"MUKHRIZ..."
Mukhriz memandang wajah si walid yang sedang terlantar di atas katil. Air mata yang sedang bertakung di tubir mata jelas kelihatan. Encik Abdullah tersenyum memandang anak terunanya itu. Terdetik dihatinya seketika. Air mata jantannya mengalir tanpa disedarinya.
"Walid... kenapa walid menangis?"
Mukhriz bertanya. Air mata yang mengalir di wajah si walid dilap dengan jarinya. Encik Abdullah hanya membiarkan Mukhriz melakukannya sedemikian. Bagaimanakah dengan keadaan zuriatnya yang seorang lagi? Zuriat yang dia tidak tahu langsung akan jantinanya. Tapi hatinya kuat mengatakannya dia ada lagi anak selain Mukhriz dan Fikri. Namun begitu, teman baiknya Mastura ada menyatakan bahawa impiannya telah tercapai. Adakah ini bermakna dia mempunyai anak perempuan? Kerana itu merupakan satu-satunya impiannya, mempunyai anak sulung perempuan dengan bekas isterinya. Adakah benar apa yang disangkakannya?
"Allah! Riz... Maafkanlah walidmu ini. Terlalu banyak rahsia yang walid simpan dari pengetahuan kamu. Bisik hati kecil Encik Abdullah. "Janji ye dengan Walid, kamu kena jadi seorang lelaki, anak dan khalifah yang baik. Untuk diri kamu, keluarga kamu dan masa depan Islam. Janji ye sayang."
Mukhriz hanya mengangguk mendengar apa yang dikatakan oleh walidnya itu.
"Kamu tahu walid sayang kamu kan?" tanya Encik Abdullah.
Mukhriz mengangguk lagi.
"Kamu ingat pesan arwah umi?" soal Encik Abdullah.
Mukhriz mengangguk lagi.
"Tunaikan permintaan kami, Mukhriz," pinta Encik Abdullah.
Mukhriz hanya berdiam diri.
"Riz... walid nak bagi tahu kamu sesuatu ni," beritahu Encik Abdullah. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Mukhriz.
"Apa dia walid?"
Encik Abdullah menarik nafasnya sedalam yang boleh. Wajah Mukhriz diusap lembut, penuh dengan kasih dan sayang. "Kamu, ada..."
Tiba-tiba dada Encik Abdullah berombak dengan kuat.
"Walid... walid..." panggil Mukhriz.
Namun Encik Abdullah sudah tidak mendengar panggilan dari anaknya itu. Kini, dia sedang mengalami Sakaratul Maut.
"Mummy..." Mukhriz berlalu keluar dari bilik walidnya dan pergi mendapatkan mummynya yang sedang menunggunya di luar bilik.
"Allah..." sebut Encik Abdullah dengan nadanya yang perlahan.
No comments:
Post a Comment