Tuesday, May 25, 2021

Yang Kutahu Cinta Itu Indah - TEASER 2



"INGAT dia ketua tu, boleh sesuka hati je nak marah orang guna nama mak bapak! Agaklah, sikit! Mak ayah aku baru je tinggalkan aku. Celaka!" Indah melepaskan marahnya di bawah pondok yang berdekatan dengan kelasnya itu.

"Nak marah, marah je lah. Tak payah nak main mak bapak segala. Aku tak pernah nak main nama mak bapak dia, kenapa dia nak bermain dengan aku guna nama mak bapak aku. Sengal! Kepala samdul!" Indah membebel-bebel lagi.

Kali ini cara Hakim menegur silapnya memang dia marah sampai tahap tidak boleh bawa bincang. Kubur ibu bapanya masih merah lagi. Perasaan terkejut menerima kematian ibu bapa secara rentak belum pulih, Hakim dah calarkan lagi dengan luka yang baru.

Hazim yang baru sahaja ingin naik ke kelasnya terkejut melihat Indah di pondok, lantas langkah kaki diatur mendekati Indah yang dari tadi asyik merungut dari tadi. Apa yang dirungutkan oleh Indah, entah lah.

"Ehem, ehem!" Hazim berdehem.

Indah memusingkan kepalanya, Hazim!

"Assalamualaikum," tegur Hazim dengan satu senyuman manis.

"Waa'laikumussalam."

"Boleh aku duduk sini?"

Indah mengangguk.

"Kenapa merungut ni? Akim buat hal erk?" teka Hazim

Indah hanya berdiam.

"Apa yang Akim buat kali ni?" soal Hazim dengan ramah. Kenal sangat dirinya dengan sikap kembarnya itu. Suka menyusahkan Indah. Lepas satu, satu masalah diberi. Sabar sahaja Indah melayan.

"Dia sebut nama arwah mama dengan papa saya."

Hazim terdiam. Arwah? "Parent kau..."

"Ha'ah. Minggu lepas," jawab Indah.

Hazim terdiam seketika sambil menganggukkan kepalanya. "Takziah."

Indah mendiamkan diri.

"Kau... maafkanlah kembar aku tu ye?"

Indah memandang wajah Hazim.

Hakim dan Hazim, seiras sahaja wajah mereka. Tiada beza apa pun kalau hendak dibandingkan wajah mereka berdua. Tetapi sikap mereka berdua bagai langit dengan bumi. Agaknya betullah kata orang yang kembar ni, melengkapkan 'diri' mereka yang satu lagi. Kalau seorang suka memaaf, seorang lagi mungkin ego meminta maaf.

Agaknyalah.

Mungkin betul, mungkin tidak. ALLAH SWT sahaja yang tahu.

"Kau dah habis buat kerja pengawas ke?" soal Indah. Sengaja tidak mahu menjawab permintaan Hazim yang memintanya agar memaafkan Hakim.

Hazim menganggukkan kepalanya. "Aku dah nak naik kelas pun, tapi terserempak dengan kau kat sini. Tu yang aku datang sini tu. Kau dah makan belum?"

Indah menggelengkan kepalanya.

Hazim menghulurkan satu bungkus Roti Gardenia perisa coklat kepada Indah. "Makanlah. Kau tu ada gastrik, tak boleh tak makan."

Indah menggambil huluran tersebut. Perutnya memang lapar pun ketika ini. Selalunya selepas dia bertugas di Pusat Sumber, dia akan singgah di Bilik Koperasi atau kantin sekejap untuk membeli roti.

"Thanks."

Hazim menjawab ucapan itu dengan tersenyum. "Kau suka dengan kembar aku kan?" tanya Hazim secara tiba-tiba. Anak mata Indah dipandang tepat.

"Apa! Dari aku suka dengan orang yang selalu sakitkan aku, baik aku suka dekat kau," jawab Indah dengan selamba.

"Jangan tipu diri sendiri. Aku tahu kembar aku selalu lukakan hati kau, tapi kau still suka kan dia, kan?" tembak Hazim.

"Dahlah Hazim. Semak ar cakap benda ni. Boleh tak kau jangan cakap benda yang boleh buat aku marah? Kau nak kena maki dengan aku?"

"Okey, okey. Sorry sebab tanya kau soalan macam tu."

Indah hanya menjeling dan mengatur langkah untuk naik ke kelasnya.

"Nak pergi mana?"

"Kelas!"

"Tunggu ar, pergi sesama. Kita kan satu kelas."

"Lantak aku ar nak pergi dengan sesiapa pun."



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my