Wednesday, May 26, 2021

My Mrs Seventeen 2 - TEASER 1


“Abang…”

“Hm.”

“Zaujah harap, walau kita kahwin muda kita tetap boleh bahagia sampai bila-bila.” Nabila satukan tapak tangan dia dengan Syed Amirul.

“Aamiin.”

“Orang cakap, banyak kes cerai melibatkan pasangan kahwin muda. Zaujah tak nak tergolong dalam kalangan tu.”

Syed Amirul angguk.

Cerai?

Insya-Allah tidak. Dia sayangkan Nabila sepenuh hati. Dia mahu tetap jadi suami buat remaja ini dunia dan akhirat.

“Thanks, sebab terima zaujah yang tak sempurna.”

“Abang pun tak sempurna sayang. Terima kasih sebab sudi terima pinangan mengejut abang.”

Sekali lagi Nabila ketawa.

Pinangan mengejut. Sampai bila-bila dia tak lupa macam mana gelabahnya Tan Sri Taufiq dan Puan Sri Ayu bila dapat pinangan mengejut itu. Mana taknya, perancangan ayah mereka mahu satukan mereka selepas Nabila habis belajar di peringkat universiti, terpaksa diawalkan.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my