Tuesday, May 25, 2021

Yang Kutahu Cinta Itu Indah - TEASER 4



"SUSAH sangat ke apa yang aku mintak ni?" Hakim menyoal geram. Sudah beberapa kali dia cuba meminta tolong dengan sahabat baiknya ini, namun ditolak sahaja oleh Indah mentah-mentah. Macamlah pertolongan yang diminta itu, besar sangat.

Indah mengeluh. "Memanglah susah. Kau gila nak aku buat semua tu! Memang tak lah. Tak dapat den nak menolongnya iye."

Hakim mengambil tempat duduk berhadapan dengan Indah. "Please..."

"No!"

"Please..."

"I said NO! Clear?"

"Tolonglah..."

Indah memicit kepalanya. Kenapalah Hakim ni tak faham bahasa. Bahasa yang dia gunakan untuk berkomunikasi sekarang ni satu bahasa yang mudah. Dia tidak faham celah dan ceruk mana Hakim tidak faham.

"Dulu aku pernah tolong kau, kemudian kau tinggalkan aku. Sekarang, kalau aku tolong kau agaknya lupa terus kau dekat aku," ungkit Indah.

"Ala... kali ni, aku janji yang aku akan sentiasa ingat kau," Hakim melafazkan kata janjinya.

"Dulu pun kau cakap benda yang sama. Tapi hampeh!"

Hakim terdiam mendengar apa yang Indah katakan kepadanya. "Kau suka aku ke?"

Itu sahaja yang Hakim mampu fikirkan. Kalau tidak itu, mengapa dia Indah sangat marah dia melupakan Indah? Sedangkan mereka sudah lama berteman. Tak akanlah Indah tidak faham, dia tidak akan mungkin lupakan gadis itu.

"Hah!" bulat mata Indah mendengarnya. "Perasan!"

"Habis, kenapa kau asyik ungkit hal dulu je? Ini maksudnya kau ada simpan perasaan dekat aku, kan?" tanya Hakim dengan yakinnya.

Indah menggelengkan kepalanya. "Tak! Aku... aku..."

"Aku apa? Kau suka aku kan? Cakap je lah. Bukan aku nak marah pun."

Indah memandang anak mata milik Hakim. "Dari aku suka kau, baik aku suka dengan Hazim lah. Dia tu,tiga ratus enam puluh darjah jauh berbeza dari kau. Jauh lagi baik dari kau lah!"

Terpanar Hakim mendengarnya. Dia tidak percaya walau sebutir perkataan yang keluar dari mulut Indah. Berbaur dusta semuanya.

'Ye la sangat. Kalau ye, kenapa kau macam cemburu bila aku dengan Fasha? Kenapa kau larikan diri dulu bila aku dengan Fasha? Bukan ke itu semua tanda yang kau suka aku?'

"Dah diam dah! Bagus. Aku nak masuk kelas semula."

"Kejap," Hakim menahan langkah Indah dengan memegang lengan gadis itu. Dia bukan mahu buat apa pun, cuma mahu menghalang temannya pergi buat masa ini sahaja.

Indah menarik kasar tangannya lalu menampar pipi Hakim sekuat hatinya selepas berjaya menarik tangannya dari dipegang oleh Hakim. "Kau jangan suka hati je nak pegang aku lah! Aku bukan Fasha yang kau boleh pegang sesuka hati!" Indah melajukan langkahnya menuju ke kelas.

Hakim menyentuh pipinya yang menerima penampar dari Indah tadi. Terkedip-kedip dia.



^_^ Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Free Datanglah Lagi ^_^

No comments:

Contact Ai Indah


Copyright© All Rights Reserved aiindahsyahindah.blogspot.my