NABILA memandang Aisyah di sebelahnya. Ingin bertanya tentang subjek semalam. Baru sahaja Nabila ingin membuka mulut, perutnya sakit secara tiba-tiba. Aduh kenapa pulak ni. Sakit gila. Nabila menekan perutnya bagi menghilangkan rasa sakit.
Aisyah memandang Nabila di sebelahnya. "Awak ok?" tanya Aisyah dengan prihatin.
Nabila menggeleng. "Sakit sangat."
"Kenapa ni Aisyah? Bella?" Cikgu Ina menegur.
"Tak tahu cikgu tiba-tiba je Bella jadi macam ni," jawab Aisyah.
Cikgu Ina memandang wajah Nabila yang sedang menahan sakit. "Awak ambik sarapan tak tadi?" soal Cikgu Ina.
Nabila mengangguk.
"Awak nak pergi tandas?" Aisyah bertanya.
Nabila mengangguk perlahan.
"Kalau macam tu Sya, awak teman Bella pergi tandas ye?"
Aisyah mengangguk menjawab permintaan Cikgu Ina.
"Ok. Kita balik semula kepada pembelajaran kita hari ini," Cikgu Ina bersuara tegas setelah kelibat Nabila dan Aisyah hilang dari pandangan matanya.
MUKHRIZ menekan perutnya yang meragam.Aduh... apahal ni? Tadi ok je. Mukhriz merungut dalam hati.
"Cikgu, saya nak pergi tandas," Mukhriz meminta kebenaran.
Cikgu Intan mengangguk, mengizinkan.
AISYAH mengetuk pintu bilik air. Lama benar dirasakan Nabila berada di dalamnya."Bella... Bella..."
Senyap.
"Bella awak ok tak?" Aisyah bertanya di balik pintu.
Pintu dibuka perlahan-lahan. Aisyah melihat wajah Nabila yang lain macam.
"Kenapa?" tanya Aisyah dengan penuh kerisauan yang jelas kelihatan di wajahnya itu.
Nabila berdiam.
"Bella... awak keracunan makanan ke?" Aisyah bertanya lagi.
Nabila menggelengkan kepalanya.
"Habis?" tanya Aisyah lagi.
Nabila merapatkan badannya dengan Aisyah. "Period.." Nabila berbisik di telingga Aisyah.
Aisyah tersenyum. "Sekarang ni awak tunggu sini, saya ambik barang untuk awak sekejap, ok?"
Nabila menahan langkah Aisyah. "Lama ke?" tanya Nabila dengan risau.
Aisyah menggeleng. "Sekejap je. Kunci loker awak, awak letak mana?"
Mujurlah sekolah mereka ada loker khas untuk setiap pelajar. Selalunya pelajar akan simpan baju sukan di situ, senang. Dan beberapa barang peribadi yang lain. Macam kes yang Nabila alami sekarang ni!
"Ada dalam beg. Kenapa?"Nabila bertanya kehairanan. Nak ambik apa?
"Nanti saya cakap. Awak tunggu sini tau," Aisyah berpesan.
Nabila hanya menurut.
"SYA," panggil Mukhriz.
Aisyah berpaling.
"Kenapa nampak tergesa-gesa ni? Awak nak pergi mana?" tegur Mukhriz.
"Bella ada masalah sikit," jawab Aisyah.
"Masalah apa?" tanya Mukhriz.
Muka Aisyah berubah merah. Takkan nak cakap pasal tu. "Masalah perempuan," ringkas jawapan yang diberikan Aisyah.
Mukhriz mengangguk. "Kalau bab macam ni... awak faham-fahamlah nak buat apa."
Aisyah mengangguk. "Ye, pasal ni serah je dekat saya. Takkan saya nak biarkan awak uruskan?" jawab Aisyah perlahan. "Dah la nantilah kita sembang. Kesian Bella nanti dia panik pulak."
Mukhriz mengangguk.
Aisyah berlalu meninggalkan Mukhriz.
"Nasib ada awak, Sya. Kalau awak tak de, saya tak tahulah nak buat apa," ucap Mukhriz sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment