Wednesday, May 19, 2021

My Mrs Seventeen - BAB 12

 NABILA melangkah turun ke dapur. Haus benar tekaknya malam ni. Lain macam sahaja.Setelah meneguk air, dia berniat untuk berjumpa pengasuhnya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk beberapa kali sebelum dia sendiri memulas tombol pintu.

"Allahu Akbar," Mak Kalsom mengangkat takbiratur-ihram.

Nabila terpegun seketika. Mak tengah buat apa tu?

"Eh! Bella? Buat apa tercegat dekat depan pintu bilik Mak Som tu?" Maya menegur.

Dia kebetulan baru sahaja membuka pintu biliknya untuk memeriksa pintu agar semuanya berkunci terkejut dengan kelibat Nabila yang berdiri bagai tiang bendera di depan pintu bilik Mak Kalsom.

"Eh! Kak Maya rupanya. Kak... sini jap," Nabila memanggil Maya agar menghampirinya.

"Apa dia?" tanya Maya sambil mendekati Nabila.

"Mak tengah buat apa tu?" tanya Nabila sambil menunjuk ke arah Mak Kalsom yang sedang menunaikan solat.

Maya terkejut dengan soalan Nabila. "Mak Som tengah solat. Dah jangan ganggu, nanti tak khusyuk mak awak tu nak solat."

Nabila menahan langkah Maya yang ingin berlalu dari situ.

"Ada apa Bella?" tanya Maya lagi.

"Khusyuk tu apa?" tanya Nabila naif.

Maya terdiam. Dia ingin benar menerangkan pada Nabila apa yang ditanya oleh anak majikannya itu tapi masalahnya dia takut. Takut jika majikannya mendapat tahu, pasti teruk dirinya dimarahi.

"Bella tanyalah cikgu dekat sekolah esok. Akak nak check pintu tingkap ni," Maya melepaskan pegangan tangan Nabila pada lengannya.

Nabila terdiam. Hatinya terdetik seketika. Solat tu apa? Khusyuk tu apa? Kena buat ke? Pintu bilik Mak Kalsom ditutup semula. Niat untuk bertemu dengan pengasuhnya dimatikan lantas dia melangkah semula ke biliknya.

"Awak nak saya bagi tahu apa dekat budak tu? Pasal ayah dia!" suara Puan Sri Ayu kedengaran.

Terhenti langkah Nabila tatkala melintasi bilik mamakandung dan papa tirinya itu.

"Habis? Sampai bila awak nak rahsiakan semua ni?" kedengaran pula suara Tan Sri Taufiq.

"Sampai mati!" tegas Puan Sri Ayu menyatakannya.

Nabila yang mendengar mendekatkan telinganya pada pintu bilik tersebut. Ingin mendengar butir bicara mereka.

"Syuhh... perlahan sikit suara awak tu. Kalau budak tu dengar macam mana? Tak susah awak nanti?" Tan Sri Taufiq melembutkan suaranya.

"Kenapa tiba-tiba awak cakap pasal ni? Awak tahu kan saya tak suka kita bincang pasal budak tu?" Puan Sri Ayu bersuara lagi.

"Abang cuma tanya je. Tak perlulah nak marah. Lagipun cuba sayang fikir macam mana kalau budak tu nak kahwin nanti? Dia perlukan wali kan?" pujuk Tan Sri Taufiq.

Dada Nabila semakin sesak mendengarnya. Apa yang mereka sedang bicarakan sebenarnya? Wali? Kahwin? Apa semua ni? Bisik hati kecil Nabila.

"Pakai je lah wali hakim. Lagipun lantak dia lah nak kahwin ke apa pun. Saya malas nak ambik tahu," Puan Sri Ayu bersuara.

"Hmm... dah la. Kita tak payah bincang hal ni lagi. Maafkan abang kalau buat sayang terasa. Abang cuma tanya je," Tan Sri Taufiq memujuk lagi.

Nabila pantas kembali ke biliknya semula.

"Rahsia apa yang diorang cakapkan tadi? Rahsia apa yang sampai aunty nak simpan sampai akhir hayat tu?" soal Nabila kepada dirinya sendiri. Nabila mengalirkan air matanya. Sakitnya hati. Ibu kandungnya terang-terangan memberitahu bahawa dia tidak mahu ambil tahu akan hal dirinya.

"Apa semua ni ada kaitan dengan kenapa mereka tak pernah pedulikan aku? Kenapa tiba-tiba uncle cakap pasal nikah kahwin? Uncle nak kahwinkan aku ke?" soal Nabila lagi.

"Ayah kandung aku mana? Hidup lagi ke? Tapi kalau dia masih hidup kenapa dia tak cari aku? Atau memang betul apa yang orang cakap,yang aku ni anak tak sah taraf," air mata Nabila mengalir lebat.

"Arghhh!" Nabila menjerit sambil menekup mulutnya dengan bantal. Air mata masih berjujuran mengalir.




"ESOK ayah ambik Bella lambat ye? Bella ada study dengan kawan," bagi tahu Nabila tatkala mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Aisyah mempelawa dia untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama ketika mereka makan bersama di kantin tengahari tadi.

"Pukul berapa tu?" tanya Pak Mail.

"Tak tahu lagi. Nanti Bella call ayah."

"Dengan siapa study tu?" tanya Pak Mail.

"Dengan Sya," balas Nabila.

"Sorang?" tanya Pak Mail lagi.

"Dua lah termasuk Bella," jawab Nabila.

"Bukan... dia je ke yang belajar dengan kamu esok, itu maksud ayah," Pak Mail menerangkan maksudnya tadi.

"Ye... kut..." Nabila bercakap.

"Kut?" Pak Mail mengulang kata Nabila.

"Tak tahulah ayah macam mana. Esok baru tahu," terang Nabila.

"Ooo..." respon Pak Mail.

Aku dapat rasa yang si mamat tu pun Turut serta. Ye lah mereka rapat. Habis aku ni macam mana nanti? Nak join ke tak? Tapi aku dah setuju. Arghhh! Bedal je lah. Aku nak study, kalau mamat tu cari pasal memang nak kena. Tapi bukan ke dia kena jadi guru muda aku? Arghhh... lantaklah.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my