
"I'M back... pa... pa."
Senyuman terlukis cantik di wajah Tengku Zara usai dia berkata sedemikian. Cermin mata hitam yang dipakai, ditanggalkan lalu digantungkan di celah beg tangan berjenama Prada. Matanya merenung bahagian sisi Vila Cahaya.
"Silakan masuk, tengku."
Tengku Zara menoleh ke arah suara garau yang dia dengar sebentar tadi. Lelaki inilah yang telah menjemputnya di KLIA sebentar tadi.
Terdetik di hatinya, bagaimana lelaki ini tahu kepulangannya ke Malaysia? Sudah bertahun-tahun dia menetap di Kota London sebaik sahaja dia menamatkan pengajiannya dan tiada siapa yang tahu perihal dirinya. Dimana dia belajar dan siapa dirinya yang sebenar. Jadi bagaimana lelaki asing ini mudah sekali mengenali dirinya sebagai Tengku Zara Tengku Yusuf?
Pelik.
Lelaki yang membawa Tengku Zara ke Vila Cahaya, membukakan pintu kayu besar. Pintu utama Vila Cahaya. "Selamat datang, Tengku Zara."
"Salah tu."
Lelaki tersebut terpingga-pinga. Salahkah kata-katanya sebentar tadi?
Tengku Zara tersenyum manis. "Sepatutnya awak kata, 'Selamat pulang, Tengku Zara.'" Tengku Zara terus menampak masuk ke dalam vila.
Lelaki itu mengangguk, setuju.
No comments:
Post a Comment