NABILA berbaring di atas katil. Sakit di bawah perutnya semakin berkurangan. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi.
Nabila melihat nama Mukhriz terpapar di skrin telefon bimbitnya. Kenapa Mamat ni call? Namun begitu, entah kenapa hati Nabilasudah mulai berbunga-bunga tatkala melihat gerangan siapa yang menelefonnya itu. Lalu punat menjawab ditekan.
"Assalamualaikum," Mukhriz memberi salam.
"Wa'alaikumussalam," jawab Nabila.Aisyah cakap mamat ni tak layan call perempuan, habis mimpi apa mamat ni call aku?
"Kau ok dah. Sakit lagi?" tanya Mukhriz dengan prihatin.
"Hm... kurang sikit," jawab Nabila.
"Kalau ada apa-apa pasal masalah tu, tanya Sya atau ustazah tau. Kau jangan cari aku pula. Bab ni aku tak arif," Mukhriz memberi tahu.
"Aku tahulah. Tak ada kerja aku tanya kau. Buat malu je," Nabila menjawab dengan nada menyampah.
"Aku mengingatkan je," Mukhriz bersuara.
"Hm," respon Nabila.
"Eh! Kau tak tanya pun siapa aku bila call aku tadi, kenapa?" soal Mukhriz. Pelik, bukankah Nabila tidak mempunyai nombor telefonnya? Dan mereka pun tak pernah berhubung di telefon. Inilah kali pertama!
"Aku ada nombor kau. Dah disimpan. Jadi aku tak tanya lah ni sapa," jawab Nabila.
"Mana kau dapat?" soal Mukhriz.
"Aku mintak dekat Sya," jawab Nabila dengan jujur.
"Kenapa tak mintak dekat aku sendiri?"
"Suka hatilah. Sibuk lah kau."
Mukhriz terdiam.
"Mana kau dapat nombor aku?" kali ini Nabila pula bertanya.
"Mama pengetua bagilah. Ada dalam maklumat kau," jawab Mukhriz.
"Kau baca ke?" Nabila membulatkan matanya. Malunya...
"Habis? Kau nak aku bungkus buat nasi lemak? Dah mama pengetua bagi untuk aku baca, aku bacalah! Lagipun, aku nak bagi tahu kau ni, aku akan buat apa yang mama pengetua suruh aku buat," Mukhriz menjawab.
"Dasar tak ikhlas!" tuduh Nabila.
"Mana kau tahu aku ikhlas ke tak?" tanya Mukhriz.
"Kau buat sebab kau nak jadi ketua pelajar kan? Tak ikhlas lah tu."
"Bab ikhlas ni, hanya Allah je yang tahu. Aku pun tak boleh beri jaminan aku ni ikhlas atau tak. Tapi kalau kita buat niat kerana Allah, In Sya-Allah jadi ikhlas."
Nabila meletakkan tangannya di dada. Kenapa berdebar semacam? Kenapa setiap kali dia nasihat aku, aku rasa lain ye? Lebih-lebih lagi kalau bab agama ni.
"Ok lah. Aku nak tidur. Kau jaga diri, jangan salah makan nanti merana," pesan Mukhriz sebelum talian telefon dimatikan.
"Aku tahulah! Sibuk je," balas Nabila.
"Assalamualaikum," Mukhriz mematikan talian.
"Wa'alaikumussalam," balas Nabila.
MUKHRIZ duduk di hujung katil. Entah kenapa dia risau benar dengan keadaan Nabila. Sedangkan dirinya bukanlah seorang yang suka menelefon budak perempuan, kalau nak berhubung pun, melalui mesej dan hanya yang penting sahaja.
Itupun selalunya dengan Aisyah sahaja. Berbincang mengenai hal pengawas. Yalah Aisyah sebenarnya pembantunya, jadi banyak benda kena bincang dengan Aisyah.
"Kenapa aku call minah singa tu ye? Kenapa aku rasa lain macam bila dengan minah tu. Kenapa aku risau sangat ye pasal dia? Aduh..." Mukhriz bertanya kepada dirinya sendiri. Tapi tiada satu jawpan pun yang dapat.
"Woi!" sergah Iskandar.
Mukhriz mengurut dadanya. Terkejut."Kau ni... bagilah salam. Nasib Allah tak cabut nyawa aku lagi."
"Lek lah, jangan marah. Dah aku tengok kau termenung je, aku sergah la apa lagi," Iskandar duduk di sebelah Mukhriz di atas katil.
"Hm..."
"Kenapa ni? Pasal perempuan ye?" teka Iskandar.
Mukhriz mengangguk.
"Kau bergaduh dengan makwe kau ke?" Iskandar bertanya.
"Is... aku mana ada makwe lagi."
"Ye lah tu. Melekat je aku tengok kau dengan si Aisyah tu."
"Kawan rapat. Itu je. Orang lain yang salah faham dengan persahabat kita orang. Kau pun sama, asyik cakap yang dia tu makwe aku je," Mukhriz melemparkan pandangannya ke arah Iskandar yang duduk di sebelahnya.
"Habis akrab sangat."
"Macam mana tak akrab, hm? Dia kan pembantu aku. Apa-apa pun aku dengan dia kena bekerjasama selalu. Sebab tu jadi rapat. Tambahan pulak, Sya ni kawan debat aku untuk agama," Mukhriz menerangkan lagi.
Kekadang kalau dia bersembang dengan Iskandar mengenai Aisyah, dia akan menggunakan nama 'Aisyah' dan sesekali akan terpancul nama pendek Aisyah iaitu 'Sya'.
"Ooo..." Iskandar mengambil bantal Mukhriz, lalu dipeluknya.
"Jadi jangan salah faham lagi," putus Mukhriz.
"Tapi, aku sukalah panggil dia makwe kau. Kau tak marah kan?" usik Iskandar.
"Kalau aku marah dah lama aku hempuk kau dari dulu lagi. Tapi tak, kan?"
Iskandar tersenyum. "Maksudnya kau ada perasaanlah dekat Aisyah ni?" tembak Iskandar.
"Mana ada! Kawan je lah," Mukhriz menafikan.
"Ye lah tu. Mula-mula kawan, lepas tu kawan baik. Kemudian, kekasih lepas tu apa pulak, ye?" Iskandar semakin galak mengusik saudara angkatnya itu.
"Kau ni ada-ada je lah teori kau tu."
Iskandar tersenyum. Bersembang dan luangkan masa dengan Mukhriz tak lah teruk mana. Seronok pula di rasakannya."Tadi kau cakap kau ada termenung sebab perempuan kan? Kenapa?" tanya Iskandar.
"Entah lah Is. Aku ni rasa lain macam dengan sorang minah ni. Dengan perempuan lain tak pulak aku rasa macam ni," adu Mukhriz.
"Confess lah dekat dia. Mesti lepas tu kau akan tenang," cadang Iskandar.
"Gila! Umur baru tujuh belas tahun nak confess bagai. Tak nak lah aku," tolak Mukhriz mentah-mentah cadangan Iskandar itu.
Iskandar ketawa kecil."Siapa perempuan tu? Aisyah?" teka Iskandar.
Mukhriz menggeleng."Kasih Nabila," jawab Mukhriz.
Zup! Dada Iskandar sesak secara tiba-tiba.
Mukhriz memandang Iskandar. "Kau kenapa?" soal Mukhriz tatkala dia perasan yang Iskandar sudah berubah riak setelah dia menyebut nama penuh Nabila.
Iskandar menggeleng. "Tak ada apa," jawab Iskandar.Riz suka Kasih? Hm... tapi aku pun sama. Dah lama aku simpan perasaan sejak Ishak hidup lagi. Tapi... takkan aku nak gaduh dengan si Riz ni sebab perempuan, kan? Lagipun Kasih tak ingat apa pun pasal aku.
"Kau kenapa termenung ni?" tanya Mukhriz.
Iskandar tersenyum. Kepala digelengkan.
"Tapikan... muka Bella tu familiar lah bagi aku. Mata dia tu mengingatkan aku dengan seseorang. Muka dia pun. Kekadang aku rasa tenang damai je bila dengan dia walaupun dia tu singa betina yang paling garang yang pernah aku jumpa," Mukhriz bersuara.
"Siapa yang Kasih ingatkan kau tentang seseorang tu?" soal Iskandar ingin tahu.
"Entahla. Aku tak ingat," jawab Mukhriz.
"Hm... tak pe. Nanti-nanti kau ingat lah tu."
Mukhriz mengangguk perlahan.
No comments:
Post a Comment