang yang dibeli dan dirinya sekali terjatuh. Tidak terkecuali manusia yang dilanggarnya itu.

"Maaf encik... Saya tak sengaja," Nabila bersuara sambil berdiri. Bajunya ditepuk-tepuk sedikit bagi menghilangkan kotoran yang melekat pada bajunya itu.

"Tidak apa-apa. Saya yang salah..." jawab Mukhriz lemah. Mukhriz cuba bangun kembali setelah selesai mengutip barang yang dibelinya itu terkeluar dari beg plastik.

Nabila memandang wajah Mukhriz. Pucatnya dia. "Awak sakit? Maksud saya, awak pesakit di hospital ni?" tanya Nabila dengan nada prihatin. Tapi pada masa yang sama, Nabila membantu Mukhriz untuk berdiri dengan betul.

Setelah Mukhriz dapat berdiri, dia terus menarik lengannya dari dipegang oleh Nabila. "Terima kasih," ucap Mukhriz sebelum dia dengan pantas berlalu meninggalkan Nabila di hadapan kedai.

"Tergesanya dia. Sampai tak sempat nak jawab soalan aku. Tapi dia pakai baju wad. Maksudnya memanglah dia pesakit sini," Nabila bercakap seorang diri.

Baru sahaja dirinya ingin melangkah masuk ke kedai, kakinya terpijak sesuatu. "Ini mesti budak tu punya," Nabila menoleh ke belakang untuk mencari insan empunya beg duit itu.

"Nantilah aku cari. Baik beli makanan dulu," Beg duit milik Mukhriz dimasukkan ke dalam beg sandang. Tangan diletakkan di dada. "Tenang... tenang... kau bukan nak mencuri. Lagipun lepas beli nanti kau carilah balik budak tu. Mesti ada orang yang cam punya. Paling tak, guard yang jaga lif tu," Nabila menenangkan dirinya.

Cekak rambut diatas kepalanya dibetulkan sedikit. Kakinya melangkah masuk ke dalam kedai itu.




NABILA mendekati Pak Mail, Seri dan Siti yang sedang menunggunya.

"Macam mana, ayah?" tanya Nabila. Beg plastik dihulurkan kepada Siti. Gembira Siti menerima makanan lagi. Biasalah budak-budak yang kelaparan.

"Dah selesai dah pun. Budak tu dah boleh balik," jawab Pak Mail.

"Lamanya Bella pergi. Ada apa-apa ke yang terjadi tadi, hmm?" tanya Seri seperti biasa suaranya kalau tak risau memang tak sah. Kalau boleh dia mahu Nabila itu dua puluh empat jam berada dihadapan matanya sahaja.

"Tak lah... macam biasalah kedai ramai orang," jawab Nabila ingin mematikan kerisauan dalam hati Seri. "Mak cik dengan anak dia mana?" mata Nabila meliar mencari kelibat wanita yang dibantunya.

"Dekat tandas," jawab Pak Mail.

Nabila mengangguk. Kemudian baru dia teringat sesuatu. "Allah!" Nabila menepuk dahinya.

"Kenapa Bella?" tanya Seri dengan gelabahnya.

"Tadi waktu Bella beli makanan, Bella ada terlanggar orang. Lepas tu, orang tu pergi je sampai tertinggal beg duit dia. Jadi Bella ingat nak pergi cari dulu lah nak pulangkan beg duit dia balik," ujar Nabila.

Baru sahaja Nabila ingin berdiri, Pak Mail menghalang langkah Nabila. "Bagi je lah beg duit tu dekat pengawal. Nanti pandai-pandailah mereka uruskan. Lagipun kamu nak cari dia dekat mana? Kamu kenal ke?" soal Pak Mail.

Nabila terdiam seketika. Kepalanya digelengkan. "Tak kenal pun ayah, tapi kita boleh cari dekat wadlah, kan? Sebab, tadi Bella perasan dia pakai baju wad," jawab Nabila.

"Tak payahlah Bella..." Seri menyampuk. Sekali gus bersetuju dengan apa yang Pak Mail katakan sebentar tadi.

"Tapi Bella kena cari dia jugak sebab..." Nabila terdiam seketika apa alasan yang boleh digunakannya. "Ha! Sebab, rasanya barang Bella ada terjatuh tadi. Maybe dia terambik."

"Bella..." Pak Mail memanggil perlahan. Macamlah dia kenal Nabila sehari dua. Dia sudah masak dengan perangai anak gadis dihadapannya ini.

"Ayah... sekejap je. Kalau sepuluh minit Bella still tak dapat cari, Bella tinggalkan je dompet dia dekat guardPromise," Nabila mengangkat tangan, gayanya sudah seperti angkat sumpah sahaja.

"Tapi..." Seri yang baru sahaja ingin bersuara membantah, Nabila seperti biasa sudah memotong katanya.

"Akak,just ten minutes. Sekejap je. Ok? Bye," Nabila meluru ke arah wad. Dia pasti laluan itu yang digunakan budak lelaki tersebut kerana tadi dia ada nampak budak lelaki tersebut melalui lorong ini.

Nabila melangkah mengikut gerak hatinya sahaja. Tidak bertanya kepada sesiapa pun. Laju sahaja kakinya melangkah. Sampailah dirinya di satu pintu wad tertera nama 'Ahmad Mukhriz Abdullah'.

Nabila membuka beg duit tersebut, ingin memastikan nama pemilik. Eh! Betullah. Sama. Nabila mengetuk pintu bilik wad kelas satu itu.

Tok! Tok! Tok!




MUKHRIZ membetulkan cermin matanya yang semakin melurut ke bawah.

Tok! Tok! Tok!

Mukhriz mengerut dahinya. Siapa? Takkan papa kut. Kalau papa mesti papa dah buka pintu terus. "Masuk!" Mukhriz bersuara. Gayanya sudah seperti dalam pejabat sahaja.

Pintu dikuak dari luar.

Mukhriz terkejut memandang wajah insan yang berada di depan matanya itu. "Awak..." Mukhriz menyebut perlahan.

"Saya yang terlanggar awak tadi," potong Nabila. Sekali gus memperkenalkan dirinya yang berlanggar dengan Mukhriz tadi. Nabila menghampiri Mukhriz yang sedang duduk di atas katil. "Ini milik awak. Saya nak pulangkan semula," Nabila menghulurkan beg duit milik Mukhriz.

Mukhriz pantas mengambil dan segera dia terus memalingkan wajahnya ke arah lain.

Nabila terkejut. Dia marah ke sebab aku langgar dia? "Awak... saya nak mintak maaf sebab terlanggar awak tadi," Nabila bersuara.

Mukhriz hanya membisu.

"Awak marah?" tanya Nabila lagi.

Mukhriz menggeleng, namun masih sahaja tidak mahu memandang wajah Nabila.

"Habis kenapa tak pandang wajah saya?" Nabila masih menyoal siasat Mukhriz.

"Buat apa? Awak muhrim saya. Haram untuk dipandang," tegas Mukhriz bersuara.

"Nama saya Bella," Nabila menghulur salam perkenalan.

"Nak buat apa?" tanya Mukhriz sedikit kasar.

Kenapa mamat ni? Nak berkenalan pun tak boleh ke? Sombong! "Salam perkenalan. Mana tahu lepas ni kita akan jumpa lagi?" Nabila menjawab sambil tersenyum. Dalam hatinya Allah sahaja yang tahu betapa geramnya dia berjumpa dengan manusia yang bernama Mukhriz ni!

"Rasanya awak dah tahu nama saya dan lagi satu... saya tak berharap kita jumpa lagi," balas Mukhriz bersahaja.

Nabila cuba mencuri pandang wajah Mukhriz. Entah kenapa hatinya rasa berdebar semacam. Biarpun kata-kata Mukhriz itu agak kasar untuknya. Entahla... seperti ada tarikan diwajah Mukhriz yang menyebabkan Nabila ingin memandang sahaja. Wajah yang menyenangkan hatinya.

"Rasanya baik awak keluar. Tak elok berduaan macam ni," Mukhriz bersuara.

Aduh! Dah kenapa minah ni pandang-pandang aku? Tak selesa tau. Berdiri bulu roma aku dengan gaya dia pandang. Macam aku ada penyakit berjangkit yang serius pun ada. Tak pun macam penjenayah yang paling dikehendaki!

Nabila mengangguk. Buang masa je sembang dengan orang sombong ni! Baik aku balik! "Ok, Bye, Assalamualaikum," ujar Nabila sebelum dia membuka pintu wad yang menempatkan Mukhriz.

Kedengaran bunyi pintu ditutup.

"Wa'alaikumussalam," balas Mukhriz biarpun Nabila tiada di situ lagi.

"Macam mana dia dapat cari aku? Argh!Dia tanya staf hospital la kut," Mukhriz meletakkan beg duitnya di dalam laci yang berada di sebelah katil.

Seketika Mukhriz termenung. Muka dia... macam seseorang la. Seseorang yang familiar pada aku. Siapa erk? Fikir Mukhriz dalam hati.




NABILA merengus kasar.

"Sombongnya. Kut ye pun ucaplah terima kasih ke? Yela, aku kan dah pulangkan beg duit dia. Paling tak jawablah salam aku. Sombong betul punya mamat. Ingat dia tu hensem sangat ke?" Nabila merungut.

Nabila meneruskan langkahnya ke lobi hospital. Hatinya masih berharap Pak Mail dan Seri masih setia menantinya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

"Ye kak... Bella on the way nak ke tempat akak dengan ayah la ni...nak sampai dah," jawab Nabila.

Tidak lama kemudian Nabila mematikan panggilan telefon tersebut.

"Eh! Doktor ni... papa Ishak kan?" tegur Nabila tatkala berselisih dengan seseorang.

Doktor Ilham memandang wajah Nabila. "Nabila," senyuman terukir di bibirnya tatkala melihat Nabila.

"Doktor masih ingat nama saya?" soal Nabila dengan ramah.

"Mestilah. Kamukan kawan rapat Ishak. Anyway, kamu buat apa dekat sini?" tanya Doktor Ilham.

"Erm.... Saya nak pergi lobi hospital. Kakak dengan ayah dah tunggu lama dah," jawab Nabila.

"Kakak?" ulang Doktor Ilham, berkerut seketika dahi doktor itu. Setahunya gadis dihadapannya ini anak tunggal.

"Saya mintak diri dululah doktor. Kirim salam dekat family doktor ye. Bye," Nabila mengatur langkah. Tangannya melambai ke arah Doktor Ilham sebelum dia meneruskan langkahnya ke lobi hospital.

"Maybe parent dia ada ambik anak angkat kut. Macam aku," ujar Doktor Ilham. Kemudian dia terus meneruskan langkahnya menuju ke wad Mukhriz.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my