
Rania lelah mencari jejak adiknya, Zill Aiman. Hatinya tetap mengatakan Zill masih hidup. Walaupun, seluruh dunia meminta dia untuk menerima kenyataan yang Zill mungkin tak akan dapat ditemui dan mungkin telah tiada. Namun, Rania tetap nekad mengumpul semua bukti dan saksi.
Jerihnya tak pernah hilang. Apatah lagi dengan adanya Ukail Nadhim di sisi. Lelaki misteri yang hadir secara tiba-tiba itu, telah menggugat ketenangan hati Rania. Kesungguhan Ukail yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan dirinya daripada ditembak oleh beberapa orang yang tidak dikenali semasa menjejaki Zill begitu menjentik jiwa gadis Rania. Gusar di hati Rania tercipta apabila Ukail seolah-olah sedang menyembunyikan diri daripada seseorang. Tapi siapa?
Kehadiran Inspektor Raykal mengkucar-kacirkan jiwa Rania. Cuba dielak daripada terus bertembung dengan Raykal. Tetapi takdir mendekatkan mereka berdua. Seperti mana takdir mencipta kisah antara Rania dan Ukail. Begitulah juga takdir mencipta kebetulan demi kebetulan antara Rania dan Raykal. Kedua-duanya mahu membantu Rania menjejaki Zill Aiman. Namun dengan cara yang berbeza. Hero misteri ini sentiasa berahsia. Manakala, hero malaya ini pula sentiasa bercerita. Dalam pencarian yang tidak berpenghujung itu, Rania jatuh cinta pada kesungguhan Ukail yang sentiasa melindunginya. Lelaki misteri itu sentiasa ada.
Rania hilang...
Ukail dan Raykal hilang arah. Pencarian berakhir apabila Ukail berjaya menyelamatkan Rania. Dalam masa yang sama Rania menjumpai Zill Aiman.
Raykal yang tidak berpuas hati masih menyiasat kes tersebut. Dalang pada penderitaan jiwa Rania perlu dibawa ke muka pengadilan.
Sehinggalah, Raykal menemui satu demi satu bukti pemangsa yang sebenar. Dan Raykal serba salah untuk membongkar segalanya. Penemuan tersebut bakal merobek jiwa yang telah menderita. Keinsafan yang tulus juga menjadikan Raykal hilang tingkah dalam mengadili pesalah.
Siapakan pemangsa?
Siapakah yang menderita?
Kasih kita telah berakhir pasti mengkucar-kacirkan emosi. Apakah cinta Rania akan kekal bersama Ukail Nadhim?
Bagaimana pula dengan Raykal yang juga memendam perasaan pada Rania?
Antara cinta dan dendam?
Bisakah ada kemenangan pada penghujung sebuah kasih yang hampir berakhir...
p/s: Boleh hubungi
penulis untuk dapatkan sekiranya berminat. Untuk dapatkan secara kompilasi,
ianya TIDAK AVAILABLE LAGI.
Facebook Penulis = Emellda M.A
No comments:
Post a Comment