
Wazif dan Dean... Dua sahabat baik yang mempunyai kehidupan berbeza.
Wazif hidup serba sederhana. Manakala Dean pula berasal dari keluarga yang berada. Kerana hidupnya serba sempurna, Dean lebih suka berpoya-poya dan mengambil mudah dalam segala hal. Jauh berbeza dengan sikap sahabatnya, Wazif.
Disebabkan sikapnya seperti itulah, mama Dean membuat syarat supaya dia menunjukkan calon menantu kepadanya. Jika tidak, dia tidak akan mewarisi harta keluarga mereka.
Dean mula dilema. Walaupun awek keliling pinggang, seorang pun dia tidak berkenan untuk ditunjukkan kepada mamanya. Tiada pilihan lain, Dean terpaksa meminta bantuan Wazif. Ayuna, tunang Wazif menjadi pertaruhannya.
"Boleh tak kalau aku nak pinjam Yuna untuk satu hari?" ~ Dean
Permintaan Dean meletakkan Wazif pula dalam dilema.
"Jadi, Zif setuju?" ~ Yuna
"Zif takut dia betul-betul akan sukakan Yuna. Zif takut mama dan papa dia betul-betul berkenan dengan Yuna. Apa yang akan Zif buat kalau semua itu terjadi?" ~ Wazif
Wazif perlu membuat pilihan. Mengecewakan hati seorang sahabat, ataupun melukai hati tunangnya? Bagaimana pula sekiranya mama dan papa Dean berkenan untuk jadikan Yuna sebagai menantu mereka?
Bukankah cinta kita, seharusnya hanya perlu ada kita?
p/s: Boleh hubungi
penulis untuk dapatkan sekiranya berminat. Untuk dapatkan secara kompilasi,
ianya TIDAK AVAILABLE LAGI.
Facebook Penulis = Rose Aleyna
No comments:
Post a Comment