Tiga tahun kemudian...
NABILA memandang wajahnya di cermin. Lama sekali. Dia sendiri sudah tidak pasti sudah berapa lama dia menenung pantulan wajahnya pada cermin. Tangannya perlahan-lahan mengusap pipi kirinya yang jelas kemerahan.
"Auch!" perit dirasakannya. Tapi perit lagi luka di hatinya.
Tok, tok!
Nabila memandang pintu kayu biliknya.
"Kasih..." panggil si pemanggil dari luar. Lembut benar suaranya memanggil Nabila. Ye, nama penuhnya ialah Kasih Nabila binti Abdullah. Dalam rumahnya itu, hanya pengasuhnya sahaja yang memanggilnya 'Kasih'.
"Sekejap, mak," jawab Nabila. Dengan pantas, Nabila mengambil mask muka dan diletakkannya di wajah. Setelah memastikan kedudukannya betul, dia melangkah menuju ke pintu.
"Ada apa mak?" tanya Nabila lembut. Setelah dia membuka pintu biliknya.
Mak Kalsom memandang wajah Nabila. "Kamu tak apa-apa?" soal Mak Kalsom penuh prihatin.
Nabila mengukirkan senyuman pantas menggeleng. "Saya ok je mak."
"Apa sebenarnya yang dah jadi, Kasih? Kamu tak nak cerita dekat mak?"
Nabila mengambil tangan Mak Kalsom. Dipegang erat tangan pengasuhnya itu. "Tak ada apa-apa, mak. Mak jangan risau ye. Kasih ok," Nabila bersuara sambil mengukir senyuman. Dia ingin mengurangkan rasa gusar dalam hati pengasuhnya yang sudah dianggap sebagai mak kandungnya sendiri itu.
Mak Kalsom hanya membalas dengan senyuman hambar. Bukan dia tidak kenal pada Nabila. Dia yang menjaga Nabila dari bayi, sudah pasti dia tahu apa yang Nabila fikir dan rasakan.
"Tadi Tan Sri ada cakap sesuatu dekat mak... Tan Sri ada sampaikan pesanan untuk kamu," Mak Kalsom bersuara lambat-lambat. Ingin melihat reaksi anak muda di hadapannya.
"Apa yang uncle pesan?" tanya Nabila.
"Esok kamu tak perlu ke sekolah. Kata Tan Sri lagi, Tan Sri akan tukarkan kamu ke sekolah lain."
Nabila berdiam. Pindah lagi? Tapi masalahnya bukan pindah rumah, tapi pindah sekolah. Aduh! Penat lah nak pindah sekolah je. Runsing tahu! Kalau macam ni je... macam mana aku nak fokus belajar!
"Kasih..." panggil Mak Kalsom.
"Ye mak, mak cakap apa tadi?"
Mak Kalsom menggelengkan kepalanya dengan perlahan."Mak tak cakap apa pun. Tapi kamu tu, sejak akhir-akhir ni asyik termenung je. Kamu ada masalah ke?" tanya Mak Kalsom penuh prihatin.
Nabila pantas menggeleng. "Tak lah. Kasih ok je."
Mak Kalsom hanya memandang tajam anak mata Nabila. Ingin memastikan apakah benar apa yang dikatakan Nabila itu. "Betul?"
"Ye mak. Kasih tak apa-apa. Jangan risaulah. Dah tengah malam ni, baik mak masuk tidur. Kasih pula nak kena tukar mask baru ni, mask ni dah tak betul dah. Rosak agaknya. Nanti tak cantik muka Kasih," ujar Nabila cuba berseloroh dengan pengasuhnya itu.
"Apa-apa sajalah kamu ni. Dah la mak masuk tidur dulu. Kalau ada apa-apa..." kata-katanya dipotong.
"Bagi tahu mak." Nabila menyambung.
"Ok. Mak jangan risau. Kasih dah besar mak. Don't worry. Ok?"
Mak Kalsom hanya tersenyum.
Pada masa yang sama...
ISKANDAR mengetuk pintu kayu sekuat hatinya.
"Oi! Bukak lah pintu ni!" jerit Iskandar sambil mengetuk pintu bilik Mukhriz dengan kasar. Perangai sudah seperti gangster nak pecah masuk rumah je. Cuma bezanya gangster tak ketuk pintu, terus terjah je.
Puan Mastura menggeleng kepala melihat perangai anak terunanya itu. Perangai macam budak-budak!
"Is..." Puan Mastura mendekati Iskandar.
"Kamu dah kenapa? Terpekik terlolong macam orang tak betul ni, kenapa?" tegas sekali suara Puan Mastura bersuara.
Iskandar memandang kosong wajah Mamanya itu. "Anak kesayangan mama dekat dalam ni dah mati ke apa? Dari tadi orang ketuk tak bukak-bukak. Tak reti ke nak bukak. Dah lah menumpang rumah orang."
Puan Mastura menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Iskandar memang tak boleh kalau tak bergaduh dengan Mukhriz dalam masa sehari. Tak sah hidupnya. Macam tak lengkap! "Riz ikut papa pergi hospital. Dia kan demam dua tiga hari ni," Puan Mastura memberi tahu.
"Ye la tu...." Iskandar memuncungkan bibirnya.
"Kamu ni dah kenapa? Apa pulak yang Riz dah buat sampai kamu mengamuk ni?" tanya Puan Mastura lembut.
Iskandar berjalan menuju ke arah tangga.
"Iskandar... Mama tengah cakap dengan kamu ni."
Iskandar memalingkan tubuhnya, memandang wajah Mamanya.
"Ye ma... Is tau mama tengah cakap dengan Is. Tapi Is tak de mood la nak cakap pasal anak mama tu. Buat panas hati je. Baik Is turun tengok TV," Iskandar sudah hilang kelibatnya sejurus selepas berkata-kata.
Puan Mastura menarik nafas sedalam yang boleh bagi menghilangkan rasa amarahnya dalam hati. Anak terunanya ini memang suka menaikkan marahnya. "Iskandar, Iskandar... kenapalah kamu tak macam Riz atau pun Ishak?"
Puan Mastura duduk di sofa berhadapan dengan Iskandar. "Is..." panggil Puan Mastura dengan lembut.
Iskandar hanya buat endah tidak endah sahaja dengan kehadiran mamanya itu.
"Kamu ni masih tak boleh terima Riz ke?" soal Puan Mastura.
"Tak," balas Iskandar sepatah.
"Sampai bila?"
"Entahlah mama. Sampai mati kut," selamba sahaja Iskandar menjawab.
"Mama sampai sekarang tak faham kenapa susah sangat kamu nak terima Riz."
Iskandar hanya berdiam. "Is pun tak faham dengan papa dan mama. Apa yang hebat sangat budak tu sampai semua orang sayang dekat dia? He just..."
"Ha... eloklah Is pun ada dekat sini," sampuk satu suara.
Tidak sempat untuk Iskandar mengutuk orang yang dibencinya itu.
Doktor Ilham melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Mastura. Remote television diambil dan ditutup siarannya.
"Pa..." Iskandar bersuara geram.
"Papa ada perkara yang lebih penting nak cakap dan bincang daripada kamu melayan cerita entah apa-apa tu," tegas suara Doktor Ilham berbicara.
"Abang... Riz mana? Dah naik bilik ke?" tanya Puan Mastura.
Doktor Ilham mengeluh seketika. Penat benar dirinya satu hari ini." Masuk wad. Kena demam denggi berdarah," jawab Doktor Ilham.
"Hah?!" bulat mata Puan Mastura mendengarnya.
"Mama ni kenapa? Anak mama tu masuk wad je. Bukan mampus pun," Iskandar membuat muka menyampahnya.
"Is... dah berkali papa cakap, papa tak suka kamu cakap macam tu!"
"Kalau papa dengan mama tak suka, halau budak tu keluar dari rumah kita! Semak je," Iskandar pantas menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Puan Mastura diam tak terkata mendengar kata-kata anaknya itu. Dia berpaling ke arah suaminya. "Abang nak air?" Puan Mastura bertanya memecah kesunyian antaranya dengan si suami.
"Abang nak naik, penat satu hari ni."
"Riz..." baru sahaja Puan Mastura ingin bertanya lagi si suami terlebih dahulu memberi tahu.
"Riz, abang mintak kawan abang tolong tengokkan. Lagipun esok pagi abang on duty. Mas jangan risau ok?"
Puan Mastura mengangguk perlahan.
No comments:
Post a Comment